backup og meta

Stres Kena WFH? Apa Kata Letakkan Indoor Plant, Ada Kebaikan Untuk Kesihatan Tau!

Stres Kena WFH? Apa Kata Letakkan Indoor Plant, Ada Kebaikan Untuk Kesihatan Tau!

Kualiti udara di rumah boleh menjadi punca masalah pernafasan seperti asma. Untuk membantu menapis udara, anda boleh meletakkan pokok dalam rumah bagi mengembalikan kualitinya. 

Pokok dalam rumah bantu menapis udara

Menurut Kajian Udara Bersih NASA, tanaman landskap dalaman dapat membantu menyahtoksin udara dalaman. 

Ia dilakukan dengan mengurangkan pencemaran udara seperti asap rokok, habuk, kuman dan bahan kimia tertentu.

Selain mengubah karbon dioksida menjadi oksigen, tanaman menapis udara, pokok dalam rumah atau tumbuhan secara amnya, menawarkan banyak manfaat.

Antaranya adalah:

  • Menapis udara

Tumbuhan menyahtoksin udara. Ia membantu mengurangkan berlakunya simptom alahan seperti gatal, hidung berair, kerengsaan mata dan kesukaran bernafas.

  • Wujudkan ketenangan

Melihat tanaman secara berterusan dapat membuatkan anda berasa lebih santai dan tenang, sehingga mampu mengurangkan kegelisahan dan tekanan

Kesan ketenangan yang diperolehi daripada tumbuhan ini juga membantu meningkatkan daya tumpuan dan ingatan

  • Kurangkan kesan bahaya

Mempunyai pokok dalam rumah dapat membantu mengurangkan kesan berbahaya sebatian organik (VOC) yang berasal daripada produk pembinaan dan penyelenggaraan rumah. 

Kesan jangka panjang VOC termasuklah sakit kepala kronik, mual, kerengsaan, kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf pusat serta beberapa jenis kanser tertentu.

tumbuhan dalam rumah

  • Kualiti tidur

Tumbuhan yang menjalankan fungsi membersih dan menapis udara ini juga dapat meningkatkan kualiti tidur dengan membantu membersihkan udara yang anda hirup semasa memejamkan mata.

  • Membantu proses pemulihan

Dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan turut membantu pemulihan bagi individu yang menderita kemurungan, trauma, dan demensia.

Punca masalah kesihatan

Adakah anda pernah mendengar mengenai Sick Building Syndrome?

Istilah ini digunakan untuk menggambarkan gejala yang dialami oleh individu bekerja atau tinggal di bangunan komersial besar apabila tiada alasan lain sebagai punca penyakit mereka.

Simptom yang dialami merangkumi alahan secara tiba-tiba seperti kerengsaan mata, hidung, dan tekak, sakit kepala, pening, keletihan, masalah kesesakan pernafasan dan sinus serta gangguan sistem saraf.

Apa penyebab kebanyakan gejala ini? Pencemaran udara dalaman!

Masalah pencemaran udara dalaman boleh berlaku kesan daripada pelepasan toksik contohnya benzena, formaldehid, trikloretilena, xilena, dan toluena dari bahan binaan sintetik, atau kulat udara, virus dan bahan pencemar. 

Selain itu, teknik pembinaan cekap tenaga seperti membuat ruang kedap udara boleh mengurangkan peredaran udara. 

Pokok dalam rumah dan pejabat bantu tingkatkan prestasi

Anda mungkin tidak mengalami sebarang simptom seperti dinyatakan di atas secara ketara, tetapi dengan meningkatkan kualiti udara dalaman di rumah dan pejabat boleh membuahkan hasil yang baik.

Salah satu kaedah terbaik untuk melakukannya adalah dengan meletakkan tumbuhan di dalam ruang kediaman mahupun pejabat.

Tumbuhan menyerap racun berbahaya ini, memecahnya menjadi produk sampingan organik lembut dan menyimpannya di dalam tanah untuk digunakan kemudian sebagai makanan.

Kewujudan pokok dalam rumah dan pejabat bukan sekadar menyebabkan penurunan gejala Sick Building Syndrome, malah berdasarkan kajian ia juga dapat meningkatkan prestasi individu. 

menapis udara

Pokok dan tumbuhan pilihan

Sedang mencari idea untuk mendapatkan pokok bagi diletakkan di ruang dalam rumah atau pejabat? Ada ada beberapa cadangan yang boleh anda pertimbangkan.

Spider plants (Chlorophytum comosum)

Juga dikenali sebagai tanaman udara (air plant), pokok ini mudah membiak dan kelihatan cantik apabila digantung. Adakalanya ia akan mengeluarkan bunga kecil berwarna putih. 

Ia berkesan untuk membuang bahan kimia berbahaya dari udara, seperti karbon monoksida, xilena, formaldehid dan toluena.

Pothos

Pokok dalam rumah ini dianggap sebagai sejenis tumbuhan yang mudah dijaga dan sesuai diletakkan dalam mana-mana bahagian kediaman atau pejabat. 

Tumbuhan ini boleh menjalar sehingga lebih daripada 10 kaki panjang. Ia dapat menapis udara daripada toksik seperti benzena, formaldehid, xilena dan toluena.

Bird’s Nest Fern

Ia dicirikan dengan tunas baharu yang bergulung seakan pokok pakis. Ia sangat sesuai untuk dijadikan tanaman gantung yang indah dalam rumah. 

Pokok ini hidup dalam persekitaran lembap dan tanpa cahaya langsung. Antara toksik yang disaringnya adalah formaldehid, xilena dan toluena.

English ivy (Hedera helix)

Tumbuhan menjalar ini sesuai untuk diletakkan di dalam kediaman. Ia boleh didapati dalam pelbagai jenis berbeza dengan cara penjagaan seperti pencahayaan yang berlainan. 

Pokok ini terbukti dapat menyingkirkan benzena, karbon monoksida, formaldehid, trikloretilena dan banyak lagi.

indoor plant

Pokok getah

Boleh dikatakan sebagai antara pokok dalam rumah yang popular dan menjadi pilihan ramai. Tumbuhan jenis ficus ini mempunyai batang tegak yang keras dengan daun berkilat dan lebar.

Rubber plant lebih sukakan cahaya tidak langsung yang terang dan sederhana. Ia terbukti dapat menapis udara dengan menyingkirkan formaldehid. 

Langkah keselamatan 

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan pokok dalam rumah, pastikan anda memilih tumbuhan yang mesra kanak-kanak atau binatang peliharaan seperti kucing atau anjing.

Ini kerana sesetengah tumbuhan dikenal pasti menjadi toksik kepada anak kecil dan juga binatang. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All been accessed on Nov 17, 2020 from

https://oasisplants.co.uk/the-air-purifying-benefits-of-indoor-plants/

https://www.brit.co/air-purifying-plants-home-office/

https://www.theholisticingredient.com/blogs/wholesome-living/95597894-5-benefits-of-air-purifying-plants-and-why-im-now-an-indoor-plant-enthusiast

https://www.fnp.com/article/spider-plant-benefits-that-will-make-your-jaw-drop#

http://www2.ashs.org/pressrelease/index.php?option=com_content&view=article&id=1038:houseplants-cut-indoor-ozone&catid=2:horttechnolgy&Itemid=4

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2796751/

https://www.cpsc.gov/Safety-Education/Safety-Guides/Home/The-Inside-Story-A-Guide-to-Indoor-Air-Quality/

https://www.euro.who.int/__data/assets/pdf_file/0009/128169/e94535.pdf

https://hellodoctor.com.ph/respiratory-health/respiratory-issues/benefits-air-purifying-plants/#gref

Versi Terbaru

25/11/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Pencemaran Udara: Pembunuh yang Tidak Disedari

Berdasarkan Kajian, Pencemaran Udara Boleh Jadi Pembunuh Senyap Kehamilan


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 25/11/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan