home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

4 Tabiat Untuk Mengurangkan Berat

4 Tabiat Untuk Mengurangkan Berat

Mengurangkan berat dan mengekalkan penurunan berat badan untuk jangka masa yang panjang memerlukan perubahan gaya hidup yang mudah. Berlapar, kekurangan atau pengambilan makan secara berlebihan tidak boleh menjadi sebahagian daripada gaya hidup sihat atau usaha menurunkan berat badan. Setiap tindakan atau perancangan harus berdasarkan keupayaan dan kemampuan diri untuk mengikuti perubahan yang anda lakukan dan menghasilkan tabiat yang lebih sihat.

Penurunan berat badan dan kesihatan sepatutnya boleh dikekalkan, jika tidak, anda hanya melakukan perubahan jangka masa pendek. Anda seharusnya boleh mengurangkan berat dan menyingkirkannya tanpa mendatangkan kejutan atau menjejaskan kehidupan seharian anda.

Begitu juga, mengurangkan berat badan tidak memerlukan anda memanjangkan tempoh ke gim atau terikat dengan beberapa diet. Berikut adalah empat cara yang lebih sihat untuk membantu anda menjadi melangsingkan badan, menghilangkan lemak tanpa menjejaskan kehidupan atau mengganggu masa anda.

Senaman harian

Cipta rutin senaman sekurang-kurangnya 15-20 minit setiap hari. Tukarkan senaman antara kardiovaskular dan regangan setiap hari.

Sama ada anda bangun 20 minit lebih awal setiap hari atau melakukan senaman pada waktu tengahari. Pastikan ia adalah masa yang sama setiap hari, untuk menjadikannya sebagai rutin. Ia boleh semudah melakukan senaman pernafasan, push ups, sit ups, senaman regangan di rumah sebelum mandi pada waktu pagi. Mungkin anda boleh berjalan atau jogging pada waktu pagi di taman untuk mendapatkan udara yang segar.

Bersenam setiap hari membolehkan berlakunya perubahan dalam bentuk badan dan cara badan anda memproses kalori. Apabila anda bersenam, anda melakukan pergerakan pada hati, minda dan badan. Bersenam pada waktu pagi ‘membangunkan’ metabolisme, melepaskan endorfin yang menjadikan emosi anda lebih baik dan menyegarkan minda untuk permulaan hari anda. Anda sedang membangunkan jisim otot, seterusnya meningkatkan keberkesanan metabolisme, sekali gus memberikan anda merancangan pelan pemakanan yang tidak terhad.

Makan makanan sebenar

Ia perlu menjadi slogan pemakanan anda! Tiada siapa pernah menjadi gemuk kerana memakan sayuran – makanan sebenar yang dihasilkan alam semula jadi. Peningkatan jumlah makanan diproses di pasaran dengan kempen pemasaran yang bijak menjadi pnuca lebih 66% komuniti di barat mengalami masalah berlebihan berat badan. Setiap kali anda memakan sesuatu, tanya kepada diri anda soalan yang mudah – adakah ia makanan sebenar?

Jangan melangkau waktu makan

Waktu makan adalah sama penting dengan apa yang anda makan. Badan anda memerlukan bahan bakar untuk menjana tenaga, jadi dengan melangkau makan, kadar metabolisme boleh menurun. Makan secara tetap dan berkala sepanjang hari akan menormalkan tahap gula dalam darah dan mencegah kekurangan tenaga dan tumpuan. Sarapan glisemik rendah membantu memulakan sistem pembakaran tenaga dan mencipta keadaan pembakaran lemak di dalam badan anda sekali gus membantu menghilangkan lemak.

Tidur berkualiti

Tidur adalah salah satu perkara asas utama dalam kesihatan. Perkara asas yang lain adalah pemakanan yang sihat, senaman teratur dan minda yang positif – jika keempat-empat aspek ini dilaksanakan dengan baik, anda mungkin tidak mengetahui nama doktor anda.

Cuba untuk dapatkan waktu tidur yang sama setiap malam. Sasarkan untuk 8 jam tidur yang berkualiti dan pastikan anda tidur sebelum tengah malam untuk membolehkan waktu yang mencukupi untuk sistem detoksifikasi semula jadi anda menyelesaikan fungsi kitaran.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Phil Kelly Disemak pada 28/03/2019
x