backup og meta

Di Bulan Ramadan, Makan Malam Sebaiknya Paling Lewat Pukul Berapa?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 30/11/2021

    Di Bulan Ramadan, Makan Malam Sebaiknya Paling Lewat Pukul Berapa?

    Sepanjang bulan puasa, anda hanya boleh makan antara waktu berbuka dan sahur. Sepanjang waktu yang sempit ini, seboleh mungkin anda harus tetap memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan. Anda mungkin perlu untuk makan beberapa kali pada masa berbuka puasa. Biasanya, sesetengah orang hanya makan makanan ringan ketika berbuka dan dilanjutkan dengan makan berat selepas solat Tarawih. Tapi ingat, jangan terus tidur selepas itu. Langsung tidur selepas makan adalah tidak baik untuk kesihatan anda. Pukul berapa paling lambat makan malam ketika puasa?

    Mengapa tidak boleh terus tidur selepas makan?

    Terus tidur selepas makan merupakan satu tabiat yang buruk. Mengapa? Kerana ini boleh mengganggu tidur anda dan juga memberi kesan yang buruk terhadap kesihatan anda.

    1. Boleh mengganggu tidur

    Tidur di saat perut anda sangat kenyang tentu boleh membuat tidur anda tidak nyenyak. Anda mungkin boleh merasakan pedih ulu hati semasa tidur sehingga membuatkan anda terbangun. Hal ini mungkin terjadi jika anda mengambil makanan pedas dan berlemak sebelum tidur.

    2. Buruk bagi pesakit gangguan asid perut

    Makan sebelum tidur boleh membuatkan simptom gangguan asid perut bertambah buruk. Perut yang terlalu kenyang ketika tidur boleh membuat asid perut lebih mudah naik ke esofagus, sehingga anda mungkin akan mengalami pedih ulu hati. Hal ini juga boleh mengganggu tidur anda. Sebaiknya anda memberikan tempoh waktu antara tidur dan makan selama beberapa jam untuk mencegah keadaan ini.

    3. Buruk bagi pesakit diabetes

    Langsung tidur selepas makan juga sangat buruk bagi pesakit diabetes. Mengambil makanan yang salah sebelum tidur boleh menyebabkan kadar gula darah tinggi di pagi hari. Sebaliknya, tidur ketika merasa lapar boleh menyebabkan kadar gula darah menjadi rendah di pagi hari. Apa yang penting, anda perlu memilih makanan yang tepat sebelum tidur jika anda lapar. Makanlah makanan ringan yang rendah kalori dan bebas gula, seperti agar-agar dengan gula rendah atau sayur-sayuran.

    4. Menaikkan berat badan

    Sebenarnya, ini tidak sepenuhnya benar. Makan malam tidak selalu menjadi penyebab kenaikan berat badan. Jenis makanan yang anda ambil semasa makan malam yang lebih mempengaruhi berat badan anda. Masa makan malam, orang cenderung memilih makanan yang berkalori tinggi dan berlemak, dan boleh menyebabkan kenaikan berat badan.

    Pukul berapa paling lambat makan malam ketika puasa?

    Anda disyorkan untuk memberi tempoh masa antara makan malam saat puasa dan tidur selama 2-3 jam, terutama bagi anda yang mempunyai masalah asid perut. Ini memberikan masa bagi badan untuk menghadam makanan terakhir yang anda makan, lebih-lebih lagi jika anda mengambil makanan yang sukar untuk dihadam sewaktu makan malam. Badan anda memerlukan masa sekurang-kurangnya 3 jam untuk menghadam makan malam 600 kalori yang terdiri daripada protein, karbohidrat, dan sayur-sayuran.

    Semasa puasa, anda mungkin memerlukan makan malam terakhir sebelum tidur pada jam 8-9 malam, selepas solat tarawih. Anda boleh tidur paling lambat jam 11 malam. Ingat, keesokan harinya anda harus bangun lebih awal lagi untuk makan sahur.

    Jika anda tidak sempat makan malam sebelum jam 9 malam namun rasa lapar sebelum tidur, sebaiknya pilihlah makanan yang lebih mudah dihadam tubuh untuk anda pengambilan. Lapar semasa ingin tidur tentu membuat anda rasa tidak selesa dan justeru boleh mengganggu tidur anda. Sepotong buah mungkin boleh menyelamatkan anda pada masa ini. Anda juga boleh tambah segelas susu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 30/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan