backup og meta

Susu Lipas Berkhasiat?

Susu Lipas Berkhasiat?

Benarkah susu lipas berkhasiat? Terdapat satu kajian menunjukkan susu lipas adalah empat kali lebih berkhasiat berbanding susu lembu – satu minuman tambahan yang biasa dalam kehidupan seharian kita. Selain itu, susu lipas mengandungi protein unik di dalamnya, yang merupakan makanan lengkap dan sempurna. Siapa tahu, mungkin pada masa hadapan, industri lipas mungkin akan berkembang menjadi antara minuman terbaik dan berkhasiat.

Pengeluaran susu

Cara lipas melahirkan berbeza dengan cara mamalia melahirkan. Lipas biasanya akan mengeluarkan 9-12 butir telur dan tidak akan mampu memberikan khasiat pemakanan yang cukup untuk semua telur itu. Oleh itu, susu ibu lipas – cecair susu yang sangat berkhasiat, akan dimasukkan ke dalam larva dan akan diproses dalam perut larva. Selain itu badan larva akan memakan semua susu yang dihasilkan ibu lipas.

Susu paling berkhasiat

Walaupun kebanyakan dari kita biasanya akan berfikir bahawa susu haiwan mamalia seperti lembu adalah susu paling berkhasiat, namun kajian menunjukkan bahawa susu lipas adalah susu paling berkhasiat dan terbaik di dunia. Antara bahan yang terkandung dalam susu lipas adalah Lili-Mip, iaitu satu bentuk protein, gula dan lemak yang terhablur. Satu pasukan saintis mendapati bahawa ia berkalori tinggi dan mengandungi lebih daripada tiga kali tenaga berbanding susu tenusu.

Tambah berat badan

Susu lipas penuh dengan protein, jadi ia tidak sesuai buat mereka yang ingin menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi untuk orang di Barat yang pengambilan kalori dalam makanan seharian adalah tinggi, maka sumber protein padat seperti ini tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, untuk mereka yang ingin mengambil sejumlah besar kalori, ini adalah cara yang cepat dan mudah untuk mendapatkan kalori dan nutrien.

Sihat untuk dimakan

Terdapat sebuah ladang lipas di China yang membekalkan sejumlah besar lipas untuk restoran dan syarikat farmaseutikal pada masa-masa tertentu. Selagi anda dapat memastikan bahawa lipas dan proses masakan untuk bebas bakteri, nikmatilah lipas sebagai makanan anda. Di sesetengah negara seperti Thailand dan China, hidangan lipas turut disediakan di kebanyakan restoran.

Para saintis masih tidak dapat memastikan sama ada nutrisi yang terdapat di dalam lipas berbahaya kepada manusia atau tidak. Walau bagaimanapun, jika ia tidak mendatangkan bahaya kepada manusia, mungkin satu hari nanti akan terhasil susu lipas untuk dikomersialkan.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Cockroach Milk Could be Good for you, Sciencetists said. http://time.com/4424290/cockroach-milk-superfood-scientists/ Accessed October 12, 2016

Are cockroaches Edible and Healthy to Eat? http://healthclover.com/cockroaches-edible-healthy-eat/ Accessed October 12, 2016

Cockroach milk might be the superfood of the future http://www.businessinsider.com/cockroach-milk-superfood-of-the-future-2016-7 Accessed October 12, 2016

Versi Terbaru

26/11/2019

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Selain Nasi Lemak @ Kerabu, Ada Lagi Makanan Tradisional Yang Sebenarnya Sihat!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan