backup og meta

Cara Sihat untuk Menaikkan Berat Badan Anak

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 14/08/2023

    Cara Sihat untuk Menaikkan Berat Badan Anak

    Kalori diperlukan untuk menaikkan berat badan

    Kanak-kanak yang sihat berumur 2 hingga 3 tahun memerlukan kira-kira 1,000 kalori sehari, dan kanak-kanak berumur 4 hingga 8 tahun memerlukan 1,200 hingga 1,400 kalori sehari. Kanak-kanak yang mengalami kurang berat badan perlu mendapatkan kalori yang cukup setiap hari dengan tambahan 500 kalori sehari.

    Menambah lemak pemakanan

    Cara termudah dan terpantas untuk membantu anak anda meningkatkan berat badan adalah dengan menambah lebih lemak dalam makanan mereka. Ini kerana lemak mengandungi lebih kalori bagi setiap gram berbanding sebarang nutrien lain. Minyak zaitun dan canola, marjerin tanpa-lemak trans dan mayones boleh ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan makanan, begitu juga dengan sos berkrim atau keju ke dalam nasi, pasta ataupun sayur-sayuran untuk menambah kalori tambahan. Anda boleh menggantikan bahan rendah-lemak atau tanpa-lemak dengan penuh-lemak semasa menyediakan makanan.

    Meningkatkan karbohidrat

    Karbohidrat membekalkan 4 kalori pada setiap tambahan gram ke dalam makanan. Anda boleh berikan anak anda makan lebih karbohidrat dan kalori dengan cara menyediakan makanan snek yang kaya dengan karbohidrat seperti kismis, buah-buahan kering dan granola. Anda juga boleh meningkatkan karbohidrat dengan menambah madu atau buah nektar kepada buah-buahan segar, sos epal atau bijirin yang dimasak seperti oatmeal atau krim gandum.

    Meningkatkan kalori daripada minuman

    Anda boleh membantu anak anda menambah berat badannya dengan cara meningkatkan kalori yang diambil daripada minuman mereka. Buah-buahan, dengan yogurt dan susu penuh merupakan pilihan yang baik, kerana ia mengandungi sejumlah besar vitamin dan mineral. Tambahan pula, anda boleh mendapatkan minuman suplemen bernutrisi dengan perisa vanila atau coklat yang diformulasi khas untuk kanak-kanak kurang berat badan.

    Makan secara konsisten

    • Jangan melangkau hidangan atau anak anda akan kehilangan kalori penting yang diperlukan untuk menaikkan berat badan. Kanak-kanak perlu diberikan waktu makan sebanyak enam kali setiap hari; iaitu sarapan pagi, awal tengah hari dan lewat tengah hari, makan malam, dan makan sebelum waktu tidur (supper).
    • Makan lebih banyak berbanding bahagian biasa juga boleh membantu mereka mendapat lebih nutrien untuk meningkatkan berat badan. Berbanding memberikan anak sekeping sandwic untuk sarapan paginya, anda boleh berikan dua keping sandwic. Berikan anak anda segelas besar susu, semangkuk besar bijirin, dan sepotong besar buah-buahan.
    • Nikmati mentega kacang, kekacang, avokado, dan minyak zaitun serta lemak sihat yang lain. Makanan-makanan ini boleh menjadi penambah positif kepada diet sukan anak anda dengan cara membantunya mengelakkan keradangan.
    • Lakukan senaman seperti tekan tubi yang dapat membantu merangsang pertumbuhan otot supaya tubuh anak anda ‘pejal’ berbanding menjadi gemuk. Senaman boleh meningkatkan selera makan anak anda, jadi, mereka akan berasa lapar dan ingin makan. Senaman juga akan membuatkan anak berasa dahaga, jadi mereka akan minta untuk minum jus tambahan dan minuman berkalori.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 14/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan