Kesedaran tentang manfaat makanan organik kian besar dalam kalangan masyarakat. Namun, adakah makanan organik untuk anak yang masih kecil itu bagus? Jom baca artikel!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Adakah kanak-kanak akan terkesan akibat racun serangga?
Akta Racun Makhluk Perosak 1974 diperkenalkan bagi mengawal penggunaan racun serangga di Malaysia agar lebih selamat dan tidak membahayakan.
Semua penggunaan racun serangga secara komersial di Malaysia adalah di bawah seliaan pihak berkuasa.
Racun serangga boleh memberi manfaat (kepada pengeluar dan pengguna dengan meningkatkan produktiviti tanaman) sekiranya digunakan jenis dan pada kadar yang betul.
Namun pilihan makanan tanpa racun serangga mungkin lebih baik jika mampu dan tersedia.
Adakah kanak-kanak lebih terdedah kepada racun serangga?
Jumlah pemakanan kanak-kanak adalah terhad, menjadikan mereka lebih banyak terdedah kepada racun serangga tertentu.
Kanak-kanak juga makan lebih banyak makanan jika dibandingkan dengan orang dewasa.
Selain itu, kanak-kanak juga menyerap racun serangga dengan lebih mudah.
Disebabkan saluran gastrousus mereka sedang berkembang, kanak-kanak tidak boleh memproses toksin lagi.
Akhirnya, racun serangga boleh membuatkan kanak-kanak berhenti daripada menyerap nutrien yang penting untuk perkembangan dan tumbesaran yang sihat.
Namun, anda perlu ingat bahawa pengambilan makanan bukan satu-satunya cara untuk anak anda terdedah dengan racun serangga.
Ini kerana racun ini boleh juga masuk ke dalam tubuh badan melalui air yang diminum.
Jika anda ada menggunakan racun serangga di rumah atau di kebun anda, kebarangkalian adalah tinggi untuk anak anda terdedah kepada racun serangga.
Anda juga mungkin secara tidak sengaja membawa balik racun serangga ke rumah pada kasut anda.
Anak anda boleh menyerap bahan kimia tersebut jika dia bermain di lantai atau mengambil sesuatu yang terjatuh ke lantai dan memasukkannya di mulut.
Adakah berbaloi berbelanja makanan organik untuk anak?
Jawapannya adalah ia sangat bergantung kepada setiap individu.
Dua kajian terbaru menunjukkan tiada bukti yang mengatakan makanan organik nutrisinya adalah lebih baik daripada makanan yang bukan.
Memberi makanan organik untuk anak boleh mengurangkan pendedahan mereka kepada racun serangga, tetapi dari segi nilai nutrisinya adalah sama sahaja.
Dan, sesetengah daging organik tidak mempunyai bahan antibakteria yang membuatkannya kurang cenderung untuk bakteria membiak.
Dan, jika anda mempunyai ruang di luar rumah, anda boleh menanam buah-buahan dan sayur-sayuran organik sendiri.
Berkebun juga adalah cara yang baik untuk mengajar anak anda tentang nutrisi.
Membesarkan anak bukanlah tugas yang mudah kerana ia melibatkan kesabaran, praktis, dan pengalaman.
Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menimbang berat antara pelbagai pilihan makanan yang ada bagi memilih yang terbaik untuk anak-anak.
Oleh itu, apa salahnya, jika mampu anda boleh membeli atau juga menanam sendiri makanan organik untuk anak bagi melindungi mereka daripada racun serangga.
Ini memandangkan ia mempunyai toksik dan membahayakan tubuh anak kecil. Jadi, apa lagi yang anda tunggu?
[embed-health-tool-bmr]