Untuk membina otot; aspek pemakanan dan aktiviti fizikal adalah dua perkara yang tidak boleh diabaikan. Jom ketahui jenis makanan untuk otot yang boleh anda amalkan. Barulah ada muscle!
Antara jenis makanan untuk otot terbaik
Penting untuk anda mencabar badan melalui aktiviti fizikal, tetapi dalam masa yang sama, anda memerlukan sokongan pemakanan yang betul.
Jika anda berusaha keras dalam melakukan aktiviti fizikal dan tidak mengambil peduli tentang apa yang anda makan, ia adalah seperti mensabotaj usaha anda sendiri.
Berikut adalah beberapa jenis makanan membina otot yang harus anda ketahui.
-
Telur
Merupakan makanan untuk otot yang hebat.
Ini kerana telur mengandungi kandungan protein berkualiti tinggi, 9 asid amino penting, lemak sihat, kolin (choline), dan vitamin B. Telur adalah satu makanan yang tidak membahayakan kesihatan.
-
Daging
Daging lembu kaya dengan protein berkualiti tinggi, vitamin B, mineral dan creatine.
Pilih untuk makan daging lembu tanpa lemak yang boleh menyokong pembesaran otot tanpa terlalu banyak kandungan kalori tambahan.
Namun ia tidak boleh diambil setiap hari kerana kandungan lemak tepu yang tinggi.
-
Makanan untuk otot: Ikan
Jenis ikan seperti tuna, salmon dan sardin – kaya protein dan tinggi kandungan asid lemak omega-3, yang baik untuk proses pembinaan otot dan kesihatan secara keseluruhan.
Omega-3 penting untuk membantu menghilangkan lemak dan memastikan setiap fungsi badan berjalan dengan baik dan betul.
-
Ayam
Pilih isi ayam tanpa kulit kerana ia mengandungi protein tinggi – mengekal dan memperbaiki otot, kesihatan tulang dan mengekalkan berat badan.
Selain itu, makanan untuk otot ini juga terkandung vitamin B dan vitamin B6 – penting untuk individu aktif dengan membantu badan berfungsi secara betul semasa aktiviti fizikal.
Selain itu, makanan ini juga berperanan dalam pembentukan otot yang optimum.
-
Yogurt Greek
Bukan sahaja mengandungi protein berkualiti tinggi, tetapi juga terkandung campuran protein whey – mencerna dengan cepat dan protein casein yang mencerna dengan perlahan.
Yogurt Greek ini mungkin makanan ringan yang sesuai dimakan pada bila-bila masa.
Tetapi cadangan masa memakan yang terbaik adalah selepas bersenam atau sebelum tidur kerana manfaat campuran protein yang membantu proses pencernaan cepat dan perlahan.
-
Kacang
Jenis kacang seperti kidney bean, black bean, dan pinto bean adalah baik untuk dijadikan sebahagian diet makanan harian.
Ia dapat membina otot tanpa lemak kerana mengandungi protein, vitamin B dan serat yang baik serta tinggi kandungan magnesium, fosforus dan zat besi.
Selain itu, ia juga berperanan untuk mencegah penyakit.
-
Kekacang, makanan untuk otot yang terbaik
Kacang tanah mengandungi campuran protein, lemak dan karbohidrat.
Ia juga tinggi kandungan leucine asid amino berbanding produk tumbuhan lain.
Kekacang lain seperti kacang gajus dan badam juga memainkan peranan penting dalam diet kesihatan secara keseluruhan.
Malah, ia juga pilihan snek terbaik ketika anda memerlukan sesuatu makanan untuk meningkatkan pengambilan kalori.
-
Tauhu
Merupakan produk yang terhasil daripada susu soya dan sering digunakan sebagai pengganti daging.
Ia mengandungi protein, lemak dan karbohidrat. Makanan ini juga merupakan sumber yang baik untuk kalsium, yang penting untuk otot berfungsi dengan baik dan kesihatan tulang.
Protein soya yang ditemui dalam makanan seperti tauhu dan kacang soya – dianggap sebagai tumbuhan protein berkualiti tinggi.
-
Oat
Sumber karbohidrat yang baik kerana nilai indeks glisemik (GI) yang rendah dan diproses dengan minima.
Manfaat diet rendah GI adalah mengandungi mikronutrien yang baik, kandungan serat tinggi, mengenyangkan perut, mengurangkan kelaparan, dan membantu menghilangkan lemak.
Jadi ini bermakna, makanan rendah GI dapat meningkatkan kehilangan lemak kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan dan memberikan sumber karbohidrat berterusan kepada individu yang ingin menjaga otot.
-
Buahan dan sayuran, pilihan terbaik makanan untuk otot
Sumber makanan kaya antioksidan, penting untuk fungsi sistem imun yang baik, membekalkan banyak nutrien lain seperti vitamin C, vitamin E dan beta-karoten.
Selain itu, buah-buahan dan sayuran juga memberikan serat yang membantu pencernaan dan penyerapan nutrien.
Anda boleh pilih untuk makan pisang, nanas atau buahan kering seperti kismis dan ubi seperti ubi keledek.
[embed-health-tool-bmr]