backup og meta

Mengurangkan Berat Badan Secara Sihat untuk Remaja

Mengurangkan Berat Badan Secara Sihat untuk Remaja

Kebanyakan orang, terutamanya remaja, mahukan bentuk tubuh yang menarik dan berat badan yang ideal. Walau bagaimanapun, cara yang salah dalam mengurangkan berat badan boleh mendatangkan banyak kesan buruk. Untuk membantu anak anda mengurangkan berat badan dengan cara yang positif, kegiatan rutin yang sihat harus diberi perhatian.

Sokongan moral

Berikan sokongan kepada anak anda. Berat badan yang berlebihan amat mengganggu kesihatan kedua-dua fizikal dan mental anak-anak. Jadi, tugas anda sebagai ibu bapa, anda perlu membantu dan memahami anak anda. Tunjukkan kesanggupan anda untuk membantu anak-anak apabila mereka perlukan.

Bantu anak anda menjadi realistik

Bantu mereka untuk memahami bahawa tiada manusia yang benar-benar sempurna wujud di muka bumi ini. Setiap orang mempunyai saiz dan bentuk mereka sendiri, jadi setiap orang adalah tidak sama. Menurunkan berat badan, selain untuk menjadi cantik, ia adalah tentang menjadi sihat dan yakin. Bawa anak anda berjumpa pakar untuk mendapatkan berat badan realistik yang diidamkan yang sesuai dengan mereka.

Beritahu anak anda untuk melakukannya secara perlahan-lahan

Fahamkan mereka tentang diet dengan hasil segera berserta semua kesan negatifnya pada kesihatan. Dengan ini, mereka akan sedar bahawa mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan adalah satu tugas seumur hidup, bukannya usaha satu waktu sahaja. Pil mengurangkan berat badan juga tidak terkecuali. Ia membawa lebih banyak mudarat berbanding manfaat. Hanya pemakanan yang baik serta senaman sahaja yang akan memberi hasil yang positif.

Galakkan anak remaja anda bersenam

Satu jam aktiviti fizikal setiap hari adalah penting untuk kesejahteraan para remaja. Bagi mendapatkan remaja yang seronok menjalani aktiviti tersebut, sentiasa ingat bahawa:

  • Senaman dalam sebarang tahap intensiti adalah diterima
  • Biarkan anak anda seronok melakukan aktiviti yang digemari. Jangan paksa mereka melakukan sebarang program berstruktur
  • Jadilah contoh teladan buat anak-anak. Ibu bapa yang aktif akan memberi inspirasi kepada anak-anak mereka. Cari aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga. Ini boleh membantu meningkatkan kasih dan juga hubungan keibubapaan.

Bina rancangan pemakanan yang sihat untuk anak

Anak remaja sangat meminati snek. Berbanding makanan segera, lebih baik galakkan anak anda untuk makan:

  • Buah-buahan segar seperti beri, oren, anggur
  • Yogurt atau kek rendah lemak
  • Keju
  • Susu formula
  • Keropok
  • Salad

Apabila bercakap perihal pemakanan, bukan hanya setakat makanan itu sahaja tetapi cara kita makan juga memainkan peranan. Pesan kepada anak-anak untuk mengambil bahagian yang kecil dan gunakan peralatan yang kecil. Makan perlahan-lahan juga adalah disarankan. Selain itu, galakkan anak anda untuk sentiasa dalam keadaan hidrasi. Beri perhatian pada pengambilan air dan kira kalori di dalam setiap minuman yang diambil. Jika boleh, elakkan minuman soda, air berkarbonat dan pilihlah air yang mempunyai perisa tetapi bebas kalori.

Sentiasa positif

Dengar anak anda dan berikan mereka galakan atau pujian untuk setiap usaha mereka. Ini akan membantu mereka berasa bermotivasi dan disayangi. Jika anak anda tertekan dengan isu berat badan mereka, dapatkan mereka kumpulan sokongan yang sepatutnya atau bantuan dari profesional.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Teen Weight Loss: Healthy Habits Count.

http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/tween-and-teen-health/in-depth/teen-weight-loss/art-20045224 Accessed April 18, 2017.

Versi Terbaru

18/12/2024

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Kira Kalori Makanan Untuk Turunkan Berat Badan? Cuba Lakukan Tip Mudah Ini!

5 Fakta Dan Mitos Mengenai Makanan Yang Boleh Tambah Berat Badan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 4 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan