backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

COPD: Kesan dan Komplikasi

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 25/09/2023

COPD: Kesan dan Komplikasi

COPD menjejaskan berjuta orang di seluruh dunia setiap tahun. Ia bukanlah penyakit yang boleh dipandang ringan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), COPD adalah punca kematian nombor 3 di peringkat global pada tahun 2016 selepas penyakit jantung dan strok.

Kesan utama penyakit ini kepada penghidapnya adalah mengurangkan jumlah oksigen dalam badan yang disedut daripada udara. Jika oksigen yang menjadi keperluan asas bagi manusia terjejas, tentunya pelbagai komplikasi boleh berlaku.

Apakah komplikasi COPD?

1. Jangkitan paru-paru

Penghidap COPD lebih terdedah kepada jangkitan paru-paru atau pneumonia. Kecederaan yang berlaku pada saluran pernafasan dan alveoli membuatkan kuman mudah membiak di dalamnya. Jangkitan menyebabkan pernafasan semakin sulit menjadikan keadaan lebih buruk.

Pencegahan boleh dilakukan dengan mendapatkan vaksin tertentu seperti influenza dan batuk kokol. Pastikan tangan dibasuh dengan kerap untuk mengelakkan kuman merebak.

2. Paru-paru mengempis (pneumothorax)

COPD boleh merosakkan tisu paru-paru. Jika terdapat udara bocor keluar dan masuk ke dalam ruang antara paru-paru dan dada, paru-paru akan mengempis seperti belon yang dibuang angin. Simptom yang dialami adalah nafas pendek secara tiba-tiba, sakit atau dada terasa sempit dan batuk.

Rawatannya mungkin hanya memberikan oksigen atau prosedur memasukkan tiub di dada untuk mengeluarkan angin yang bocor.

3. Masalah jantung

Oksigen yang rendah dalam darah membuatkan tekanan darah meningkat. Seterusnya, jantung akan bekerja dengan lebih kuat daripada biasa. Bahagian sebelah kanan jantung menjadi bengkak kerana bahagian ini mengepam darah ke dalam paru-paru dalam keadaan tekanan darah tinggi. Lama-kelamaan, ia boleh membawa kepada kegagalan jantung. Keadaan ini disebut sebagai cor pulmonale.

4. Kemurungan

Bukan sahaja keadaan fizikal, COPD juga boleh menyebabkan komplikasi mental iaitu kemurungan. Keadaan kronik yang menyeksakan (susah bernafas) membuatkan kualiti hidup pesakit terganggu. Ditambah pula dengan beban ekonomi yang perlu ditanggung, ia memberikan tekanan yang tinggi ke atas pesakit sehingga berpotensi berlaku kemurungan.

Pasangan atau penjaga pesakit harus berhati-hati dan peka terhadap emosi pesakit. Kemurungan mungkin berlaku jika terdapat simptom berikut:

  • Hilang minat terhadap aktiviti yang biasa dilakukan.
  • Rasa diri tidak berguna.
  • Tidur terganggu.
  • Berfikir atau cuba untuk membunuh diri.
  • Selera makan berubah.

Sila dapatkan bantuan ahli profesional jika anda mengesyaki berlaku kemurungan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 25/09/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan