Resepi kuah durian yang sangat sedap
Rasa macam hendak makan kuah durian bersama pulut? Jangan risau, kami ada resipi yang sesuai untuk anda!
Kuah ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, ia juga boleh menjadi penambah rasa pelbagai jenis makanan. Anda juga boleh makan dengan pulut, roti atau nasi pada waktu petang. Wah, sedapnya!
Walau bagaimanapun, ingat ya! Buah durian mempunyai rasa yang sangat manis. Bagi mereka yang menghidap kencing manis, bersederhanalah semasa makan buah durian.

Di bawah kami sertakan resipi kuah atau serawa durian untuk mereka yang ingin mencuba:
- Beberapa ulas durian.
- Santan.
- 1 sudu gula.
- 1 sudu kecil garam.
- Air.
Mula-mula, masukkan beberapa ulas durian ke dalam periuk. Letakkan santan, gula dan garam sedikit dan kacau sampai sebati. Tidak perlu asingkan durian tersebut dengan biji.
Masukkan air kalau anda rasa kuah terlalu pekat. Masak dengan api perlahan dan tunggu sampai mendidih. Setelah siap, angkat dan letakkan dalam bekas yang diingini. Kuah ini sesuai dimakan sejuk ataupun panas.
Ada juga yang akan gantikan gula biasa dengan gula melaka untuk rasa yang lebih sedap. Malah, untuk berikan bau yang lebih menyelerakan, cuba tambah seikat pandan. Pasti hidangan anda akan menjadi kegemaran satu keluarga. Jadi, apa tunggu lagi, cubalah!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen