Apabila memasuki bulan Ramadan, umat Islam tentu ingin menjalankan ibadah puasa selancar mungkin. Tak terkecuali bagi penghidap asma.
Namun berpuasa mungkin menimbulkan beberapa kebimbangan tertentu buat mereka, misalnya pengunaan ventolin semasa puasa. Teruskan membaca artikel untuk mengetahui lebih lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.
Simptom asma semasa puasa
Belum ada kajian yang menunjukkan bahawa puasa berbahaya atau tidak digalakkan untuk penghidap asma. Setakat ini, para doktor dan ahli perubatan menyatakan ia masih selamat untuk mereka berpuasa.
Malah, menurut satu kajian dalam jurnal ilmiah Annals of Allergy, Asthma, and Immunology, 90 peratus pengidap asma yang menjalani ibadah puasa tidak melaporkan apa-apa mengeni serangan asma atau gangguan pernafasan lain.
Jadi, individu asma boleh berpuasa dengan selamat. Namun, ini semua bergantung pada keadaan fizikal masing-masing. Sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum mula berpuasa.
Ini kerana, sesetengah orang perlu makan ubat-ubatan tertentu secara rutin bagi mengelakkan serangan asma.
Dalam beberapa kes, ubat ini tidak boleh ditinggalkan atau dikurangkan dosnya dalam sehari.
Menggunakan ventolin semasa puasa
Salah satu kebimbangan bagi penghidap asma iaitu jika harus menggunakan ubat inhalasi atau ventolin semasa puasa.
Ventolin adalah sejenis ubat salbutamol. Fungsi ubat ini ialah membuka dan melemaskan otot-otot saluran pernafasan.
Cara menggunakannya ialah dengan menghirup semprotan ventolin menerusi mulut.
Bergantung pada keadaan dan saranan doktor, anda mungkin harus memakai ventolin sebanyak empat hingga enam jam sekali.
Hingga saat ini, para penyelidik masih membincangkan adakah penggunaan ventolin membatalkan puasa.

Perlu diketahui, ventolin tidak akan masuk hingga ke perut. Ubat ini hanya akan sampai di saluran pernafasan anda.
Disebabkan ini kebanyakan ahli agama menyatakan ubat ini boleh digunakan. Namun, jika anda tidak yakin dapatkan pandangan ahli agama terlebuh dahulu.
Jika kurang nyaman menggunakan ventolin semasa puasa, penghidap asma boleh menggunakannya semasa sahur, berbuka, dan sebelum tidur.
Walau bagaimanapun, doktor tetap mengesyorkan anda untuk tidak menghentikan penggunaan ventolin atau anda tiba-tiba harus menggunakannya, jangan memaksakan diri untuk berpuasa.
Pantang larang penyakit asma semasa puasa
Secara teori, puasa boleh meningkatkan risiko terkena serangan asma. Ini kerana, tanpa pengambilan cairan selama berjam-jam, saluran pernafasan menjadi kering. Ini mendorong serangan asma.
Jadi sila baca tip menjalani ibadah puasa berikut ini.
- Banyak minum air waktu berbuka dan sahur. Paling tidak minum lapan gelas air dalam tempoh tidak puasa. Ini supaya anda tidak dehidrasi sepanjang puasa dan saluran pernapasan tetap lembap.
- Elakkan bersukan atau aktiviti fizikal yang terlalu berat semasa puasa. Ini kerana, ia boleh mendorong kepada serangan asma.
- Pilih menu sahur dan berbuka yang sihat. Kajian membuktikan bahawa amalan pemakanan sihat yang kaya dengan vitamin C, vitamin E, magnesium, dan asid lemak omega-3 mampu mencegah asma.
- Pastikan suhu ruangan cukup lembap. Apabila anda harus pergi ke luar ruangan yang udaranya sangat kering, pakai masker.
Kesimpulan
Penghidap asma masih boleh menjalani ibadah puasa dengan selamat sekiranya keadaan penyakit terkawal dan langkah berjaga-jaga diambil.
Pastikan ubat diambil mengikut nasihat doktor, elakkan pencetus asma dan kekalkan gaya hidup sihat sepanjang Ramadan.
Jika simptom bertambah teruk atau serangan asma berlaku, segera dapatkan rawatan bagi mengelakkan komplikasi yang lebih serius.













