Anda Mengalami Obesiti? Gunakan Ramadan Sebagai Peluang Untuk Turun Berat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/12/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Obesiti adalah keadaan berat badan berlebihan. Ada banyak peringkat berat badan berlebihan, bergantung kepada indeks jisim badan (BMI).

Macam mana mahu kira BMI?


Kurang daripada 18.5 = kurang berat badan.Anda juga boleh dapatkan BMI anda di
sini. Hasilnya adalah seperti berikut:

  • Antara 18.6 – 25.0 = berat badan normal.
  • Antara 25.1 – 30.0 = berat badan berlebihan.
  • Antara 30.1 – 35.0 = obesiti tahap 1.
  • Lebih daripada 35.0 = obesiti tahap 2.

Negara Malaysia, khususnya, mempunyai masalah dalam kes obesiti. Sebagai rekod, bilangan rakyat Malaysia yang mengalami obesiti adalah seramai 16.8 juta orang. Malaysia juga “dinobatkan” sebagai negara paling gemuk di Asia mengalahkan Korea Selatan dan Pakistan dengan 45.3 peratus daripada rakyatnya terlebih berat badan.

Ini bukanlah angka yang boleh dibanggakan. Sebaliknya, sangat membimbangkan. Gaya hidup dan pemakanan rakyat Malaysia banyak menyumbang kepada angka-angka ini. Jika tidak dibendung, peratusan dan angka tersebut mungkin akan meningkat lagi.

Apakah punca obesiti?

Apakah puncanya? Antaranya ialah:

  1. Mengambil terlalu banyak kalori. Secara umumnya, manusia hari ini makan lebih banyak berbanding sebelumnya. Ditambah dengan pelbagai jenis makanan baru, iklan dan promosi di mana-mana, manusia lebih cenderung untuk makan. Walaupun banyak kempen kesedaran yang dijalankan, ia masih tidak dapat mengatasi iklan-iklan makanan yang lebih mengiurkan. Bukan sekadar jumlah makanan yang banyak, khasiatnya juga adalah rendah.
  2. Mengamalkan hidup sedentari. Ia adalah gaya hidup yang tidak aktif di mana kebanyakan masa dihabiskan dengan duduk di atas kerusi atau baring di atas tilam yang empuk. Dengan kehadiran teknologi seperti televisyen, komputer dan telefon bimbit, manusia lebih banyak menghabiskan masa di hadapan skrin.
  3. Tidak mendapatkan tidur yang mencukupi. Kajian yang dijalankan oleh Warwick Medical School menunjukkan bahawa seseorang yang kurang tidur dua kali ganda lebih berisiko untuk mengalami obesiti. Ia mungkin disebabkan perubahan pada hormon yang meningkatkan selera makan.
  4. Ubat-ubatan. Ada beberapa jenis ubat yang boleh menambah berat badan. Contohnya steroid. Sila berbincang dengan doktor anda jika ada merasakan berat badan bertambah selepas mengambil apa-apa ubat.
  5. Genetik. Ini adalah punca yang tidak dapat dielakkan. Sejenis gen telah dikenal pasti bertanggungjawab menyebabkan obesiti yang digelar FTO. Mereka yang mengandungi FTO lebih cenderung untuk makan banyak, memilih makanan berlemak tinggi dan kebiasaannya gemuk.

Apakah kesan-kesan obesiti?

Sebab utama kempen mencegah gemuk dan obesiti dijalankan adalah kerana kesannya terhadap kesihatan. Bukan sekadar pada rupa bentuk dan kosmetik, tetapi juga boleh menyebabkan sangat banyak masalah kesihatan.

Apakah kesan obesiti?

  1. Diabetes

Faktor utama diabetes, selain genetik, adalah obesiti. Anda perlu ingat, sebaik sahaja anda disahkan menghidap diabetes, anda tidak akan sembuh tetapi hanya boleh mengawal sahaja. Obesiti boleh menyebabkan diabetes jenis 2.

Lemak yang terkumpul di dalam sel-sel badan menyebabkan satu keadaan yang digelar rintangan insulin (insulin resistance). Dalam keadaan ini, insulin yang dilepaskan di dalam darah tidak dapat digunakan oleh sel. Hasilnya, gula dalam darah kekal tinggi walaupun ada insulin.

  1. Masalah kardiovaskular seperti darah tinggi dan penyakit arteri koronari

Ini adalah antara pembunuh utama di Malaysia. Kes-kes mati mengejut yang selalu kita dengar itu kebiasaannya serangan jantung disebabkan penyakit arteri koronari dan obesiti adalah antara faktor risiko utamanya.

  1. Komplikasi sendi dan tulang

Contohnya osteoartritis dan kesakitan tulang pinggul. Berat badan yang tinggi memberikan tekanan yang banyak ke atas sendi-sendi badan terutamanya pinggul dan lutut. Kesan tekanan yang lama, permukaan tulang di dalam sendi menjadi rosak dan sendi menjadi sempit. Hasilnya, sendi tidak dapat digerakkan seperti normal dan menyebabkan rasa sakit.

  1. Masalah pernafasan

Antara masalah pernafasan yang mungkin berlaku adalah asma dan apnea tidur. Dalam kes apnea tidur, lemak berlebihan pada leher boleh menutup saluran pernafasan sehingga terbangun dari tidur akibat tidak boleh bernafas. Apabila sering terbangun di tengah malam, ia akan menyebabkan mengantuk di siang hari dan boleh mengurangkan produktiviti kerja. Kebiasannya mereka yang mengalami masalah ini akan tidur berdengkur.

  1. Kesan psikologi

Ini adalah antara kesan yang paling kerap berlaku. Orang obes lebih kurang keyakinan diri dan mungkin mengalami depresi atau kemurungan akibat kesan dari pandangan serong serta pembulian dalam masyarakat.

Sempena Ramadan, apa yang boleh dimanfaatkan?

Ramadan adalah waktu yang terbaik untuk menguruskan berat badan. Mana tidaknya, kita akan menahan lapar lebih dari 10 jam. Walaupun begitu, jangan terkejut jika masih ada orang yang bahkan naik berat badan di bulan Ramadan. Oleh itu, anda perlu rebut peluang ini dengan membuat perancangan sebaiknya!

  1. Kawal saiz hidangan anda

Kehadiran bazar Ramadan dengan pelbagai macam makanan serta kuih-muih pastinya menjadi cabaran yang besar buat anda. Lebih-lebih lagi dengan tawaran harga yang murah-murah belaka. Pastinya anda akan kata, “setahun sekali je.” Sebelum anda membuat keputusan, sila fikir terlebih dahulu. Jika bukan di bulan Ramadan anda ingin kawal pemakanan anda, bila lagi?

Terutamanya semasa berbuka dan sahur, ambil jumlah makanan yang sederhana. Contoh saiz hidangan yang baik untuk berbuka dan sahur adalah:

  • 1 ½ cawan nasi.
  • 1 ketul ayam / ikan.
  • 1 cawan sayur.
  • Air kosong.

Elakkan dari makan terlalu kenyang seperti nasihat Tun Dr Mahathir yang kini berusia 93 tahun. Antara tip yang baik adalah gunakan pinggan yang kecil supaya kuantiti makanan akan nampak banyak dan pinggan cepat penuh. Ini dapat membantu anda mengurangkan saiz hidangan.

  1. Kurangkan minuman manis dan bergas

Minuman manis mengandungi kalori yang tinggi. Misalnya, secawan air sirap mengandungi 80 kcal. 2 cawan air sirap sahaja sudah melebihi segenggam nasi putih. Secawan air manis sehari sudah mencukupi semasa berbuka puasa. Selebihnya, penuhi keperluan cecair anda dengan air kosong sebanyak yang boleh sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

  1. Kurangkan makanan karbohidrat kompleks seperti nasi dan roti

Antara penyumbang kalori dan penyebab gemuk adalah karbohidrat kompleks. Cuba kurangkan jumlah nasi yang anda ambil. Kalau biasanya anda mengambil 2 cawan nasi, kurangkan kepada secawan. Lebihkan lauk terutamanya sayur dan buah untuk mengimbangi keperluan kalori anda. Hasilnya akan dapat dilihat dalam masa seminggu!

  1. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam hidangan anda

Tanpa perlu menjelaskan lagi, kita semua sudah tahu manfaat sayur dan buah. Bukan sekadar rasa yang lazat, tetapi khasiatnya juga besar.

  1. Banyakkan aktiviti fizikal

Jangan hanya terperap di rumah. Buat sedikit aktiviti fizikal. Jika tidak mampu berlari, berjalan kaki keliling rumah pun tidak mengapa. Asalkan anda tidak statik. Keluarkan peluh dan bakar lemak anda. Sebaiknya, lakukan senaman di waktu petang sebelum berbuka puasa untuk mengelakkan dehidrasi.

  1. Tetapkan sasaran anda

Pastikan anda tahu hala tuju anda. Lebih baik adalah anda menulis sasaran anda di atas kertas dan tampal di tempat yang mudah anda lihat. Ini akan memberikan motivasi agar tidak mudah berputus asa.

Bulan Ramadan menawarkan banyak perkara sama ada ganjaran akhirat atau manfaat di dunia. Rebutlah peluang setahun sekali ini untuk meraih kedua-duanya. Jangan pernah lupa untuk meminta kepada Allah selepas berusaha sebaik mungkin. Ingat, doa di bulan Ramadan adalah makbul!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sudah Habis Teran Tapi Tak Keluar, Ini Petanda Sembelit Kronik, Apa Anda Kena Buat?

    Sekiranya anda mengalami sembelit, terdapat beberapa cara mengatasi sembelit yang boleh dicuba. Jom klik artikel ini untuk tahu tentangnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Sembelit 01/03/2021 . 3 minit bacaan

    Maklumat Lengkap Mengenai Penyakit Berjangkit: Simptom, Punca, Rawatan & Langkah Pencegahan

    Terdapat pelbagai jenis mikroorganisma yang boleh menyebabkan jangkitan kuman pada tubuh badan manusia. Ini sekali gus menyebarkan penyakit berjangkit

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Penyakit Berjangkit 26/02/2021 . 4 minit bacaan

    Kenapa Perlu Terus Sengsara Akibat Kencing Tak Lawas? Ada 7 Cara Mengawalnya!

    Kerap alami masalah terpaksa berulang ke tandas untuk membuang air kecil? Ini petua kencing tak lawas yang mudah untuk menyelesaikan masalah anda itu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kencing Tak Lawas 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Ini Jenis Penyakit Darah Yang Perlu Diketahui, Bukan Hanya Anemia Dan Talasemia Sahaja, Tau!

    Tahukah anda, ada banyak penyakit darah yang boleh berlaku kepada kita? Ia boleh menyerang sel darah dan membuatkan pesakit mengalami pelbagai komplikasi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gangguan Darah 26/02/2021 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    upt negatif tapi perut buncit

    Perut Membuncit Tapi Tak Hamil Pun? Ladies, AWAS, Ini Kemungkinan Yang Berlaku!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
    badan manusia

    Bagaimana Sistem Otot Rangka & Tulang Manusia Berfungsi? Ini Info Lengkap Mengenainya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 01/03/2021 . 4 minit bacaan
    masalah kulit

    Kulit Selalu Gatal Walaupun Baru Lepas Mandi? Mungkin Anda Ada Masalah Kulit Kering!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
    bisul di punggung

    Bukan Sebab Duduk Atas Bantal, Ini Rupanya Punca Sebenar Bisul Di Punggung!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan