backup og meta

3 Resipi Microwave Mudah Dan Sihat, Hanya Makan Masa 5-10 Minit, Sudah Siap!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 10/04/2023

    3 Resipi Microwave Mudah Dan Sihat, Hanya Makan Masa 5-10 Minit, Sudah Siap!

    Ada microwave tapi tak pasti hendak masak apa? Jom, cuba resepi microwave yang kami sediakan di bawah. Resepi guna microwave ini bukan sahaja mudah, malah ada antaranya yang boleh disiapkan dalam masa 5 minit!

    Dalam artikel di bawah, kami akan kongsikan 5 resepi microwave oven untuk rujukan anda. Siapa sangka, anda boleh masak macam-macam menggunakan ketuhar gelombang mikro!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Adakah penggunaan microwave berbahaya?

    resepi microwave

    Siapa kata penggunaan ketuhar gelombang mikro berbahaya untuk kesihatan? Ia dapat memasak makanan dengan pantas, mengekalkan nutrisi dan menggunakan jumlah cecair yang sedikit.

    Penggunaan microwave tidak akan memusnahkan kebanyakan vitamin dan mineral berbanding cara memasak yang lain.

    Sekiranya digunakan dengan betul, tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan mengenai radiasi. Malah, radiasi yang sama juga digunakan di dalam lampu mentol!

    Pendek kata, ketuhar gelombang mikro merupakan satu alatan yang boleh anda beli untuk memudahkan proses memasak. Ia juga mudah digunakan dan pantas dalam menyediakan makanan!

    3 resepi microwave mudah dan pantas

    Ingin masak sesuatu yang mudah menggunakan ketuhar gelombang mikro di rumah? Jangan risau, kami ada resepi guna microwave yang mudah dan boleh dibuat dalam masa beberapa minit.

    Antara resepi guna microwave mudah yang anda boleh cuba ialah:

    1. Resepi microwave kentang bakar berkeju

    resepi microwave

    Sedapnya kentang bakar! Siapa yang tidak suka makan kentang panas-panas dengan keju yang meleleh. Kentang bakar merupakan antara resepi ketuhar gelombang mikro yang mudah, sihat dan mengenyangkan.

    Bahan-bahan yang diperlukan:

    • 1 biji kentang
    • 1 sudu mentega
    • 3 sudu keju cheddar
    • 3 sudu sour krim
    • Garam dan lada sulah secukup rasa

    Cara memasak:

    1. Basuh kentang sehingga bersih. Kemudian, cucuk permukaan kentang beberapa kali dengan garpu. Susunkan kentang di atas plat kaca ketuhar gelombang mikro.
    2. Pilih mod kentang atau setkan microwave pada suhu paling tinggi. Masak selama 5 minit. Kemudian, terbalikkan dan masak sekali lagi untuk pastikan kentang masak sempurna.
    3. Periksa sama ada kentang sudah lembut atau tidak. Jika ya, keluarkan daripada microvawe dan potong dua. Gunakan sudu dan korek isi kentang. Masukkannya ke dalam mangkuk.
    4. Campurkan garam, lada sulah dan mentega dalam mangkuk berisi isi kentang. Anda juga boleh tambahkan beberapa sudu keju. Kacau hingga sebati. Taburkan sedikit keju ke atas kentang sebelum anda masukkannya kembali dalam ketuhar gelombang mikro.
    5. Masak selama 1-2 minit untuk cairkan keju. Kemudian, sapu sour cream dan tabur lebihan keju ke atas kentang. Sesuai dimakan panas-panas!

    Tip: Anda juga boleh tambahkan ayam atau daging cincang ke dalam isi kentang. Tapi, pastikan anda masak ayam/daging tersebut terlebih dahulu!

    Baca juga:

    2. Bubur ayam microwave

    resepi microwave

    Malas nak masak? Inilah masa yang terbaik untuk buat bubur ayam!

    Bubur ayam ini merupakan antara resepi microwave yang paling mudah, sesuai untuk mereka yang tidak sihat dan ingin memasak dengan pantas.

    Bahan-bahan:

    • 1 cawan beras
    • 2 cawan air
    • 1/2 kiub ayam
    • Daun bawang, untuk perhiasan
    • Ikan bilis goreng

    Cara memasak:

    1. Basuh beras. Kemudian, campurkannya dalam mangkuk dengan air dan ½ kiub ayam.
    2. Tutup mangkuk dengan pinggan dan panaskan dalam ketuhar gelombang mikro dengan suhu paling tinggi selama 15 minit.
    3. Perhatikan bubur dan pastikan ia tidak melimpah.
    4. Selepas siap, taburkan daun bawang dan ikan bilis goreng.
    5. Anda juga boleh tambahkan hirisan ayam atau telur rebus.

    Baca juga:

    3. Resepi microwave mac and cheese cawan

    mac n cheese

    Mac and cheese cawan adalah antara resepi guna microwave yang paling mudah. Resepi di bawah sesuai untuk dimakan seorang.

    Bahan-bahan:

    • ½ cawan makaroni
    • ½ cawan air
    • ½ cawan keju cheddar, parut
    • Garam dan lada sulah secukup rasa

    Cara memasak:

    1. Gunakan cawan yang besar. Letak makaroni dan air dalam cawan. Alas cawan dengan pinggan untuk elakkan makaroni yang melimpah daripada mengotori ketuhar gelombang mikro. Panaskan dengan suhu paling tinggi selama 1 minit.
    2. Keluarkan mug, kacau makaroni dan pastikan tidak ada yang melekat pada cawan. Sekali lagi, panaskan dengan suhu paling tinggi selama 1 minit. Periksa makaroni sekali lagi.
    3. Panaskan sekali lagi selama 30 saat. Periksa sama ada makaroni sudah masak dan tidak melekat.
    4. Ulang langkah di atas sehingga makaroni betul-betul masak. Selalunya ia akan masak dalam masa 3 minit. Namun, periksa makaroni dan pastikan ia betul-betul masak sebelum tambah keju, garam dan lada sulah.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 10/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan