backup og meta

Nak Jagung Rebus Sesedap Pasar Malam? Ada 6 Tip Rebus Jagung, Agar Manis Dan Rangup!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 14/10/2022

    Nak Jagung Rebus Sesedap Pasar Malam? Ada 6 Tip Rebus Jagung, Agar Manis Dan Rangup!

    Sedapnya jagung rebus! Tahu tak, ada cara rebus jagung yang special untuk pastikan ia kekal rangup, manis dan berjus? Sebenarnya, tidak susah pun untuk merebus jagung.

    Lagipun, anda hanya perlukan 2 bahan – air dan jagung! Tetapi, kalau salah masak… Boleh keras jadinya!

    Bagi wanita di luar sana yang sedang mencari tip untuk rebus jagung dengan perfect sama seperti apa yang anda boleh beli di pasar malam, anda berada di tempat yang betul.

    Dalam artikel kali ini, kami akan dedahkan rahsia mengenai cara rebus jagung yang sangat mudah tetapi pasti menjadi.

    Nak tahu bagaimana? Mari ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    1001 kebaikan jagung rebus

    jagung rebus

    Menurut USDA, jagung mengandungi pelbagai jenis nutrisi. Selain itu, ia juga kaya dengan vitamin A, B, E dan K. Semua vitamin ini amat penting untuk kesihatan kita.

    Kandungan mineral serta seratnya yang tinggi juga membuatkan jagung sesuai untuk dimakan oleh individu yang mempunyai masalah pencernaan seperti sembelit.

    Malah, antioksidan yang terkandung dalam jagung juga mungkin dapat mencegah penyakit Alzheimer!

    Jagung rebus merupakan antara makanan kegemaran kita semasa kecil. Jagung cawan misalnya, sangat sedap dimakan bersama susu pekat dan marjerin. Jagung bakar pula boleh dimakan begitu sahaja.

    Kedua-dua jenis makanan ini dapat mencetuskan nostalgia pada zaman kanak-kanak kita.

    Namun, jika salah rebus, jagung boleh jadi sangat lembut atau terlebih keras sehingga kemanisannya tidak dapat dinikmati sepenuhnya.

    Baca juga:

    3 tip pilih jagung rebus

    jagung rebus

    Jagung boleh direbus, dibakar atau dipanggang. Malah, ia juga boleh ditambah ke dalam pelbagai makanan seperti sup, nasi, salad atau roti.

    Jagung paling sedap dimakan jika ia direbus sejurus selepas dipetik. Jika anda ingin simpan jagung, pastikan anda menyimpannya di dalam peti ais.

    Sebelum rebus jagung, kita perlulah pilih dahulu! Selalunya, bahagian inilah yang paling susah. Tetapi, jangan risau… Kami ada beberapa tip yang boleh anda praktikkan:

    1. Pilih jagung yang mempunyai kulit berwarna hijau dan lembap. Pastikan juga kulitnya tidak longgar atau mulai kuning dan mengering. Jika ada lubang-lubang kecil berwarna coklat, jangan beli. Selalunya, itu adalah tanda jagung tersebut telah digigit serangga!
    2. Pilih jagung dengan rumbai yang berwarna coklat. Jagung yang segar selalunya mempunyai rumbai yang berwarna coklat terang atau keemasan. Jika ia terlalu kering ketika dipegang, itu merupakan tanda jagung telah terlalu tua.
    3. Jagung masih keras dan padat. Cuba tekan jagung dan pastikan ia masih keras. Jangan beli jika ia terlalu lembik.

    Cara rebus jagung supaya enak dan empuk

    Jagung rebus merupakan satu hidangan yang sangat simple. Anda boleh lakukannya dalam masa beberapa minit sahaja.

    Untuk mereka yang takut jagung menjadi keras atau tidak cukup masak, anda boleh ikuti tip merebus jagung kami di bawah untuk dapatkan jagung yang manis, lembut dan sedap dimakan begitu sahaja.

    1. Isi periuk dengan air

    Anda perlukan periuk yang besar untuk merebus jagung. Isikan periuk sehingga separuh penuh. Kemudian, masak hingga air mendidih. Gunakan api sederhana besar.

    2. Letak garam atau tidak?

    Ingin letakkan garam dalam air rebusan? Tunggu dulu! Jika anda bubuh garam dalam air rebusan banyak ataupun sedikit, ia tidak dapat membangkitkan rasa manis jagung.

    Namun, ada juga yang tidak menggunakan garam semasa merebus. Lagipun, anda akan rebus selama beberapa minit sahaja.

    Untuk mengelakkan pembaziran, anda boleh elak letakkan garam. Tidak ada masalah, lagipun lebih sihat!

    Anda mungkin berminat:

    3. Anda juga boleh tambahkan herba

    Jika anda ingin tambahkan perasa, anda boleh letakkan potongan bawang putih, hirisan lemon atau daun bay untuk buatkan rasa jagung lebih menyerlah.

    4. Masukkan jagung dalam air setelah ia mendidih

    jagung rebus

    Selepas air mendidih, baru masukkan jagung ke dalam air. Pastikan masih ada ruang dalam periuk. Selain itu, biarkan jagung tenggelam sepenuhnya supaya ia dapat masak dengan sekata.

    5. Berapa lama perlu rebus?

    Rebus jagung 4-5 minit sehingga ia bertukar ke warna kuning. Gunakan penyepit untuk alihkan jagung ke dalam pinggan atau bekas yang anda inginkan.

    6. Hidang jagung rebus dengan mentega atau garam

    Selepas itu, anda bolehlah sapukan permukaan jagung dengan mentega atau garam. Anda juga boleh makan jagung rebus begitu sahaja!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 14/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan