backup og meta

Manfaat Puasa Bagi Pesakit Kanser

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nurul Aishah Binti Jamaludin · Kesihatan pekerjaan · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 12/05/2022

    Manfaat Puasa Bagi Pesakit Kanser

    Menjadi dilema, apabila pesakit kanser parlu menjalani rawatan pada bulan Ramadan. Tiada umat muslim yang sedang menghidap berusaha memenuhi kewajipannya dengan turut berpuasa. Sebenarnya terdapat pelbagai manfaat puasa bagi penghidap jika mereka berpuasa. Tetapi, adakah boleh berpuasa? Adakah semua pasakit kanser boleh berpuasa? Apakah manfaat puasa bagi pesakit kanser?

    Manfaat puasa bagi penghidap kanser

    Daripada beberapa penyelidikan, penghidap kanser yang menjalani puasa mempunyai peningkatan dan perkembangan dalam pelbagai perkara. Kajian tersebut telah dilakukan terhadap penghidap kanser pankreas, kanser payudara, kanser paru-paru dan kanser prostat. Malah, manfaat puasa juga dijumpai dalam kajian yang dilakukan pada pesakit yang mendapatkan kaedah rawatan serta jenis ubat kemoterapi yang berbeza.

    Hampir semua hasil kajian menunjukkan bahawa manfaat puasa Ramadan dapat membantu memperbarui sel-sel stem yang memengaruhi sistem imun tubuh, sehingga ia lebih kuat dalam melawan kanser dan mengalami sedikit kesan sampingan rawatan. Selain itu, puasa juga diketahui dapat meningkatkan keberkesanan daripada rawatan yang dijalani oleh para penghidap kanker.

    Adakah semua penghidap kanser boleh berpuasa?

    Permasalahan ini masih menimbulkan dilema bagi pesakit kanser dan pasukan perubatan yang menanganinya. Walaupun dalam beberapa kes, pesakit kanser mendapat manfaat puasa yang dijalani, namun hal tersebut sebenarnya bergantung dengan keadaan kesihatan serta status pemakanan masing-masing.

    Pesakit kanser yang sedang mengalami kesan sampingan dari rawatan atau mempunyai jenis kanser yang sudah menjalar (metastasis) ke bahagian lain tubuh, disarankan untuk tidak menjalani puasa di bulan Ramadan. Hal ini berkaitan dengan nutrisi yang harus dipenuhi selama mereka sepanjang proses rawatan tersebut.

    Namun, apabila pesakit kanser dinyatakan stabil dan tidak sedang mengalami komplikasi apa-apa, maka mereka boleh menjalani ibadah puasa. Sudah pasti ia dibawah kawalan serta atas saranan doktor.

    Selain itu, para penyelidik yang melakukan kajian-kajian tersebut menyatakan bahawa puasa Ramadan juga mungkin dibenarkan bagi pesakit kanser dengan rawatan lanjut. Berpuasa Ramadan dapat meningkatkan kualiti spiritual serta hidupnya, sehingga dapat membantu rawatan paliatif yang dijalaninya. Tetapi, perkara ini perlu dibincangkan dengan doktor anda.

    Apa yang patut dibimbangkan penghidap kanser berpuasa?

    Jika penghidap kanker menyatakan bahawa dirinya kuat untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan serta mendapat keizinan doktor, banyak perkara yang harus dibimbangkan terutama mengenai keperluan nutrisinya. Spanjang berpuasa, makanan yang masuk ke dalam tubuh pasti berkurang, sementara menjalani rawatan, para penghidap kanser mengalami peningkatan keperluan nutrisi.

    Perkara ini harus dirancang dan diatur dengan betul dan baik, mengenai pemilihan, saiz hidangan, serta jadual pemakanannya. Oleh itu, para penghidap kanser serta keluarganya lebih baik untuk membincangkan perkara tersebut dengan doktor dan pakar pemakanan anda supaya tidak menghalang proses rawatan.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Nurul Aishah Binti Jamaludin

    Kesihatan pekerjaan · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 12/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan