backup og meta

Resipi Smoothie yang Mengenyangkan

Resipi Smoothie yang Mengenyangkan

Dalam hidup sesiapa sahaja, pasti ada hari apabila anda bangun lewat atau terkejar-kejar waktu. Tidak ada masa yang cukup untuk duduk, menghirup secawan kopi dan mengunyah roti bakar mentega kacang kegemaran anda. Oleh itu, smoothie mudah dan mengenyangkan adalah semua yang anda perlukan. Keseluruhan proses membuat sebarang resipi ini hanya mengambil masa 5 – 8 minit dan hanya memerlukan pengisar.

Resipi 1

Mengandungi oat, yang sangat mengenyangkan.

  • Pisang beku – atau pisang juga boleh.
  • Bubur oat.
  • Yogurt.
  • Jus oren – sebarang jus lain juga boleh.
  • Campuran beri.

Resipi 2

Anda boleh memanggil ini smoothie pelangi tropika kerana sangat ringan, namun memastikan anda kenyang untuk tempoh yang lama.

  • Pisang beku
  • Strawberi
  • Jus Oren
  • Jus Nanas
  • Susu (1 sudu teh sahaja)

Resipi 3

Teringin secawan kopi tetapi masih mahu segelas smoothie segar? Ini untuk anda.

  • 1 pisang besar
  • 1 sudu teh serbuk kopi segera 
  • 1 sudu teh coklat panas segera
  • 1 sudu teh madu
  • Setengah sudu teh kayu manis
  • Susu

Resipi 4

Tiada buah-buahan segar di rumah? Jangan bimbang, ada alternatif untuk anda.

  • Buah beku
  • Buah pic dalam tin
  • Yogurt
  • Susu

Resipi 5

Ibu anda selalu berpesan jangan lupa untuk makan sayur. Tahukah anda bahawa sayur-sayuran boleh membuat anda berasa kenyang lebih lama?

  • mangga beku
  • nanas beku
  • serbuk protein
  • santan
  • kales cincang 

Resipi 6

Smoothie ini adalah super sihat dan mengenyangkan, tetapi sangat rendah kalori.

  • Pear
  • Epal hijau
  • Timun
  • Parsley segar
  • Biji hemp
  • Jus lemon
  • Air

Resipi 7

Protein, di samping serat dan lemak yang sihat tiga faktor yang membantu membuat anda kenyang lebih lama. Mentega kacang mempunyai banyakprotein dan kita semua menyukainya.

  • Pisang beku
  • yogurt Greek
  • susu bebas lemak
  • serbuk koko
  • 1 sudu besar mentega kacang
  • kiub ais (jika diperlukan)

Resipi 8

Lemak yang sihat dalam kacang sebenarnya boleh mencegah gula naik dan mengelakkan lebih teringin lebih karbohidrat.

Resipi 9

Smoothie ini adalah satu minuman lengkap yang lazat dan diisi dengan serat yang disyorkan untuk satu hari penuh.

  • Raspberi beku
  • Biji Chia
  • Tauhu 
  • Air
  • Ketulan ais

Penyediaan

Memandangkan kita membuat smoothie, kaedahnya sama untuk setiap resipi. Hanya letakkan semua bahan dalam pengisar dan campurkan semua. Rasa dan kemudian tambah bahan yang sesuai. 

Sesetengah orang suka smoothie pekat dan sesetengah tidak. Ia terpulang kepada cita rasa anda. Tambah lebih banyak jus, susu atau air kosong untuk mencairkan. Lebihkan oat, beri beku atau pisang beku untuk membuat smoothie anda 10 kali lebih berkrim.

Untuk mereka yang vegan, gantikan madu dengan sirap maple atau gula kelapa dan masih terasa sedap.

Akhir sekali, bahan-bahan yang disyorkan tidak tetap. Oleh itu, tunjukkan kreativiti dengan sebarang bahan yang ada di rumah. Anda boleh berbuat sesuka hati dengan buah-buahan segar, lemak sihat dan protein tetapi ingat untuk kurangkan semua pemanis buatan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fill You up Breakfast Smoothie. http://allrecipes.co.uk/recipe/25522/fill-you-up-breakfast-smoothie.aspx accessed March 11, 2017

5 Smoothies That Actually Fill You Up http://www.prevention.com/food/cook/5-smoothies-that-actually-fill-you-up/slide/2 accessed March 11, 2017

Versi Terbaru

20/07/2022

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

5 Resipi Sambal Penyet Bikin Ketagih, Ada Juga Resipi Ala Khairul Aming Yang Sedap Meletop!

Teringin Nak Makan Kek Tapak Kuda Viral? Buat Sahaja Di Rumah, Resipi Mudah & Sihat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 20/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan