backup og meta

7 Khasiat Teh Misai Kucing, Paling Popular Sudah Tentu Untuk Detoks Badan!

7 Khasiat Teh Misai Kucing, Paling Popular Sudah Tentu Untuk Detoks Badan!

Ia memang agak terkenal sebagai minuman yang banyak terjual di pasar raya atau pasar malam. Pun begitu, masih ramai yang mungkin belum tahu khasiat teh misai kucing ini.

Salah satu daripada manfaat kesihatan yang paling sering dikaitkan dengan minuman popular ini adalah ia bagus untuk sistem serta organ yang berkaitan dengan perkumuhan.

Benarkah? Atau ia juga ada sebarang manfaat yang lain? Jom terus baca artikel ini untuk tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Apa itu teh misai kucing?

Untuk pengetahuan anda semua, teh misai kucing ini berasal daripada tumbuhan yang bernama Orthosiphon aristatus dan berhabitat di negara dalam benua Asia Tenggara.

Selain digunakan sebagai tanaman hiasan di halaman rumah, ia juga biasa digunakan oleh masyarakat dahulu sebagai ubat atau herba bagi merawat keadaan kesihatan tertentu.

Di Malaysia, ia sering dijadikan sebagai minuman teh yang punya rasa serta khasiat tersendiri!

Apa khasiat teh misai kucing?

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, ia sangat bagus untuk sistem serta organ yang berkaitan dengan perkumuhan seperti:

  • buah pinggang
  • pundi kencing
  • salur kencing
khasiat teh misai kucing
Antara tanda kencing kotor.

Sebagai contoh, minuman misai kucing dipercayai mampu untuk mencegah serta merawat infeksi bakteria dan kulat dalam pundi atau salur kencing lantas memulihkan aliran air kencing.

Ia dibuktikan melalui kajian terbitan Ethnoparmhacology yang menyatakan air misai kucing mampu menambahkan kuantiti air kencing sekali gus memudahkan tubuh badan menyingkirkan segala jangkitan yang ada di dalam pundi atau salur kencing individu.

Dalam pada itu, terdapat banyak lagi khasiat teh misai kucing atau kebaikan teh misai kucing ini terhadap kesihatan termasuk:

#1. Kebaikan teh misai kucing: merawat masalah sistem pernafasan

Teh misai kucing dikatakan mampu untuk membantu dalam merawat masalah sistem pernafasan seperti batuk dan asma dengan hanya minum ekstrak tumbuhan ajaib ini.

Untuk lebih efektif, adalah lebih bagus untuk mencampurkan minuman ini bersama dengan herba lain seperti halia atau limau terutamanya apabila ia melibatkan masalah sakit tekak.

Teh misai kucing untuk #2. Meregulasikan gula darah

Tumbuhan ini juga mungkin mampu untuk membantu mereka yang ada penyakit diabetes dengan cara meregulasikan kadar gula di dalam darah atau glukosa tubuh badan.

Pun begitu, minuman teh ini hanya sekadar keadah alternatif yang boleh anda cuba dan sila berjumpa dan berbincang dengan doktor terlebih dahulu jika anda ingin mengambilnya.

khasiat teh misai kucing
Teh uncang dalam cawan.

Khasiat teh misai kucing untuk #3. Menurunkan berat badan

Tumbuhan ini turut mungkin mampu untuk membantu mereka yang ada masalah berat badan berlebihan atau obesiti dengan cara menurunkan berat badan individu itu.

Disebabkan oleh popularitinya sebagai salah satu daripada herba untuk kurus, misai kucing sering kali dipasarkan dalam banyak bentuk seperti ekstrak, pil, tablet dan lain-lain.

#4. Kebaikan teh misai kucing: merawat masalah berkaitan mulut

Tidak kurang ramai dalam kalangan kita semua yang mungkin mengalami masalah berkaitan mulut terutama pada gigi dan gusi bengkak, sakit serta pelbagai isu lain.

Berita baik buat anda, teh misai kucing diyakini mampu untuk meredakan kebengkakan serta melegakan kesakitan hanya dengan minum atau kumur-kumur minuman ajaib ini.

#5. Kebaikan teh misai kucing: merawat masalah berkaitan kulit

Apabila teh misai kucing diproses menjadi ekstrak, pil, tablet dan sebagainya, tumbuhan ini akan mengeluarkan sejenis minyak yang memberikan kesan baik pada kulit individu.

Sebagai contoh, ia diyakini mampu merawat masalah kulit yang kering, kasar serta pelbagai lagi masalah kulit lain seperti infeksi bakteria, kulat atau virus terhadap kulit.

khasiat teh misai kucing
Minum teh panas sangat melegakan.

#6. Mengawal tekanan darah tinggi antara khasiat teh misai kucing

Bahan kimia yang wujud di dalam tumbuhan ini dipercayai mungkin mampu untuk membantu mengurangkan tekanan darah tinggi ekoran sifat antioksidan yang ada.

Bahan kimia tersebut adalah methylripariochromene dan ia dipercayai berfungsi dengan cara mengurangkan tekanan darah sistolik buat pesakit yang menghidapinya.

Khasiat teh misai kucing untuk #7. Detoksifikasi

Akhir sekali, tumbuhan ini telah lama diminum oleh masyarakat dalam negara di benua Asia Tenggara termasuklah Malaysia. Teh ini dijadikan sebagai minuman untuk buang toksin dalam badan.

Ini kerana ia diyakini mampu berfungsi sebagai agen pembersih semula jadi yang penting dalam proses detoksifikasi untuk membuang toksin dan bendasing dari tubuh badan.

Kesimpulan

Anda boleh mencari cara buat teh misai kucing dan cara minum teh misai kucing di internet.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Orthosiphon stamineus Benth. is an Outstanding Food Medicine: Review of Phytochemical and Pharmacological Activities, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6142889/, Accessed Jan 26 2022.
  2. Cat’s whiskers (Orthosiphon stamineus) tea modulates arthritis pathogenesis via the angiogenesis and inflammatory cascade, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5122152/, Accessed Jan 26 2022.
  3. Orthosiphon aristatus: A review of traditional uses, phytochemical profile, and pharmacological properties, https://www.researchgate.net/publication/261295696_Orthosiphon_aristatus_A_review_of_traditional_uses_phytochemical_profile_and_pharmacological_properties, Accessed Jan 26 2022.
  4. Cat Whiskers Herb, the herb that is Purrr..fect for your Health, https://publishing.emanresearch.org/Journal/FullText/19, Accessed Jan 26 2022.
  5. Orthosiphon aristatus (Blume) Miq. https://www.nparks.gov.sg/florafaunaweb/flora/2/2/2285. Accessed Jan 26 2022.

Versi Terbaru

04/10/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Limau VS Lemon: Apa Dia Perbezaan Di Antara Dua Jenis Buah Sitrus Ini?

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan