backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Zakar Boleh Membesar Sampai Umur Berapa? Ini Jawapan Bila Proses Ini Akan Tamat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/09/2022

    Zakar Boleh Membesar Sampai Umur Berapa? Ini Jawapan Bila Proses Ini Akan Tamat!

    Seiring perjalanan dan pertambahan usia seorang lelaki, mereka akan mengalami proses tumbesaran termasuklah bahagian alat sulit lelaki.

    Pun begitu, tahukah anda bahawa zakar akan tamat membesar pada suatu tempoh tertentu?

    Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk mengetahui tentangnya dengan lebih mendalam lagi!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, sila juga boleh klik di sini.

    Alat sulit lelaki

    Alat kemaluan lelaki dikenali sebagai zakar dan ia merupakan komponen paling penting bagi proses pembiakan dan perkumuhan mereka.

    Apa yang kerap menjadi isu berkaitannya adalah saiz. Ini kerana kebanyakan lelaki beranggapan bahawa lebih besar maka lebih mantap! Benarkah?

    Ya, menurut kajian pada tahun 2006 yang diterbitkan di dalam jurnal Psychology of Men & Masculinity, majoriti lelaki sangat mementingkannya.

    Ini kerana mereka beranggapan bahawa saiz yang besar mampu lebih memuaskan kehendak seksual pasangan sedangkan hakikatnya bukan begitu.

    85% wanita mengatakan bahawa saiz tidak penting kerana ketahanan dan kemampuan itu adalah segala-galanya.

    Buat lelaki, anda tidak perlu risau jika ia tidak begitu besar ketika masih muda kerana ia akan membesar seiring dengan perjalanan usia.

    Baca juga:

  • Lelaki, Cara Untuk Tahu Zakar Anda Sihat Dan Kuat, Lihat Pada 7 Ciri Ini!
  • Jaga-jaga! Zakar Lelaki Boleh Rosak Kalau Selalu Buat 6 Tabiat Ini, Termasuk Main Sabun!
  • Bila zakar akan mula membesar?

    Untuk pengetahuan anda, alat sulit lelaki akan mula proses membesar apabila mereka sudah mula mencapai usia akil baligh dan akan berterusan sehingga awal usia 20-an.

    Kebiasaannya, proses ini akan bermula pada usia dalam lingkungan 9 hingga 14 tahun dan akan berterusan sehingga 5 tahun atau lebih bergantung pada bila ia bermula.

    Pun begitu, dalam kebanyakan kes zakar lelaki tidak akan membesar dengan mendadak apabila sudah mencecah usia 18 hingga 19 tahun.

    Menurut kajian pada tahun 2010, didapati bahawa proses pembesaran zakar secara purata adalah kurang dari 1 inci setiap tahun bermula usia 11 hingga 15 tahun.

    Sehingga usia 18 hingga 19 tahun pula, majoriti lelaki masih akan mengalami proses pembesaran alat kemaluan namun dalam kadar yang tidak ketara.

    Dalam erti kata yang lebih mudah, proses ini akan bermula sebaik sahaja lelaki mencapai usia akil baligh.

    Bila alat sulit lelaki akan tamat membesar?

    Seperti mana yang kita telah tahu, proses pembesaran zakar akan bermula sebaik sahaja mereka mencapai usia akil baligh.
    Persoalannya, bila pula proses ini akan berhenti? Ini jawapan kami!
    Kami telah nyatakan di atas tadi bahawa proses ini akan menjadi sedikit perlahan apabila lelaki mencapai usia sekitar 18 hingga 19 tahun.
    Ini menunjukkan bahawa proses ini sudah hampir ke garisan penamat dan akan berhenti pada bila-bila masa sahaja berdekatan usia tersebut.
    Meskipun ia akan banyak dipengaruhi oleh pelbagai faktor risiko, alat kemaluan lelaki mungkin akan berhenti membesar ketika berusia dalam lingkungan 20-an.
    Pendek kata, proses pembesaran alat sulit lelaki akan bermula apabila sudah mencapai akil baligh dan akan berhenti apabila proses itu semakin perlahan dan tamat.

    Adakah saiz anda normal?

    alat sulit lelaki

    Mengapa lelaki sangat mementingkan saiz zakar mereka? Ini kerana mereka sangat khuatir jika saiz alat sulit adalah normal atau tidak!

    Untuk mengetahui sama ada ia normal atau tidak, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah mengukurnya secara sendiri.

    Kemudian, bandingkannya dengan saiz yang dikatakan normal seperti mana kajian terdahulu telah lakukan.

    Menurut kajian pada tahun 2015 yang telah mengukur saiz zakar seramai 15,521 lelaki di serata dunia, telah diputuskan bahawa ia adalah bergantung kepada ereksi.

    Sebelum ereksi, dikatakan purata saiz alat sulit lelaki yang normal adalah sekitar 3.6 inci manakala selepas ereksi pula adalah sekitar 5.6 inci dari aspek kepanjangan.

    Dari aspek kelebaran (ukur lilit) pula, saiz zakar normal sebelum ereksi adalah sekitar 3.7 inci manakala selepas ereksi pula adalah sekitar 4.6 inci.

    Sekiranya saiz zakar kalian sedikit melebihi purata ini tanpa keterlaluan, maka ia adalah bonus untuk anda.

    Namun jika saiz anda kurang daripada purata ini, ia mungkin petanda kalian mengalami masalah micropenis.

    Jangan rendah diri jika alat sulit kecil

    alat sulit lelaki

    Ramai lelaki yang akan berasa rendah diri ekoran saiz zakar yang kecil lantas menggunakan pelbagai cara untuk membesarkannya.

    Sebenarnya, cara membesarkan zakar seperti urutan, pam atau pil mungkin tidak akan mendatangkan apa-apa kesan terhadapnya.

    Malahan ia juga sangat berbahaya kerana mungkin boleh menyebabkan impak negatif pula nanti!

    Jadi, jangan rendah diri jika alat sulit kecil dan dapatkan nasihat daripada doktor berkenaannya, ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan