Manfaat bayam itu ada banyak. Disebabkan itu juga, ia adalah sayuran hijau kegemaran watak utama kartun Popeye The Sailor Man. Kenapa? Jom terus baca artikel untuk tahu!
Manfaat bayam daripada aspek kesihatan
Sayuran dengan nama saintifik Spinacia oleracea ini memainkan peranan penting dalam membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan.
Antara manfaat bayam yang mungkin boleh diperolehi oleh anda adalah:
- Memperbaiki penglihatan
Menurut seorang penyelidik dari Universiti Cambridge, Helen M Rasmussen dalam laporannya pada 2013 yang diterbitkan dalam Clinical Interventions in Aging, mendedahkan bahawa sayur bayam adalah sumber kaya dengan beta-karoten, lutien dan xanthene – yang kesemuanya adalah sangat bermanfaat untuk penglihatan.
Beta-karoten yang terkandung dalam bayam mentah dapat membantu meningkatkan kesihatan mata.
Ia juga boleh mencegah kekurangan vitamin A, mata gatal, ulser mata dan mata kering.
Ciri-ciri antiradang yang terdapat dalam sayuran ini juga boleh membantu mengurangkan bengkak atau kerengsaan di mata.
Lutein dan zeaxanthin yang wujud dalam bayam bertindak sebagai antioksidan yang kuat, dengan itu ia dapat menghalang mata dari kesan buruk sinaran UV yang boleh menyebabkan katarak.
Ia juga berfungsi untuk mengurangkan kesan radikal bebas, yang boleh menjadi punca utama katarak dan masalah keadaan mata yang lain.
2. Mengekalkan tekanan darah
Sayur bayam mengandungi jumlah kalium yang sangat tinggi dan tiada kandungan natrium jika ia diambil secara mentah.
Komposisi mineral ini sangat bermanfaat untuk pesakit tekanan darah tinggi kerana kalium akan merendahkan tekanan darah, manakala natrium akan meningkatkan tekanan darah.
Folat yang terkandung dalam bayam juga menyumbang kepada pengurangan tekanan darah tinggi dan menenangkan saluran darah, dan dalam masa yang sama mengekalkan aliran darah yang betul.
Dengan mengurangkan tekanan darah dan menenangkan ketegangan saluran darah dan arteri, ia sekali gus mengurangkan tekanan pada sistem kardiovaskular dan meningkatkan aliran oksigen ke dalam sistem organ badan untuk memberikan fungsi yang optimum.
3. Menguatkan otot
Faktor Coenzyme-Q10 (C0-Q10), yang merupakan antioksidan yang hadir dalam bayam, memainkan peranan penting dalam memperkuatkan otot, terutamanya otot pada bahagian jantung yang secara berterusan mengepam darah ke seluruh bahagian badan.
C0-Q10 turut berperanan untuk mencegah penyakit kardiovaskular seperti hyperlipidemina, kegagalan jantung, hipertensi dan penyakit jantung koronari.
4. Menguatkan tulang
Merupakan sumber terbaik bagi vitamin K, iaitu vitamin yang berfungsi untuk mengekalkan kalsium dalam ketumpatan tulang.
Mineral lain seperti mangan, tembaga, magnesium, zink dan fosforus turut membantu dalam membina tulang yang kuat.
Ia sekaligus dalam mencegah dan menghalang seseorang daripada mengembangkan osteoporosis.
Mineral ini juga penting untuk mengekalkan kesihatan gigi dan kuku yang sihat.
6. Mengurangkan radang
Terdapat banyak sebatian antiradang yang terdapat dalam sayuran berdaun hijau ini; lebih dari sedozen sebenarnya.
Sebatian ini diklasifikasikan ke dalam kategori methylenedioxy flavonoid glucuronides, dan sayur bayam merupakan salah satu daripada sayuran yang paling hebat dalam aspek mengurangkan keradangan di seluruh badan.
Ia bukan sahaja bermakna ia akan melindungi hati, tetapi juga mengurangkan keradangan dan kesakitan yang berkaitan dengan masalah kesihatan seperti arthritis dan gout, yang merupakan antara masalah kesihatan yang dihidapi berjuta-juta individu di seluruh dunia.
5. Membantu sistem pencernaan
Dalam sebuah kertas penulisan bertajuk, ‘Antiulcer Activity of Aqueous Extract of Spinacia Oleracia in Rats’ yang diterbitkan dalam Journal of Research in Pharmacy and Chemistry, menyatakan antara manfaat bayam adalah keupayaannya untuk melindungi membran mukus perut, ia sekaligus mengurangkan risiko ulser gastrik.
Tambahan lagi, glycoglycerolipids yang terdapat dalam bayam boleh meningkatkan kekuatan lapisan saluran pencernaan, ia seterusnya dapat menghalang keradangan yang tidak diingini daripada berlaku di dalam badan.
7. Membantu rawat diabetes
Bayam mengandungi antioksidan yang dikenali sebagai asid alpha-lipoik (alpha-lipoic acid) yang dipercayai dapat membantu menurunkan tahap glukosa menjadi lebih rendah, meningkatkan kepekaan insulin dan mencegah perubahan tekanan yang disebabkan oksidatif, tekanan kepada pesakit diabetes.
Kajian tentang asid alpha-lipoik juga menunjukkan penurunan dalam neuropati periferal dan neuropati autonomi kepada pesakit kencing manis.
[embed-health-tool-bmr]