Vaksin sangat diperlukan bagi orang dewasa dan juga warga tua. Pertambahan usia atau penuaan menyebabkan sistem imun anda semakin lemah dan menyebabkan kesukaran untuk melawan jangkitan.
Akibatnya, anda lebih cenderung untuk mendapat penyakit seperti selsema, radang paru-paru, kayap dan mempunyai komplikasi yang boleh menyebabkan penyakit jangka panjang, dimasukkan ke hospital dan juga kematian.
Dua vaksin membantu mencegah vaksin pneumokokkal
- PCV 13 (pneumococcal conjugate vaccine)
- PPSV23 (pneumococcal polysaccharide vaccine)
Vaksin diperlukan oleh warga tua
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mencadangkan 2 vaksin pneumokokkal untuk orang berumur 65 tahun dan ke atas.
- Anda perlu menerima dos PCV13 terlebih dahulu, diikuti dengan dos PPSV23, sekurang-kurangnya 1 tahun kemudian.
- Jika anda sudah menerima sebarang dos PPSV23, dapatkan dos PCV13 sekurang-kurangnya 1 tahun selepas dos PPSV23 yang terkini.
- Jika anda sudah menerima dos PCV13 pada usia yang lebih muda, CDC tidak mencadangkan satu lagi dos.
PCV13 melindungi daripada 13 jenis bakteria pneumokokkal dan PPSV23 melindungi terhadap 23 jenis bakteria pneumokokkal. Kedua-dua vaksin ini memberi perlindungan terhadap penyakit seperti meningitis dan bakteria. PCV13 juga menyediakan perlindungan terhadap radang paru-paru.
Vaksin ini selamat, tetapi kesan sampingannya boleh berlaku. Kebanyakan kesan sampingannya adalah ringan seperti bengkak atau sakit lengan. Ianya tidak menjejaskan aktiviti harian.
Kepentingan vaksin pneumokokkal
Penyakit pneumokokkal membunuh 18,000 orang dewasa berusia 65 tahun dan ke atas setiap tahun. Sistem imun yang lemah bermakna orang yang berusia atau warga tua mempunyai risiko yang lebih besar, dan boleh menghadapi kesan sampingan yang lebih teruk, terutama mereka yang menguruskan penyakit kronik.
- Penyakit pneumokokkal adalah jangkitan berpotensi maut yang boleh berlaku dengan cepat.
- Mendapatkan vaksin adalah cara terbaik untuk melindungi jangkitan pneumokokkal.
Setiap orang perlu memeriksa sama ada sudah atau belum mendapatkan vaksin pneumokokkal. Manakala, bagi yang sudah mendapatkannya, perlu berbincang dengan doktor sama ada memerlukan vaksin tambahan supaya terus dilindungi.
Jika anda mempunyai keadaan kesihatan yang berterusan seperti diabetes atau penyakit jantung, keperluan vaksin adalah sangat penting. Ini kerana vaksin boleh melindungi anda daripada penyakit serius dan komplikasi berkaitan supaya kekal sihat.
Baca juga:
[embed-health-tool-bmi]