backup og meta

Jika Kesihatan Oral Tidak Dipantau, Orang Tua Anda Berisiko Untuk Dapat 5 Penyakit Gigi Ini!

Jika Kesihatan Oral Tidak Dipantau, Orang Tua Anda Berisiko Untuk Dapat 5 Penyakit Gigi Ini!

Warga emas merupakan kelompok yang paling berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit. Ini termasuklah jenis penyakit gigi. Berikut adalah antara jenis masalah gigi yang sering berlaku kepada warga emas.

Mengapa warga emas mudah mendapat pelbagai jenis masalah gigi?

Secara umumnya, gigi kita digunakan untuk tujuan memudahkan proses penghancuran makanan.

Kita menggunakan gigi sepanjang umur kita. Proses seperti menyiat, mengunyah dan menghancurkan makanan menjadikan gigi kita terdedah kepada beberapa risiko penyakit.

Bukan itu sahaja, kesan penggunaan ubat-ubatan, keadaan kesihatan, serta kekurangan penjagaan gigi menjadikan kualiti gigi menurun sesuai dengan peningkatan usia.

Oleh itu, individu yang telah berusia lebih mudah mendapat pelbagai jenis penyakit gigi berbanding individu yang lebih muda.

5 jenis masalah gigi paling kerap berlaku kepada warga emas

Berikut dinyatakan lima jenis keadaan atau masalah gigi yang paling kerap berlaku dalam kalangan warga emas.

Jenis masalah gigi 1: Gigi reput

jenis masalah gigi

Pereputan gigi boleh menyebabkan kaviti. Apabila kaviti terbentuk, ia boleh menyebabkan kesakitan, jangkitan, bahkan kehilangan gigi.

Keadaan ini selalunya disebabkan oleh pengumpulan plak dan tartar pada gigi warga emas.

Apabila kita kerap memakan makanan dan minuman bergula, maka ia boleh menyebabkan pengumpulan gula serta asid dalam mulut.

Ditambah lagi dengan faktor-faktor lain seperti kurangnya pengeluaran air liur, maka keadaan ini akan menjadi lebih buruk.

Oleh itu, langkah pencegahan adalah pendekatan yang terbaik untuk mengatasinya.

Untuk warga emas seperti ibu bapa anda, galakkan mereka untuk menggosok gigi dua kali sehari dengan ubat gigi berfluorida.

Selain itu, kurangkan jumlah makanan bergula, dan minum air setiap kali selepas makan. 

Jenis penyakit gigi 2: Penyakit gusi

Penyakit gusi juga adalah antara jenis masalah gigi yang biasa berlaku dalam kalangan warga emas.

Penyakit gusi disebabkan oleh bakteria yang terdapat pada plak dan juga tartar gigi. Selain itu, faktor lain seperti merokok juga boleh menyebabkan penyakit gusi.

Antara simptom-simptom penyakit gusi yang boleh berlaku ialah gusi yang bengkak, kemerahan atau mengalami pendarahan.

Antara penyakit gusi yang boleh berlaku adalah seperti gingivitis. Gingivitis adalah keadaan di mana berlaku keradangan pada bahagian gusi di kawasan tisu gusi bertemu gigi.

Jika ia menjadi semakin teruk, ia boleh menyebabkan periodontitis yang merupakan sejenis jangkitan gusi yang agak serius.

Jika periodontitis berlaku, ia bukan sahaja boleh merosakkan tisu gusi, tetapi juga tulang yang menyokong gigi.

Jenis penyakit gigi 3: Penyurutan gusi (receding gums)

jenis penyakit gigi

Keadaan penyurutan gusi berlaku apabila tisu gusi semakin mengecut daripada gigi kita.

Jenis masalah gigi ini adalah antara yang kerap berlaku dalam kalangan warga emas.

Penyurutan gusi biasa berlaku disebabkan faktor penyakit gusi dan juga penjagaan gigi yang kurang baik.

Selain itu, ia juga boleh berlaku disebabkan faktor-faktor lain seperti merokok, mengasah gigi serta sejarah keluarga.

Kesannya, gigi akan menjadi lebih sensitif kerana akar gigi menjadi semakin terdedah akibat pengecutan tisu gusi. 

Jenis penyakit gigi 4: Kekeringan mulut

Nampak macam tidak begitu serius, tetapi kekeringan mulut adalah antara penyakit gigi yang membimbangkan.

Kekeringan mulut boleh berlaku apabila penghasilan air liur semakin berkurangan.

Keadaan ini biasa berlaku disebabkan oleh kesan sampingan ubat-ubatan.

Apabila kekeringan mulut berlaku, gula serta asid mulut akan berkumpul dengan lebih banyak dalam mulut.

Ia boleh menyebabkan masalah kaviti pada gigi.

Selain itu, bibir juga akan mudah merekah dan lidah akan menjadi bengkak. 

Jenis penyakit gigi 5: Kanser mulut

Peluang untuk mendapat kanser mulut akan semakin tinggi apabila semakin berusia.

jenis masalah gigi

Selain itu, individu yang kerap merokok dan mengambil minuman beralkohol juga berisiko untuk mendapat kanser mulut.

Oleh itu, jika terdapat sebarang ulser, perubahan warna tisu dan luka dalam mulut anda, berjumpalah dengan doktor gigi untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.mouthhealthy.org/en/adults-over-60/concerns

https://www.aafp.org/afp/2008/1001/p845.html

https://www.health.harvard.edu/diseases-and-conditions/the-aging-mouth-and-how-to-keep-it-younger

Versi Terbaru

05/09/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Sebab Inilah Kita Kena Berus Lidah Sekali Masa Gosok Gigi! Kalau Tidak, Akan Jadi Begini...

Gigi Berdenyut Buat Tidur Malam Anda Terganggu? Usah Gusar, Cubalah 6 Petua Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 05/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan