backup og meta

Elakkan Tabiat Makan Ini Di Bulan Ramadan

Elakkan Tabiat Makan Ini Di Bulan Ramadan

Di bulan Ramadan, antara perkara yang paling terkesan pastinya tabiat dan jadual makan. Mana tidaknya, kalau sebelum ini kita boleh makan pada bila-bila masa, ia tidak berlaku di bulan Ramadan. Kita hanya ada tempoh antara maghrib dan subuh sahaja untuk makan.

Namun secara amnya, pengambilan makanan di bulan Ramadan adalah sama seperti di bulan-bulan lain. Bezanya hanyalah waktu makan. Adapun jumlah kalori yang diambil seharusnya sama. Penjagaan kesihatan sepanjang bulan Ramadan adalah sangat penting.

Ada beberapa tabiat buruk makan yang perlu dielakkan di bulan ini.

  1. Makan berlebihan

Walaupun anda telah seharian menahan lapar, waktu berbuka bukanlah saat “membalas dendam” dengan melahap makanan sebanyak yang boleh. Sebaiknya, mulakan dengan makan yang ringan dahulu seperti kurma dan air. Selepas solat maghrib, baru ambil hidangan berat.

Perut yang kosong sepanjang hari tidak boleh menerima makanan yang banyak dalam masa yang singkat. Amalan tidak sihat ini boleh menyebabkan perut kembung dan ketidakhadaman.

  1. Minuman berkafein

Kopi, teh dan air berkabonat adalah antara minuman terbabit. Kafein adalah sejenis diuretik, bermakna ia membuatkan lebih banyak air dibuang melalui air kencing. Sudah la kurang minum air di bulan puasa, ditambah pula dengan kesan diuretik oleh kafein, anda berisiko mengalami dehidrasi. Kafein juga boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan.

  1. Mengambil banyak makanan bergoreng dan berlemak

Di luar Ramadan pun, makanan ini perlu dikurangkan. Dengan kalori yang tinggi, banyak lemak akan terbina di dalam badan.

  1. Makanan yang diproses

Terutamanya yang perisa dan pewarna tiruan serta bahan pengawet. Biasanya makanan yang diproses ini mengandungi banyak garam. Elakkan makanan ini atau anda akan berisiko mendapat tekanan darah tinggi.

  1. Makanan tinggi gula

Gula sudah pasti mendatangkan banyak masalah jika diambil secara berlebihan. Di bulan Ramadan, lebih-lebih lagi, sangat banyak makanan bergula tinggi yang ada di bazar Ramadan. Semuanya pasti akan menggoda anda. Kuih-muih terutamanya perlu dikurangkan.

  1. Mengambil makanan berat sewaktu moreh

Tidak salah untuk makan moreh. Ia adalah waktu yang baik untuk bersosial sambil mengalas perut. Namun, cuba elakkan mengambil makanan berat sebab biasanya anda akan terus tidur selepas moreh. Pedih ulu hati dan ketidakhadaman antara masalah yang mungkin berlaku.

  1. Tidur sepanjang hari

Hanya kerana anda berpuasa, anda tidak seharusnya berada di atas katil sepanjang hari. Ia adalah amalan yang tidak sihat. Anda masih ada banyak tenaga dan masih boleh menjalani aktiviti seperti biasa. Ramadan seharusnya menjadikan anda lebih bersemangat kerana rohani anda terisi.

Jadikan Ramadan kali ini sebagai permulaan untuk anda mulakan gaya hidup yang sihat. Ia adalah peluang yang terbaik. Jika anda mahu berhenti merokok, ini lah masanya. Begitu juga jika anda ingin menurunkan berat.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Zalma bt Abdul Razak, Surainee bt Wahab, Yuhanis Auri bt Abd Kasim (9 Ogos 2010).  Tips Di Bulan Ramadan. Dimuat turun daripada http://www.myhealth.gov.my/tips-di-bulan-ramadhan/

Versi Terbaru

23/11/2021

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Rahsia Untuk Cepat Tambah Berat Badan, Amalkan 5 Jenis Makanan Sihat Ini!

Mengapa Orang Dewasa Perlu Minum Susu Tepung? Ini 4 Khasiatnya Ramai Orang Tak Tahu


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 23/11/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan