Oleh itu, ambil kira semua faktor ini sebelum membuat keputusan:
1. Kesesuaian dengan masalah kesihatan
Pemilihan alat perlu disesuaikan dengan masalah kesihatan anda. Penyakit yang berbeza memerlukan alat yang berbeza. Penyakit saluran pernafasan atas seperti selesema mungkin memerlukan saiz jirim yang lebih besar sementara penyakit saluran pernafasan bawah seperti COPD memerlukan saiz jirim yang lebih kecil. Sebagai contoh, jenis kompresor boleh mengeluarkan pelbagai saiz jirim manakala jenis mesh mengeluarkan saiz jirim yang sama.
Oleh itu, bagi pesakit yang mengalami pelbagai penyakit pernafasan, nebulizer yang menyampaikan saiz jirim boleh laras akan menjadi penyelesaian yang sesuai. Rujuk pakar kesihatan anda untuk cadangan nebulizer yang sesuai untuk keadaan anda.
2. Umur, keupayaan fizikal & kognitif pesakit
Orang tua dan bayi mungkin mempunyai keupayaan terhad untuk mengendalikan alat. Kemerosotan kognitif dalam warga tua bermakna pergerakan rumit dengan alat tangan akan menjadi sukar. Situasi yang sama timbul pada mereka yang mempunyai artritis, masalah penglihatan, aliran inspiratori berkurang (reduced inspiratory flow) dan rutin rawatan yang kompleks. Bagi mereka yang mempunyai keupayaan terhad untuk mengamalkan teknik penyedutan kompleks, mungkin lebih baik memilih jenis kompresor. Pakar kesihatan anda perlu dimaklumkan tentang masalah yang timbul, termasuk kemerosotan fungsi jari atau fungsi kognitif.
Jika anda membeli untuk anak anda, nebulizer dengan bunyi yang perlahan dan kabus yang lebih halus akan menjadi pilihan yang lebih sesuai. Anda boleh mencari model ceria dengan aksesori yang mesra kanak-kanak. Pilih nebulizer yang praktikal untuk anda sebagai penjaga. Jika anak anda atau orang di bawah jagaan anda memerlukan terapi nebulizer, adalah penting bagi penjaga lain untuk turut mengetahui cara menggunakannya dengan betul.
3. Keberkesanan alat
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen