backup og meta

Manfaat Dan Kesan Vitamin E

Manfaat Dan Kesan Vitamin E

Vitamin E adalah sejenis vitamin yang larut dalam lemak. Ia adalah nutrien yang penting dan membantu memberikan kulit, mata dan otak yang baik, malahan, ia juga penting untuk penglihatan dan sistem pembiakan. Vitamin E adalah vitamin penting yang diperlukan oleh fungsi tubuh. Ikuti artikel ini untuk mengetahui tentang manfaat dan kesan vitamin E.

Fungsi vitamin E dalam tubuh

Vitamin E bersifat antioksidan. Ini bermakna ia melindungi tisu badan daripada kerosakan yang disebabkan bahan yang dipanggil radikal bebas, yang berbahaya untuk sel, tisu dan organ – mempunyai kaitan dengan penuaan.

Tubuh memerlukan vitamin E untuk membantu sistem kekebalan tubuh terhadap virus dan bakteria. Vitamin ini juga penting dalam pembentukan sel darah merah dan ia membantu tubuh menggunakan vitamin K

Sel dalam tubuh menggunakan vitamin E untuk berhubung antara satu sama lain dan menjalankan pelbagai fungsi penting.

Anda mungkin mendapat cukup kandungan vitamin E setiap hari. Namun, jika tubuh anda kekurangan vitamin ini ia mungkin mendatangkan masalah yang serius. Tubuh memerlukan lemak untuk menyerap vitamin ini, jadi bagi individu yang mempunyai masalah pencernaan mungkin tidak mendapat apa yang diperlukan. Ia sekali gus boleh mendatangkan bahaya kepada sistem imun dan saraf serta mata.

Kenapa vitamin E perlu diambil?

Walaupun ia jarang berlaku, manfaat vitamin E hanya diperlukan oleh individu yang berdepan dengan masalah kekurangan vitamin E. individu seperti ini cenderung mempunyai masalah kesihatan berkaitan pencernaan dan fibrosis sista. Mereka yang mengamalkan diet rendah lemak juga berisiko mempunyai masalah kekurangan tahap vitamin E.

Boleh vitamin E diperolehi sumber makanan semula jadi?

Kebanyakan individu memperolehi sumber vitamin E yang mencukupi dari makanan. Sumber makanan yang mengandungi vitamin E adalah:

  • Minyak sayuran
  • Sayuran berdaun hijau seperti bayam
  • Bijirin
  • Telur
  • Kekacang
  • Tomato
  • Brokoli
  • Mangga
  • Kiwi
  • Daging
  • Ayam

Kesan sampingan

Jika diambil dengan dos yang sesuai, penggunaan vitamin E secara amnya dianggap selamat. Walaupun jarang berlaku, tetapi pengambilan vitamin E secara oral, mungkin secara berlebihan boleh menyebabkan:

  • Loya
  • Cirit-birit
  • Kekejangan usus
  • Keletihan
  • Kelesuan
  • Sakit kepala
  • Penglihatan kabur
  • Kegatalan
  • Masalah air kencing pekat

Mengambil vitamin E secara berlebihan mungkin meningkatkan risiko kesan sampingan. Terdapat juga kebimbangan sekiranya individu yang mengalami masalah kesihatan dan mengambil vitamin E pada kadar yang tinggi berisiko untuk berdepan kematian.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Vitamin E

https://medlineplus.gov/ency/article/002406.htm

 

Vitamin E

https://www.webmd.com/diet/supplement-guide-vitamin-e#1

 

Vitamin E: What’s It Good For?

https://www.webmd.com/vitamins-and-supplements/ss/slideshow-vitamin-e-benefits

 

VITAMIN E

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-954/vitamin-e

 

The Benefits of Vitamin E

https://www.healthline.com/health/all-about-vitamin-e

 

Vitamin E

https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements-vitamin-e/art-20364144

Versi Terbaru

14/07/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Betulkah Biji Chia Berkhasiat? Ini 7 Kebaikan Chia Seed Untuk Kesihatan

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan