Simptom alahan
Tidak kira sama ada anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai alahan kepada makanan atau tidak, sebaiknya, kali pertama anda memperkenalkan coklat kepada bayi anda, perhatikan sebarang simptom reaksi alahan seperti:
- Tersedu
- Kegatalan
- Sesak nafas, kesukaran bernafas, atau simptom asma
- Hidung berair atau kerap bersin
- Mata merah atau berair
- Bengkak lidah, tekak atau mulut
- Muntah atau cirit-birit
Jika bayi anda alami kesukaran bernafas, atau bengkak pada lidah, tekak, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
Simptom seperti cirit-birit, ekzema atau sembelit mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum muncul.
Adakah coklat baik untuk bayi?
Walaupun bayi anda mungkin tidak mengalami sebarang reaksi alahan kepada coklat atau bahan biasa yang terkandung dalam coklat, sebaiknya anda tidak memberikan bayi anda coklat terlebih dahulu sehingga usia yang sesuai kerana coklat mengandungi sedikit kafein.
Jumlah kuantiti kafein yang sedikit itu mungkin tidak mendatang impak kepada individu dewasa, tetapi untuk seorang bayi kecil, kuantiti tersebut mungkin lebih dari cukup. Kafein boleh merangsang dan meningkatkan tekanan darah serta kadar degupan jantung.
Coklat juga mengandungi perangsang lain seperti gula, theobromine, dan phenylethylamine, yang boleh mengakibatkan kesan rangsangan dalam sistem saraf bayi. Malahan coklat juga mengandungi anandamide, bahan yang boleh menjejaskan fungsi otak.
Namun, selepas bayi anda berusia 24 bulan dan ke atas, pastikan anda memberikan bayi anda coklat pada kadar yang berpatutan kerana coklat sememangnya mempunyai beberapa manfaat kesihatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen