Selain menjaga kesihatan badan, pemakanan atau diet yang sihat juga penting untuk mendapatkan otak yang sihat dan cerdas. Apa guna sihat tetapi otak anda tidak dapat berfungsi sepenuhnya.
Apakah makanan terbaik untuk merangsang otak dan memori anda? Lihat 5 makanan ini.
1. Kopi
Bergembiralah kepada semua penggemar kopi. Dua komponen utama kopi, iaitu kafein dan antioksidan, adalah baik untuk otak.
Beberapa manfaat kopi untuk otak adalah:
- Meningkatkan daya fokus.
- Memperbaiki mod.
- Menjadikan anda lebih berwaspada.
Dalam jangka masa panjang, kopi mengurangkan risiko penyakit saraf seperti Parkinson dan Alzheimer.
2. Kunyit
Rampah yang digunakan di dalam masak lemak atau semasa menggoreng ayam ini ternyata ada manfaatnya terhadap kesihatan otak.
Ia mengandungi sebatian antioksidan dan anti-radang yang sangat berkesan dinamakan curcumin. Antara manfaatnya adalah membantu dalam pengekalan memori, mengurangkan kemurungan dan membantu pertumbuhan sel-sel otak.
3. Brokoli
Brokoli kaya dengan pelbagai sebatian termasuk antioksidan. Ia juga kaya dengan vitamin K yang membantu meningkatkan daya ingatan.
4. Teh hijau
Seperti kopi, teh hijau juga merangsang fungsi otak. Ia telah terbukti meningkatkan daya fokus dan prestasi otak.
Sejenis asid amino yang terkandung di dalam teh, iaitu L-theanine, membantu fikiran anda tenang tanpa membuatkan anda rasa letih.
5. Telur
Kaya dengan vitamin B6. B12, asid folik serta choline, telur adalah sangat baik untuk kesihatan otak.
Kajian menunjukkan bahawa pengambilan lebih choline membantu memberikan memori dan fungsi otak yang lebih baik. Tambahan pula, ramai orang yang tidak mendapatkan choline yang cukup di dalam diet mereka. Telur adalah sumber yang mudah untuk mendapatkan nutrisi ini.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
[embed-health-tool-bmi]