
Tabiat adalah tindakan kecil yang tidak penting yang paling kerap kita lakukan setiap hari. Kebanyakan orang tidak memberi perhatian terhadap tabiat mereka dan kesannya kepada kehidupan mereka. Tabiat buruk seperti merokok boleh menyebabkan kanser paru-paru. Manakala tabiat yang sihat, boleh meningkatkan bukan sahaja kesihatan fizikal tetapi juga mental, emosi dan sosial anda. Baca artikel ini untuk mengetahui manfaat tabiat sihat daripada pemakanan yang seimbang dan senaman.
Mengawal berat badan
Tabiat yang sihat termasuklah makan dengan betul dan bersenam secara tetap. Makan diet yang seimbang juga dapat membantu anda mengekalkan berat badan anda dan membuatkan anda bertenaga sepanjang hari. Selain itu, ia boleh membantu mencegah pelbagai penyakit yang berkaitan dengan perut. Makan hidangan utama anda 3 kali sehari dengan 2 atau 3 makanan ringan sepanjang hari memastikan tekanan darah anda stabil dan mengurangkan penyimpanan lemak. Pakar mendakwa bahawa mempunyai berat badan yang sihat atau beransur-ansur menurunkan berat badan berdasarkan diet yang terancang boleh mengurangkan risiko mempunyai penyakit jantung dan batu hempedu.
Senaman bukan hanya untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Senaman perlu bagi semua orang daripada semua peringkat umur dan jantina. 20 hingga 30 minit berjoging atau berjalan benar-benar boleh mengurangkan risiko seseorang mempunyai penyakit kardiovaskular. Memandangkan masyarakat moden hampir tiada masa lapang untuk bersenam, berdiri dan berjalan lebih kerap, gunakan tangga dan abaikan lif jika boleh.
Meningkatkan tenaga
Makanan yang tidak diproses boleh meningkatkan tahap tenaga dengan segala kebaikan semula jadi. Makan dengan penuh kesedaran dan bersenam selalu boleh membantu tidur anda, dengan itu, memberikan anda lebih banyak tenaga. Banyak kajian mendapati bahawa orang yang mempunyai masalah tidur mengalami tekanan darah tinggi, kencing manis, tekanan perasaan dan penyakit jantung. Untuk membaiki masa tidur anda, tetapkan jadual tidur, sediakan tempat tidur yang selesa tanpa bunyi bising dan cuba untuk mengikut jadual tidur pada setiap malam.
Memanjangkan umur
Sentiasa mengamalkan tabiat yang baik benar-benar memberi peluang untuk anda hidup lebih lama dan lebih bahagia. Oleh itu,rancanglah masa 30 minit berjalan kaki dengan orang yang tersayang untuk benar-benar menikmati kehidupan bersama-sama.
Melawan penyakit
Terdapat banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan kurang senaman, seperti tekanan darah tinggi, artritis, kencing manis, penyakit kardiovaskular. Pesakit kemurungan juga boleh mendapat manfaat daripada ini kerana aktiviti luar benar-benar boleh meningkatkan mood mereka dengan melepaskan sejenis bahan kimia dari otak yang membuatkan anda berasa lebih segar dan santai.
Tidak seperti tabiat buruk, tabiat yang baik adalah sukar untuk diamalkan dan lebih sukar untuk dikekalkan. Ia memerlukan keinginan dan perubahan cara fikir anda untuk benar-benar menjadi sebahagian daripada gaya hidup anda. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja anda berjaya mengamalkan tabiat yang sihat, anda pasti dapat menikmati kesan baiknya ke atas kesihatan anda.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.