backup og meta

Ini 6 Jajan Kegemaran Masa Sekolah Dahulu, Mana Satu Yang Anda Selalu Beli?

Ini 6 Jajan Kegemaran Masa Sekolah Dahulu, Mana Satu Yang Anda Selalu Beli?

Bagi mereka yang membesar sekitar tahun 80-an atau 90-an, anda pastinya masih ingat beberapa jenis makanan ringan atau jajan zaman dulu yang sering dibeli di kedai runcit sewaktu usia kanak-kanak. Setiap daripada kita pasti mempunyai jajan Malaysia kegemaran masing-masing.

Mari lihat senarai keropok zaman dulu yang mungkin boleh mengimbau kembali kenangan lama anda. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Senarai jajan zaman dulu yang jadi kegemaran ramai

Mungkin terdapat pelbagai jenis jajan Malaysia atau keropok zaman dulu yang selalu anda beli semasa masih kanak-kanak.

Namun, jenis jajan di bawah ini merupakan antara yang paling popular atau menjadi trend pada ketika itu.

#1. Keropok jagung Binbin

Siapa sahaja yang tidak mengenali jajan zaman dulu yang satu ini. Pek pembungkusnya yang agak berkilat dengan imej jagung yang agak besar, menyebabkan ia lebih dikenali dengan nama jajan jagung.

Pada zaman dahulu, satu pek jajan ini hanya dijual dengan harga 20 sen sahaja, dan anda akan mendapat dua biji jajan jagung dalam setiap pek.

Rasanya yang manis-manis dengan tekstur yang rangup dan rapuh menjadi antara pilihan kanak-kanak pada era tersebut. 

#2. Jajan zaman dulu: Keropok durian

jajan zaman dulu

Keropok durian ini merupakan antara jajan yang paling sedap dan amat dikenali ramai.

Bungkusannya mempunyai warna kuning dan oren cerah selain saiznya yang agak besar.

Biasanya, terdapat imej buah durian dan juga jagung pada bungkusan jajan ini dan tertera perkataan popcorn perasa durian.

Rasanya yang lemak-lemak manis berserta bau dan rasa durian menjadikan ia jajan yang bukan sahaja digemari kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa. 

#3. Kek coklat Hiro

Kek coklat Hiro mungkin sudah tidak dijumpai lagi sekarang. Ia merupakan kek kecil yang disalut dengan coklat yang amat manis.

Penulis juga sudah lupa harga jualannya pada zaman 90-an dahulu, namun ia boleh dikatakan agak murah.

Siapa yang tidak mahu jajan zaman dulu yang murah dengan rasa mewah, bukan?

#4. Kek coklat Apollo

jajan zaman dulu

Kek coklat ini hampir serupa sahaja dengan kek coklat Hiro. Namun, kek coklat Apollo berbentuk segi empat yang memanjang, manakala kek coklat Hiro pula berbentuk bulat.

Kek coklat Apollo dijual dengan harga 20 sen sahaja dan masih banyak dijual sehingga ke hari ini.

Ini mungkin kerana masih ramai yang menggemarinya termasuklah kanak-kanak generasi baharu. 

#5. Nini Coklat Celup

Ini boleh dikatakan sebagai antara jajan Malaysia yang agak kayangan.

Tidak seperti jajan lain yang boleh dibeli dengan harga sekitar 10 atau 20 sen sahaja, Nini Coklat Celup biasanya dijual dengan harga RM1 yang pada ketika itu boleh dikatakan agak mahal.

Oleh sebab itu, ia tidak kerap dibeli walaupun rasanya agak sedap. Biskut panjang yang dicelup dengan coklat menjadikan rasanya seolah-olah jajan mewah untuk kanak-kanak.

#6. Jajan Mi-Mi

jajan zaman dulu

Keropok udang Mi-Mi ini juga sangat sedap. Pek pembungkusannya juga agak comel kerana bersaiz kecil. Ia mempunyai rasa udang dan agak masin.

Ia berbentuk seperti mi kecil yang pendek tetapi dengan rasa yang rangup.

Pada zaman dahulu, ia dijual dengan harga 10 sen sahaja untuk satu paket Mi-Mi. Jajan ini agak ikonik kerana ia mempunyai gambar kartun kucing sedang bermain gitar pada pek pembungkusnya. 

Jajan zaman dulu banyak garam

Jajan termasuk dalam kategori makanan ringan. Ia merupakan jenis makanan yang diproses dan bukan lagi tergolong dalam makanan sebenar.

Selain itu, ia juga kurang atau mungkin hampir tiada nutrien seperti vitamin, mineral dan juga komponen nutrien penting yang lain.

Makanan ringan seperti ini juga tinggi dengan sodium atau garam dan bahan perasa.

Oleh sebab itu, tidak salah untuk anda membeli dan memakan jajan di atas bagi mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak anda.

Namun, cukuplah sekadar merasa atau makan dengan kuantiti yang sedikit sahaja. 

Kesimpulan

Jika anda ingin merasa jajan zaman dahulu seperti yang di atas, pastikan anda tidak memberikannya kepada kanak-kanak untuk mengelakkan ketagihan dan kesan buruk lain terhadap kesihatan mereka. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Chong, K. H., Wu, S. K., Hafizah, Y. N., Bragt, M. C. E., Poh, B. K., & SEANUTS Malaysia Study Group. (2016). Eating Habits of Malaysian Children: Findings of the South East Asian Nutrition Surveys (SEANUTS). Asia Pacific Journal of Public Health, 28(5), 59S-73S. https://www.jstor.org/stable/26686287. Accessed on January 6, 2023. 

Children, Food and Nutrition: State of the World’s Children 2019. https://www.unicef.org/malaysia/children-food-and-nutrition-state-worlds-children-2019. Accessed on January 6, 2023. 

Recipe for Healthy Family. https://www.nutritionmonthmalaysia.org.my/wp-content/uploads/2019/01/nmm2017_infographic_book.pdf. Accessed on January 6, 2023. 

The short child: Importance of early detection and timely referral. chrome-extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/https://e-mfp.org/wp-content/uploads/v16n3-Rv-The-short-child-importance-of-early-detection-and-timely-referral.pdf. Accessed on January 6, 2023. 

Food and Nutrition in Malaysian Children. https://www.nestlenutrition-institute.org/publication-series/food-and-nutrition-malaysian-children. Accessed on January 6, 2023. 

Versi Terbaru

17/04/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Suka Makan Jajan? Buat 9 Cara Ini Untuk Hentikan Tabiat Makan Makanan Ringan!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/04/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan