backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Rasa Pelik Dengan Kelakuan Sendiri, Semak 11 Tanda Amaran Penyakit Mental Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 19/12/2022

    Rasa Pelik Dengan Kelakuan Sendiri, Semak 11 Tanda Amaran Penyakit Mental Ini!

    Penyakit mental masih lagi menjadi stigma dalam kalangan masyarakat. Keadaan yang menjadi antara beban utama di peringkat global ini perlu dikesan awal agar rawatan yang efektif dapat diberikan. Namun, apakah tanda tanda penyakit mental yang perlu anda kenal pasti?

    Perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah untuk tidak menyembunyikan apa yang dialami. Jika perasaan dan keadaan tersebut terus disimpan seorang diri, lama-kelamaan ia akan memakan diri sendiri.

    Untuk membantu penyakit dikesan awal, kenali tanda-tanda amaran penyakit mental.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.

    11 Tanda tanda penyakit mental

    1. Rasa sedih dan ingin menyendiri

    Ini adalah antara penyakit mental yang perlu dikenal pasti lebih-lebih lagi jika baru menghadapi peristiwa yang besar seperti kematian ahli keluarga atau menerima berita yang mengejutkan. Ia mungkin bukan sekadar ‘permainan perasaan’.

    2. Mood tidak stabil

    tanda tanda penyakit mental

    Perubahan mood adalah perkara biasa, terutamanya bagi wanita yang mengalami perubahan hormon setiap bulan. Namun, jika perubahan tersebut sampai mejejaskan hubungan, anda perlu lebih berhati-hati dan dapatkan pemeriksaan.

    3. Rasa risau atau takut melampau sehingga menghalang aktiviti harian

    Perasaan yang berlaku di luar kawalan itu mungkin disebabkan keadaan penyakit mental tertentu.

    4. Perasaan takut datang secara tiba-tiba

    tanda tanda penyakit mental

    Antara petanda kepada penyakit mental ialah gangguan panik. Ia adalah rasa takut yang datang secara tiba-tiba tanpa sebab yang jelas.

    5. Berfikir atau merancang ingin membunuh diri sendiri

    Ini sebenarnya adalah satu keadaan kecemasan kerana ia boleh membahayakan nyawa seseorang.

    6. Hilang selera makan

    Berbeza dengan pemakanan yang terkawal, ia berlaku secara berlebihan sehingga boleh memudaratkan diri.

    7. Hilang atau naik berat badan yang signifikan

    Perubahan berat yang berlaku adalah di luar perancangan.

    Tanda tanda penyakit mental 8: Mengambil risiko di luar kawalan diri

    Contohnya, membawa kereta dengan laju sehingga membahayakan diri sendiri dan orang lain.

    9. Pengambilan dadah

    tanda tanda penyakit mental

    Salah satu jalan mudah yang diambil untuk melarikan diri daripada dibelenggu masalah dalam hidup. Masalah tersebut mungkin berpunca daripada penyakit mental.

    10. Perubahan drastik pada tingkah laku

    Contohnya, daripada seorang yang selalu ceria menjadi pendiam dan murung, selalu tidur dan megantuk di tempat kerja atau menjadi agresif secara tiba-tiba.

    Tanda penyakit mental 11: Susah memberikan fokus atau duduk diam

    Sentiasa resah dan terlalu banyak perkara berlegar di dalam fikiran.

    Jika anda sendiri atau mengenal pasti tanda tanda penyakit mental ini pada ahli keluarga atau kenalan, sila dapatkan bantuan perubatan yang betul. Andai terdapat kekangan untuk terus bertemu doktor, maklumkan terlebih dahulu kepada orang dewasa atau kenalan yang dipercayai.

    Lebih 1 daripada 4 rakyat Malaysia mengalami penyakit mental. Jangan simpan, luahkannya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 19/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan