Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Hidup Berdikari atau Pusat Jagaan? Ini 5 Tip Terbaik Sekiranya Ingin Hidup Selesa Di Usia Emas
Menjelang usia emas, ramai individu mengimpikan kehidupan yang tenang dan berdikari tanpa bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Malah, ada juga yang mencari pusat jagaan warga emas terbaik dengan aktiviti sosial untuk orang tua duduki pada usia senja nanti.
Walaupun faktor seperti kesihatan, kewangan dan sokongan sosial memainkan peranan penting, terdapat banyak cara untuk memastikan warga emas dapat menjalani kehidupan yang selesadan bermakna.
Jangan lupa, kesihatan mental warga emas juga penting. Bagi mereka yang ingin hidup berdikari di usia emas, ini apa yang anda perlu tahu!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sihat Pada Usia Emas, anda boleh klikdi sini.
Pergi pusat jagaan warga emas atau berdikari?
Memilih antara tinggal di pusat jagaan atau hidup berdikari bergantung kepada keperluan dan keadaan seseorang.
Jika kesihatan dan kewangan mengizinkan, hidup berdikari memberi lebih kebebasan.
Namun, pusat jagaan menawarkan penjagaan rapi serta kemudahan yang selesa bagi mereka yang memerlukan sokongan harian.
Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu sekiranya anda mencari cara hidup sihat untuk orang tua:
1. Jaga kesihatan fizikal dan mental
Penting untuk warga emas menjaga kesihatan diri bagi memastikan dapat hidup berdikari.
Kesihatan adalah aspek utama dalam mengekalkan kehidupan berdikari.
Oleh itu, warga emas perlu memberi perhatian kepada kesihatan fizikal dan mental mereka dengan cara berikut:
Ambil makanan yang sihat – Amalkan diet seimbang dengan pengambilan protein, serat, vitamin dan mineral yang mencukupi
Pemeriksaan kesihatan berkala – Kunjungi doktor secara berkala untuk mengesan dan mencegah sebarang penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi dan osteoporosis
Jaga kesihatan mental – Elakkan tekanan dengan melakukan aktiviti seperti membaca, bersosial, dan mengamalkan teknik relaksasi seperti meditasi atau berzikir
2. Pastikan kewangan stabil
Kebebasan kewangan adalah kunci untuk memastikan kesihatan fizikal dan kesihatan mental warga emas terjaga. Beberapa langkah yang boleh diambil termasuk:
Rancang simpanan dan pelaburan – Pastikan ada tabungan yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian dan kecemasan
Urus perbelanjaan dengan bijak – Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan utamakan keperluan asas
Cari wang tambahan – Jika masih berupaya, warga emas boleh melakukan pekerjaan sambilan seperti mengajar, berniaga kecil-kecilan atau menyediakan perkhidmatan berdasarkan kemahiran mereka
Kini, pusat jagaan warga emas juga menjadi pilihan bagi masyarakat moden.
Jangan salah anggap! Pusat jagaan zaman sekarang tidak seperti dahulu, malah sudah jauh berbeza.
Jika ada wang, terdapat banyak pusat jagaan warga emas yang selesa dan menawarkan kemudahan moden bagi memenuhi keperluan penghuni mereka.
3. Sesuaikan gaya hidup dengan keperluan semasa
Pastikan rumah yang didiami sesuai untuk warga emas.
Menyesuaikan gaya hidup adalah penting bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pada usia emas. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah:
Ubah suai rumah untuk keselamatan – Pasang pemegang di bilik air, elakkan perabot tajam atau licin dan pastikan rumah mempunyai pencahayaan yang baik
Sediakan pelan jangka panjang – Pastikan ada perancangan seperti membuat wasiat, merancang tempat tinggal yang sesuai dan berbincang dengan keluarga mengenai penjagaan sekiranya diperlukan
Belajar gunakan teknologi – Aplikasi kesihatan, perbankan atas talian dan peranti kecemasan boleh membantu dalam menjalani kehidupan dengan lebih mudah dan selamat
4. Pastikan ada aktiviti sosial untuk orang tua
Warga emas juga perlu bersosial untuk kesihatan mental lebih baik.
Kesejahteraan sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan warga emas.
Sentiasa berhubung dengan keluarga dan rakan – Luangkan masa bersama anak-anak, cucu atau sahabat lama bagi mengeratkan hubungan
Hidup bermasyarakat – Sertai kelas, kelab atau persatuan warga emas yang menawarkan pelbagai aktiviti sosial dan rekreasi
Cari kawan baharu – Menghadiri acara atau kursus yang diminati boleh membantu menambah kenalan baharu dan mengelakkan rasa sunyi
5. Perlukah pusat jagaan warga emas?
Sekiranya tinggal sendirian bukan pilihan terbaik, terdapat beberapa alternatif yang boleh dipertimbangkan:
Tinggal bersama keluarga – Menetap dengan anak atau saudara mara yang bersedia untuk menjaga kebajikan mereka
Tinggal di pusat jagaan warga emas– Pilihan ini sesuai bagi mereka yang memerlukan penjagaan harian tetapi masih ingin mengekalkan tahap kebebasan tertentu
Kesimpulan
Hidup berdikari di usia emas boleh dicapai dengan persediaan awal.
Jaga kesihatan dan rancang kewangan dengan baik.
Sesuaikan gaya hidup agar lebih selesa dan selamat.
Jangan lupa, sokongan keluarga dan komuniti penting untuk kesejahteraan fizikal dan kesihatan mental warga emas.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Elderly Independent Living.https://www.aarp.org/home-family/caregiving/aging-in-place/. Diakses pada 15 Februari 2025.
The Benefits of Senior Community Living.https://www.nia.nih.gov/health/senior-housing-options. Diakses pada 15 Februari 2025.
Financial Planning for Retirement. https://www.consumerfinance.gov/consumer-tools/retirement/. Diakses pada 15 Februari 2025.
Mental Health and Aging.https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/mental-health-of-older-adults. Diakses pada 15 Februari 2025.
Choosing the Right Senior Care Facility. https://www.leadingage.org/senior-living-options. Diakses pada 15 Februari 2025.
Versi Terbaru
02/09/2025
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor