backup og meta

Kalau Peti Ais Anda Tak Berapa Sejuk, Boleh DIY Sendiri Di Rumah Guna 2 Cara Ini…

Kalau Peti Ais Anda Tak Berapa Sejuk, Boleh DIY Sendiri Di Rumah Guna 2 Cara Ini…

Mungkin ada sesetengah daripada kita yang mengalami masalah ini; peti ais tak sejuk walaupun peti sejuk baru dibeli tidak sampai setahun. Anda tahu apa punca dan kenapa peti ais bahagian bawah tak sejuk?

Ini kami kongsikan dua cara untuk anda baiki peti ais sendiri.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Kenapa peti ais bawah tak sejuk?

Anda mungkin akan mengalami salah satu daripada dua keadaan berikut, sama ada bahagian atas peti ais 2 pintu tidak sejuk atau pada bahagian bawah.

Sekiranya bahagian atas bermasalah, ikan sering menjadi cepat busuk atau tidak membeku.

Manakala jika peti ais tak sejuk di bahagian bawah, sayur atau bahan yang kita letakkan di sudut itu tidak sejuk sama sekali.

Mengapa ini berlaku? Biasanya, kenapa peti ais bahagian bawah tak sejuk adalah disebabkan defrost thermostat atau sensor.

Begitu juga dengan peti beku di bahagian atas. Sekiranya thermostat atau sensor ini bermasalah, ia boleh menyebabkan peti ais tak sejuk. 

Cara baiki peti ais yang tidak sejuk

Anda tertanya-tanya harga repair peti ais tak sejuk mahal atau tidak?

Jangan bimbang lagi! Sebenarnya terdapat dua cara yang boleh anda lakukan untuk membaiki masalah peti ais sejuk tapi tak beku di rumah sahaja seperti:

#1. Cairkan ketulan ais 

ais dalam peti sejuk
Cara mudah untuk membaiki peti sejuk.

Ada kalanya, masalah peti ais sejuk tapi tak beku berpunca daripada pengumpulan atau penebalan ais pada kawasan laluan keluar masuk udara sejuk.

Oleh itu, caranya adalah dengan mencairkan ketulan-ketulan ais ini.

Ikuti langkah-langkah di bawah ini:

  • Pertama sekali, tutup suis peti sejuk terlebih dahulu.
  • Kemudian, buka penutup gegelung penyejuk (cooling coil) yang berada pada bahagian belakang dalam peti beku.
  • Secara perlahan-lahan, tanggalkan penutup tersebut dan juga segala soket yang bersambung dengannya.
  • Selepas penutup dicabut, anda boleh melihat ketulan ais menutupi hampir keseluruhan kawasan gegelung penyejuk termasuklah kawasan keluar masuk laluan udara.
  • Cairkan ketulan-ketulan ais tersebut. Ada dua kaedah yang boleh anda gunakan untuk mencairkannya iaitu dengan menggunakan pengering rambut atau kipas berdiri (stand fan). Selain itu, anda juga boleh menunggu selama 2 hingga 3 hari untuk ais tersebut mencair dengan sendirinya. 
  • Setelah kesemua ais cair, tutup kembali penutup gegelung penyejuk. Pastikan anda memasang semula soket dengan betul dan tepat sebelum memasang penutupnya.
  • Sebelum membuka kembali suis peti ais, pastikan anda memeriksa bekas takungan air yang terletak di bahagian belakang bawah peti sejuk. Jika hampir penuh atau sudah melimpah, buang air takungan tersebut terlebih dahulu.
  • Buka suis peti ais seperti biasa dan masukkan kembali segala barang makanan ke dalam peti sejuk. 

#2. Tukar defrost sensor / thermostat 

peti ais tak sejuk
Punca peti sejuk tidak beku.

Sebelum anda menukar sensor atau thermostat ini, pastikan anda mempunyai beberapa barangan yang diperlukan.

Antaranya ialah pemutar skru rata, pengikat kabel, defrost thermostat, pita perekat hitam dan pengering rambut.

Cara-caranya ialah:

  • Matikan suis peti sejuk terlebih dahulu.
  • Buka penutup gegelung penyejuk yang berada di bahagian belakang dalam peti beku.
  • Tunggu ketulan ais mencair terlebih dahulu. Untuk proses yang lebih cepat, boleh gunakan pengering rambut atau kipas. 
  • Setelah ais cair, anda boleh melihat sejenis tiub plastik kecil dengan sensor di dalamnya. Tiub plastik ini mungkin berwarna merah jambu, putih, biru atau lain-lain warna lagi. Ia diikat bersama sambungan kabel hitam dalam peti sejuk dengan menggunakan pengikat kabel. 
  • Potong pengikat kabel tersebut dan tanggalkan sensor. 
  • Setelah itu, potong wayar asal sensor tersebut dan sambungkan dengan wayar sensor atau thermostat yang baharu. Kemudian, balut dengan pita perekat hitam untuk mengemaskan sambungan tersebut.
  • Letakkan semula sensor ke tempat asalnya dan ikat dengan menggunakan pengikat kabel.
  • Tutup kembali penutup gegelung penyejuk.
  • Buka semula suis peti sejuk. Siap! 
simpan makanan dalam peti ais
Makanan yang tidak sesuai disimpan dalam peti ais.

Bagaimana jika peti ais 2 pintu tidak sejuk lagi?

Kini anda sudah tahu kenapa peti ais 2 pintu tidak sejuk.

Jika anda telah melakukan kedua-dua kaedah tersebut namun tidak berhasil, anda dinasihatkan untuk memanggil juruteknik bagi membantu membaiki peti sejuk anda.

Besar kemungkinan kompresor peti ais sudah tidak berfungsi atau peti sejuk sudah kehabisan gas penyejuk.

Ia juga mungkin disebabkan glass heater dalam peti sejuk tersebut sudah pecah.

Selamat mencuba!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Should You Repair or Replace Your Broken Refrigerator?. https://www.consumerreports.org/refrigerators/should-you-repair-or-replace-your-broken-refrigerator-a3570195924/. Accessed on September 16, 2022.

Signs Your Kitchen Needs To Be Redone. https://handymantips.org/kitchen-needs-to-be-redone/. Accessed on September 16, 2022.

How Do Refrigerators Work?. https://wonderopolis.org/wonder/how-do-refrigerators-work. Accessed on September 16, 2022.

Repair The Refrigerator?. https://www.bogleheads.org/forum/viewtopic.php?t=320287. Accessed on September 16, 2022.

Replacing That Old Refrigerator: A Bigger Decision Than You Think. https://www.dovetailinc.org/upload/tmp/1579548998.pdf. Accessed on September 16, 2022.

Versi Terbaru

19/04/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

7 Jenis Makanan Ini Tak Boleh Masuk Peti Ais, Ia Hanya Menghilangkan Zat & Khasiatnya!

Ini Cara Nak Buat Cili Kisar Tahan Lama, Tak Mudah Berkulat Dalam Peti Ais!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 19/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan