#1. Baik untuk kesihatan mata
Jagung kaya dengan kandungan lutein dan zeaxanthin.
Kedua-dua fitokimia ini terkumpul secara khusus dalam retina dan melindungi mata anda daripada kerosakan cahaya biru dan membantu anda melihat dengan lebih jelas.
Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2015 melaporkan bahawa, jagung adalah sumber zeaxanthin yang sangat baik berbanding sumber-sumber yang lain.
Memandangkan tubuh badan manusia tidak berkemampuan menghasilkan dua jenis zat ini, maka ia perlu diperoleh daripada sumber makanan seperti jagung.
#2. Membantu mengekalkan berat badan ideal
Percaya atau tidak, pengambilan satu hidangan jagung manis rendah lemak boleh membantu anda untuk menguruskan berat badan.
Kandungan serat yang tinggi dalam jagung membuatkan anda berasa kenyang dengan lebih lama.
Oleh itu, ia boleh membantu menahan rasa lapar. Dengan cara ini, ia boleh menghalang anda daripada makan secara berlebihan.
Jika anda boleh mengurangkan jumlah pengambilan kalori harian, maka lebih mudah untuk anda menurunkan berat badan berlebihan.
#3. Menguatkan tulang anda
Kandungan mineral penting yang terdapat dalam jagung membuatkan tulang anda menjadi lebih kuat.
Magnesium adalah salah satu daripada beberapa mineral dalam jagung tin yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan tulang.
Tulang anda menyimpan kira-kira 50 hingga 60 peratus magnesium dalam badan.
Magnesium yang terkandung dalam jagung manis boleh membantu meningkatkan kepadatan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis dalam kalangan wanita selepas menopaus.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen