Anda ingin tahu cara untuk buatkan ingatan anda lebih baik? Ataupun, anda tercari-cari makanan baik untuk otak dengan nutrisi yang terbaik? Tapi, betul ke ada makanan yang boleh membantu ingatan seseorang?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkan di sini
Jangan percaya makanan baik untuk otak boleh jadi pandai!
Kadang-kadang, apabila kita lihat produk yang dijual di pasar raya ataupun media sosial, banyak yang mendakwa mempunyai bahan yang boleh bantu kuatkan lagi ingatan ataupun brainpower.
Sebagai contoh, ada suplemen ataupun kismis yang didakwa boleh bantu anak kuasai matematik dan sains dengan lebih cekap. Jadi, adakah kismis baik untuk otak? Ya, tapi tidak semestinya.
Ada juga makanan tambahan yang dikatakan boleh dijadikan makanan minda untuk pelajar.
Menurut Dr. Gad Marshall daripada Pusat Penyelidikan dan Rawatan Alzheimer di Harvard-affiliated Brigham and Women’s Hospital, kebanyakan produk yang dijual di pasaran tidak mempunyai sebarang bukti akan keberkesanannya.
Tambahan lagi, disebabkan FDA hanya memantau produk yang dijual dengan dakwaan palsu, mereka tidak dapat menghalang jika penjual bertindak menjual produk mereka dengan dakwaan seperti ‘berkesan membantu fungsi otak’, ‘sesuai untuk kuatkan memori’ dan sebagainya.
Makanan baik untuk otak yang cerdas
Banyak makanan yang boleh diamalkan untuk bantu kesihatan otak. Sebagai contoh, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Seperti yang kita semua sedia maklum, sayur dan buah ada banyak khasiat dan tidak boleh disangkal lagi kebaikannya kepada kesihatan kita.
Tetapi, makanan yang menyihatkan bukan terdiri daripada sayur dan buah sahaja! Ada banyak lagi makanan untuk kecerdasan otak orang dewasa.
1. Makan lebih banyak ikan untuk elak Alzheimer
Jika anda ingin kuatkan memori anda, makan lebih banyak ikan! Ikan kaya dengan asid lemak omega-3 yang terbukti dapat membantu individu yang menghidap Alzheimer.
Salmon, tuna, dan sardin adalah contoh ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3. Anda boleh cuba makan ikan 2 kali seminggu untuk bantu fungsi otak.
Selain itu, anda juga boleh masak ikan menggunakan cara panggang, bakar ataupun rebus untuk dapatkan rasa dan nutrisi yang maksimum daripada makanan laut itu.
2. Makanan baik untuk otak: Telur
Ramai yang anggap telur sebagai makanan yang tidak berkhasiat. Sebenarnya, tanggapan ini adalah salah kerana ia juga makanan baik untuk otak ya!
Telur merupakan makanan yang kontroversi kerana mempunyai kolesterol yang tinggi.
Walaupun begitu, telur masih lagi merupakan makanan yang sihat dan sering menjadi sumber protein pilihan individu yang berdiet.
Telur mengandungi kolin yang penting untuk hippocampus, pusat memori pada otak. Ibu mengandung juga digalakkan makan telur supaya otak anak dapat berkembang dengan sihat.
Selain itu, telur juga kaya dengan vitamin B7, B12 dan juga asid folik.
3. Kacang mengandungi nutrisi untuk otak
Kacang juga terbukti menjadi makanan baik untuk otak supaya lebih cerdas! Kacang, terutamanya kacang walnut, mempunyai banyak protein dan lemak yang baik untuk otak cerdas.
Selain itu, walnut juga mempunyai asid lemak omega-3 dan alpha linoleic acid (ALA) yang dapat bantu turunkan tekanan darah.
Peminat kacang boleh mendapat 2 kebaikan sekali gus daripada tabiat makan kacang kerana ia bukan sahaja baik untuk otak, tetapi juga untuk hati anda!
4. Makanan baik untuk otak: Coklat
Coklat, terutama sekali coklat gelap bukan sahaja mempunyai rasa yang sedap. Malah, ia padat dengan antioksidan yang boleh melindungi kita daripada radikal bebas.
Flavonoids, sejenis antioksidan, boleh bantu kuatkan memori dan perlahankan penyakit mental yang disebabkan umur.
Coklat juga merupakan sejenis mood booster. Jika anda rasa jengkel sepanjang hari, cuba makan coklat! Ia sudah tentu boleh menjadi makanan untuk otak anak yang bagus.
5. Minum teh atau kopi untuk ingatan lebih kuat
Ramai yang anggap minum teh atau kopi tidak mempunyai sebarang manfaat terhadap kesihatan. Namun, kafein mempunyai kebaikannya yang tersendiri yang mungkin anda tidak tahu.
Ia juga mungkin boleh dimasukkan ke dalam menu makanan baik untuk otak.
Menurut sebuah kajian, minum kopi atau teh pada waktu pagi bukan sahaja boleh bantu anda fokus dalam jangka masa pendek, malah ia juga boleh bantu kuatkan ingatan anda.
Tambah lagi, individu yang minum lebih banyak kafein ketika ingin ambil peperiksaan didapati mendapat markah yang lebih tinggi dalam ujian yang menguji kekuatan mental!
[embed-health-tool-bmr]