backup og meta

Pemakanan Sihat, Bantu Atasi Tekanan

Pemakanan Sihat, Bantu Atasi Tekanan

Dalam kehidupan moden masa kini, kita mudah mengalami tekanan atas pelbagai alasan. Apabila kita berada dalam keadaan tertekan, sistem saraf pusat dan kelenjar adrenal akan menghantar isyarat ke seluruh tubuh. Perkara ini membantu kita berfikir dengan lebih jelas dan bersedia bertindak balas secara fizikal untuk membantu kita menghadapi situasi yang lebih serius. Sistem pencernaan merupakan antara fungsi yang tidak begitu diberikan keutamaan ketika berada dalam keadaan tertekan. Tetapi, hakikatnya, pemakanan sihat dapat membantu menguruskan tekanan.

Ketika berada dalam situasi tertekan, kita selalu memilih makan yang dapat memberikan ‘keselesaan’. Ironinya, makanan sebegini kebiasaannya mempunyai tahan kandungan lemak yang tinggi dan merupakan antara pilihan paling tidak sihat.

Makanan tinggi kandungan lemak akan membuatkan kita cepat mengantuk dan tidak dapat berfungsi untuk menangani tekanan. Malah, ia dapat meningkatkan paras kolesterol dan tekanan darah, sekaligus meningkatkan risiko serangan jantung.

Apakah penyelesaian terbaik?

Sayuran dan buahan yang kaya dengan karbohidrat, serat tinggi dan rendah lemak akan membekalkan khasiat kepada tubuh kita. Dalam masa yang sama, kita perlu meningkatkan sistem imunisasi. Berikut adalah panduan memilih makanan yang dapat membantu mengurangkan tekanan dan makanan yang akan membuatkan tekanan anda lebih teruk:

Makanan yang perlu dimakan

Makanan kaya serat dan tinggi kandungan karbohidrat. Penyelidik percaya karbohidrat membantu otak untuk menghasilkan lebih banyak serotonin, hormon yang lebih tenang, dan serat yang banyak adalah baik untuk mengelakkan gangguan makan pada waktu malam.

Sayuran dan buahan. Tekanan yang kronik boleh melemahkan keupayaan tubuh untuk melawan penyakit. Walau bagaimanapun, kita boleh mempertingkatkan sistem imunisasi kita dengan memperbanyakan pengambilan sayuran dan buahan yang kaya dengan antioksida.

Makanan yang perlu dielak

Makanan tinggi lemak. Makanan berlemak seperti daging, produk berasaskan keju akan menyekat saluran darah yang akan membuatkan kita mudah merasa letih dan mengantuk. Pastinya ini bukan cara terbaik untuk mengatasi tekanan. Malahan, makanan sebegini hanya akan meningkatkan risiko serangan jantung.

Kafein. Kebanyakan kita memilih untuk mengurangkan tekanan dengan minum kopi atau teh. Malangnya, ramai yang tidak menyedari bahawa kafein akan kekal dalam tubuh untuk jangka masa yang lama. Mengelakkan pengambilan kafein akan membantu mengatasi masalah tidur dan kegelisahan.

Gula. Gula cenderung untuk membuatkan kita lebih tenang seperti karbohidrat. Tetapi, gula akan memasuki saluran darah dan meningkatkan kandungan gula dalam darah.

Mengambil tahu tentang bagaimana tubuh kita berfungsi dan mengendalikan tekanan dapat membantu kita mengatasi dan mengawal tekanan, malah ia turut dapat membantu menyingkirkan tekanan dan situasi yang menyebabkan kita tertekan.

Kesimpulannya, pemakanan sihat yang mengandungi khasiat tinggi merupakan satu kaedah untuk melawan tekanan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

07/06/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Bila Waktu Yang Terbaik Untuk Makan Probiotik, Sebelum Atau Selepas Makan?

Bahaya Polisterin! Ketahui 5 Sebab Anda Perlu Elak Guna Bekas Polisterin Sekarang!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan