Bulan puasa memang memiliki pelbagai rutin mengujakan yang hanya setahun sekali dilakukan, salah satunya adalah bangun sahur. Bersahur membuat anda perlu mengambil makanan yang mencukupi pada waktu yang sangat awal. Atas alasan tidak sempat, ramai orang yang hanya memanaskan makanan dan tidak memasak langsung. Meskipun praktikal, terdapat beberapa perkara berbahaya yang mungkin terjadi yang perlu anda tahu.
Bahaya kerap memanaskan lauk untuk sahur
Secara amnya, kegiatan memasak di bulan Ramadan selalu tertumpu kepada waktu berbuka puasa. Sementara waktu sahur lebih ramai memilih untuk sekadar memanaskan lauk daripada baki waktu berbuka atau dengan hidangan yang sedia ada.
Para ibu atau mereka yang tinggal sendiri mungkin akan menggunakan microwave untuk memanaskan lauk sahur. Memang rasa makanan tidak akan berubah, tapi tahukah anda bahawa nutrien dalam makanan tersebut boleh berubah?
Tak mengapa memanaskan lauk sahur, namun lebih baik tidak dipanaskan berkali-kali. Semakin kerap makanan disimpan dalam peti sejuk dan dipanaskan kembali, boleh menyebabkan adanya racun dalam makanan.
Proses memanaskan makanan untuk sahur berulang kali boleh mengubah nutrien yang ada dalam makanan menjadi racun yang bersifat karsinogen, yang meransang sel kanser. Selain itu, ketika makanan disejukkan dalam peti sejuk, bakteri daripada bahan-bahan lain dalam peti sejuk jadi mudah berpindah dan berkembang biak ke makanan.
Apatah lagi jika makanan berbuka puasa yang akan anda panaskan sewaktu sahur terdiri daripada daging, ikan, dan telur. Bahan- bahan tersebut jika didinginkan atau dibiarkan begitu saja, akan mudah dihinggapi bakteri.
Boleh dipanaskan, asalkan tidak lebih daripada sekali
Makanan hanya boleh dipanaskan cuma sekali. Perlu diingat juga, makanan harus dibiarkan dulu selama 2-3 jam sebelum masuk ke peti sejuk. Ini mencegah bakteri daripada mudah berkembang biak.
Cara tepat menyimpan makanan untuk dipanaskan lagi adalah dengan menempatkan makanan dalam bekas tertutup rapat. Selepas itu, simpan di suhu peti sejuk sekitar bawah 4 darjah celcius. Untuk bahan makanan daripada haiwan, seperti daging ayam atau lembu letakkan di freezer untuk mencegah risiko bakteri berkembang biak.
Makanan yang disimpan di peti sejuk paling lama boleh dimakan hingga 4 hari kemudian. Sementara makanan yang dibekukan, boleh bertahan 3 hingga 5 bulan lamanya.
Tip memanaskan makanan
Ketika ingin memanaskan makanan untuk sahur, gunakan tahap kepanasan dengan suhu 74 darjah celcius dan jangan memanaskan makanan dengan suhu lebih daripada 74 darjah celcius.
Makanan yang dipanaskan hingga lebih dari suhu tersebut akan hilang kandungan nutriennya. Untuk makanan cair atau berkuah, pastikan anda memanaskannya hingga mendidih.
1. Ayam
Ayam adalah salah satu bahan makanan yang boleh dipanaskan kembali. Sebaiknya elakkan memanaskan lauk ayam berulang kali. Protein pada ayam akan berubah ketika dipanaskan kembali. Kesannya, anda boleh terkena masalah pencernaan.
2. Kentang
Kentang merupakan salah satu jenis ubi yang memiliki banyak manfaat untuk tubuh. Walaupun begitu, lauk kentang tidak boleh dipanaskan berulang kali.
Kandungan nutrien pada kentang akan terwap dan hilang. Sebaiknya kentang dimakan sejurus setelah dimasak.
3. Bayam
Pakar kesihatan mengatakan bahawa lauk bayam tidak boleh dimasak terlalu lama atau dipanaskan berulang kali kerana ia akan menyebabkan kesan yang berbahaya. Kandungan nitrat bayam akan berubah menjadi nitrit yang boleh menyebabkan kanser.
[embed-health-tool-bmr]