Satu perkara yang pastinya sangat penting bagi wanita adalah bagaimana untuk kelihatan muda dan cantik. Walau bagaimanapun, semakin lama, wanita semakin tua dan memperlihatkan tanda-tanda kedutan serta penuaan. Nasib baik, diet yang baik dapat membantu wanita mengelakkan dan juga meremajakan penampilan mereka.
Avokado
Avokado, atau juga dikenali sebagai pir buaya, dikenali dengan manfaatnya untuk kulit yang sihat dan cantik. Bersama dengan rasanya yang berkrim dan lazat, buah hijau ini juga penuh dengan vitamin E dan B kompleks, yang menyuburkan kulit. Di samping itu, avokado kaya dengan asid lemak yang membantu melembapkan kulit dan menjadikannya kelihatan lembut dan licin.
Anda boleh makan avokado dengan pelbagai cara, seperti makan buahnya secara langsung, campurkan dengan salad, atau membuat jus.
Salmon
Sejak berabad lagi, salmon dengan ciri-ciri anti-penuaan, sangat popular bagi mereka yang ingin memanjangkan keremajaan mereka. Ikan yang sihat ini kaya dengan asid lemak omega 3 yang sangat membantu dalam melembapkan kulit serta melindunginya daripada kerosakan UV dari cahaya matahari. Tambahan pula, salmon juga membantu mencegah penuaan pra-matang dan kedutan.
Selain daripada Omega 3, salmon juga mengandungi satu lagi nutrien anti-kedut yang dipanggil astaxanthin. Bahan ini yang memberikan ikan tersebut warna merah jambu. Ia adalah antioksida kuat yang menghapuskan radikal bebas yang terhasil daripada terdedah kepada sinar UV. Astaxanthin lebih tinggi di dalam salmon liar berbanding yang diternak.
Beri biru
Beri biru adalah antara makanan yang paling sihat kerana ia adalah satu penyelesaian bagi sesiapa yang bimbang tentang kedutan. Kepekatan antosianin yang tinggi di dalam beri biru membantu kulit anda kelihatan muda dan berseri dengan meneutralkan enzim yang merosakkan tisu penghubung dan juga dengan cara memerangkap radikal bebas. Tambahan pula, antosianin meningkatkan kesan vitamin C dan vitamin E,yang terkandung di dalam beri biru. Seperti salmon, buah yang berasal dari hutan lebih baik berbanding yang ditanam di rumah.
Teh hijau
Menurut pelbagai kajian, teh hijau telah terbukti sangat baik dalam melawan kedutan. Sejenis kompaun yang dipanggil catechins di dalam teh hijau boleh meremajakan kulit serta melindunginya daripada sinaran UV yang berbahaya. Untuk mendapatkan jumlah maksimum catechins, anda perlu mengambil teh yang diperbuat daripada daun teh bukannya beg teh. Di samping itu, sila biarkan teh direndam di dalam air cukup lama (kira-kira 5 minit) sebelum diminum.
Seperti yang kita semua tahu, diet yang baik memainkan peranan utama dalam kesihatan dan kecantikan seseorang. Oleh itu, sila ambil makanan-makanan anti-penuaan dengan kerap untuk mendapatkan rupa yang cantik dan sempurna.
[embed-health-tool-bmi]