backup og meta

Makin Meningkat Usia, Fungsi Sistem Pencernaan Pun MEROSOT, Ini 10 Masalah Yang Boleh Dialami

Makin Meningkat Usia, Fungsi Sistem Pencernaan Pun MEROSOT, Ini 10 Masalah Yang Boleh Dialami

Masalah pencernaan boleh berlaku kepada sesiapa tanpa mengira usia. Pun begitu, warga emas dikatakan lebih cenderung mengalami gangguan pencernaan. Jom ketahuinya dengan lebih lanjut. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sihat Pada Usia Emas, anda boleh klik di sini.

Masalah pencernaan yang menghantui warga emas

Peningkatan usia mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Dari sudut positifnya, anda akan mempunyai lebih banyak masa untuk berehat dan menikmati kehidupan.

Manakala kekurangannya pula, anda akan berdepan dengan pelbagai cabaran kesihatan. Ini termasuklah peningkatan masalah pencernaan.

Umumnya, sistem pencernaan adalah kumpulan organ penting yang bertanggungjawab untuk memecahkan makanan menjadi komponen untuk kegunaan badan. 

Bagi individu bergelar warga emas, risiko untuk berdepan kemerosotan dalam fungsi sistem tersebut akan meningkat. 

Ia sudah tentu mempunyai kesan daripada diet pemakanan, amalan gaya hidup, penyakit serta ubatan yang diambil. 

10 masalah pencernaan berisiko dialami

Berikut adalah gambaran umum tentang gangguan kesihatan berkaitan pencernaan yang mungkin timbul seiring peningkatan usia.

Pelajari mengapa ia berlaku dan anda mungkin boleh menghindarinya nanti.

#1. Sembelit

Antara gangguan pencernaan yang sering dialami. 

Sudah tentu mereka yang berusia 60-an ke atas akan berdepan isu perubahan tabiat buang air besar, terutamanya sembelit

Simptom yang mungkin berlaku adalah kesukaran untuk membuang air besar, pergerakan usus yang jarang berlaku dan najis kering serta keras.

Masalah pencernaan #2. Perubahan sistem pencernaan

Fungsi sistem pencernaan adalah untuk menggerakkan makanan ke seluruh badan melalui rangkaian pengecutan otot.

Bagi warga emas, proses ini kadang-kadang melambatkan dan boleh menyebabkan makanan bergerak lebih perlahan melalui usus besar. 

Apabila pergerakan semakin perlahan, penyerapan air daripada sisa makanan akan berlaku, menyebabkan sembelit. 

gangguan pencernaan sembelit#3. Penggunaan ubat

Seiring bertambahnya usia, kita mula menghadapi lebih banyak masalah kesihatan yang memerlukan ubat. Pengambilan beberapa ubat tertentu boleh menyebabkan sembelit.

Contohnya seperti penyekat saluran kalsium yang digunakan untuk tekanan darah tinggi. Ia sememangnya baik untuk menyembuhkan hipertensi yang mengakibatkan sembelit.

#4. Tidak aktif

Menjadi warga emas menyebabkan anda akan semakin kurang aktif dan ia boleh mengakibatkan sembelit.

Berehat di katil akibat masalah kesihatan turut boleh menimbulkan masalah, ini terutamanya bagi mereka yang menjalani prosedur pembedahan.

#5. Pengambilan air tidak mencukupi

Masalah pencernaan seperti sembelit dihindari dengan memastikan diri kekal terhidrat tanpa mengira usia. 

Pun begitu keadaan boleh bertambah rumit bagi individu lebih berusia yang mengambil diuretik bagi memulihkan tekanan darah tinggi atau kegagalan jantung.

Sesetengah warga emas akan mengelakkan untuk minum terlalu banyak cecair agar mereka tidak perlu berulang-alik ke bilik air sepanjang hari.

Sama ada mengurangkan pengambilan minum air atau kekerapan kencing dalam sehari, kedua-duanya berisiko menyebabkan dehidrasi, sekali gus meningkatkan risiko masalah pencernaan.

masalah pencernaan

#6. Penyakit divertikular

Kira-kira separuh daripada individu warga emas berusia 60 tahun ke atas menghidap diverticulosis.

Ia berlaku apabila kantung kecil pada lapisan usus besar mengembang di sepanjang titik-titik lemah pada dinding usus.

Keadaan ini sering kali tidak menyebabkan sebarang gejala, pun begitu masalah seperti gas, kembung, kekejangan dan sembelit mungkin berlaku. 

Walaupun kebanyakan kes yang terjadi tidak memerlukan rawatan, tetapi ia boleh menyebabkan parut.

Jika poket tersebut mengalami keradangan, yang disebut sebagai diverkulitis, ia boleh mengakibatkan sakit perut, kekejangan, demam, menggigil, mual dan muntah.

#7. Ulser & NSAIDs

Ramai warga emas memilih menggunakan ubat antiradang bukan steroid (NSAIDs) untuk mengawal kesakitan berpunca daripada arthritis dan kesakitan kronik lain. 

Walau bagaimanapun, penggunaan secara berkala boleh meningkatkan risiko ulser dan pendarahan perut seperti muntah darah dan pengeluaran najis berwarna gelap.

#8. Masalah pada mulut dan esofagus

Esofagus adalah tiub yang menghubungkan mulut dengan perut.

Seperti usus besar, esofagus juga akan mengalami kemerosotan fungsinya apabila anda bertambah usia, maka pergerakan makanan akan menjadi lebih perlahan.

Ia sekali gus boleh menimbulkan masalah ketika menelan makanan atau cecair.

#9. Polip

Selepas usia 50 tahun, risiko untuk mengembangkan polip atau pertumbuhan kecil di usus besar menjadi tinggi.

Polip mungkin bukan ketumbuhan melibatkan barah, tetapi mungkin menjadi barah atau sememangnya pertumbuhan barah.

Anda boleh menghidap polip dan tidak menyedari tentangnya kerana ia tidak mempunyai sebarang gejala. 

Individu dengan sejarah keluarga yang mengalami barah usus besar atau faktor risiko lain disarankan untuk menjalani pemeriksaan lebih awal.

#10. GERD 

gangguan pencernaan

Penyakit refluks gastroesophageal (GERD) adalah gangguan glisemik indeks (GI) atas paling biasa berlaku pada warga emas, walaupun sebenarnya setiap individu tanpa mengira usia berisiko mendapatnya. 

GERD berlaku apabila asid perut kembali ke tekak serta menyebabkan pedih ulu hati dan gejala lain. 

Amalan hidup sihat

Sama seperti masalah kesihatan lain, pencegahan adalah ubat terbaik untuk memastikan pencernaan anda berjalan lancar.

Penjagaan aspek pemakanan, melakukan aktiviti fizikal secara berkala dan mengawal berat badan antara amalan yang membantu mencegah gejala gangguan pencernaan daripada timbul di kemudian hari.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Aging Digestive Tract. https://badgut.org/information-centre/a-z-digestive-topics/aging-digestive-tract/  / Diakses pada Julai 16, 2020

Digestive Health Tips. https://gi.org/topics/digestive-health-tips/. Diakses pada Julai 16, 2020.

5 Steps to Help Prevent Digestive Problems as You Age. https://health.clevelandclinic.org/stomach-trouble-5-steps-help-prevent-digestive-problems-as-you-age/. Diakses pada Julai 16, 2020.

Aging and Digestive Health: 6 Factors to Watch For. https://healthblog.uofmhealth.org/digestive-health/aging-and-digestive-health-6-factors-to-watch-for. Diakses pada Julai 16, 2020.

Understanding the gastrointestinal tract of the elderly to develop dietary solutions that prevent malnutrition. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4546438/. Diakses pada Julai 16, 2020

Versi Terbaru

21/12/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

AWAS! Ini Sebab Mengapa Jangkitan Pneumonia BAHAYA Untuk Orang Tua

Kenapa Warga Tua Semakin Sakit? Ambil Tahu, Mungkin Mereka Didera Secara Fizikal!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/12/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan