backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Doxymycin®

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 19/12/2019

Kegunaan Doxymycin®

Apa itu Doxymycin®?

Doxymycin® biasanya digunakan untuk:

  • Merawat jangkitan bakteria di banyak bahagian tubuh yang berlainan
  • Merawat jerawat dan abses (biasanya di muka) yang disebabkan oleh rosacea, juga dikenali sebagai acne rosacea atau jerawat dewasa

Bagaimanakah kegunaan Doxymycin®?

Untuk bentuk yang diambil melalui mulut, anda harus:

  • Ambil Doxymycin® melalui mulut seperti yang diarahkan oleh doktor anda terutamanya berkenaan: dos dan jadual pengambilan
  • Baca label dengan teliti sebelum menggunakan Doxymycin®
  • Rujuk doktor anda untuk apa-apa maklumat mengenai label yang anda tidak faham dengan jelas

Bagaimana saya menyimpan Doxymycin®?

Doxymycin® paling baik disimpan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya matahari dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Doxymycin® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Doxymycin® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Doxymycin® ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Doxymycin®?

Sebelum mengambil ubat ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Doxymycin® atau ubatan lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain

Adakah selamat untuk mengambil Doxymycin® semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Doxymycin® adalah pada kategori risiko kehamilan tahap D, menurut badan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko menurut beberapa kajian
  • C=Mungkin terdapat risiko
  • D=Bukti positif berkenaan risiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Beberapa kesan sampingan disenaraikan di bawah:

  • Sakit perut atau abdomen
  • Perut kembung
  • Najis berwarna seperti tanah liat (pudar)
  • Batuk-batuk
  • Air kencing berwarna gelap
  • Penurunan selera makan
  • Cirit-birit, berair dan teruk, yang mungkin juga berdarah
  • Kesukaran menelan
  • Pening kepala dan muntah
  • Denyutan jantung yang pantas
  • Rasa tidak selesa
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Gatal-gatal, bintat urtikaria, bengkak pada kelopak mata atau di sekeliling mata, muka, bibir, lidah atau alat kelamin
  • Peningkatan rasa dahaga
  • Keradangan sendi
  • Kesakitan sendi atau otot
  • Hilang selera makan
  • Rasa kebas atau kesemutan di muka, tangan, atau kaki
  • Kemerahan dan kesakitan mata
  • Kemerahan kulit
  • Luka di dalam mulut
  • Kejang perut
  • Bengkak kaki atau pergelangan kaki
  • Kelenjar limfa bengkak
  • Kesesakan dada
  • Keletihan atau kelemahan yang luar biasa
  • Mata atau kulit kuning
  • Penurunan berat badan

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Doxymycin?

Doxymycin® boleh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang digunakan (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Produk yang boleh berinteraksi dengan ubat ini adalah:

  • Acitretin
  • Amoxicillin
  • Ampicillin
  • Bacampicillin
  • Bexarotene
  • Vaksin Hidup Kolera
  • Cloxacillin
  • Dicloxacillin
  • Etretinate
  • Isotretinoin
  • Methicillin
  • Methotrexate
  • Methoxyflurane
  • Nafcillin
  • Oxacillin
  • Penisilin G
  • Penisilin G Benzathine
  • Penisilin G Procaine
  • Penisilin V
  • Piperacillin
  • Pivampicillin
  • Sultamicillin
  • Temocillin
  • Tretinoin
  • Aluminium Karbonat, Bes
  • Aluminium Hidroksida
  • Aluminium fosfat
  • Bismuth Subsalicylate
  • Kalsium
  • Dihydroxyaluminum Aminoacetate
  • Dihydroxyaluminum Sodium Carbonate
  • Zat besi
  • Magaldrate
  • Magnesium Karbonat
  • Magnesium Hidroksida
  • Magnesium Oksida
  • Magnesium Trisilicate
  • Rifampin
  • Rifapentine

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Doxymycin?

Doxymycin® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol, dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Doxymycin?

Doxymycin® boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi berkenaan keadaan kesihatan anda.

Keadaan kesihatan yang mungkin berinteraksi dengan ubat ini adalah:

  • Asma
  • Cirit-birit
  • Candidiasis vagina (jangkitan yis)
  • Masalah buah pinggang

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Untuk jangkitan biasa:

100 miligram (mg) setiap 12 jam pada hari pertama, kemudian 100 mg sekali sehari atau 50 hingga 100 mg setiap 12 jam.

Untuk pencegahan malaria:

100 miligram (mg) sekali sehari. Anda perlu mengambil dos pertama 1 atau 2 hari sebelum perjalanan ke kawasan di mana malaria boleh berlaku, dan terus mengambil ubat ini setiap hari sepanjang perjalanan dan selama 4 minggu selepas anda meninggalkan kawasan yang sakit.

Untuk antraks selepas kemungkinan pendedahan:

100 miligram (mg) dua kali sehari (diambil setiap 12 jam) selama 60 hari.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Untuk jangkitan:

Dos berdasarkan berat badan dan mesti ditentukan oleh doktor anda. Dos biasanya adalah 4.4 miligram (mg) sekilogram (kg) berat badan sehari dan dibahagikan kepada dua dos pada hari pertama rawatan. Ini diikuti oleh 2.2 mg per kg berat badan sehari, diambil sebagai dos tunggal atau dibahagikan kepada dua dos pada hari-hari berikutnya.

Untuk pencegahan malaria:

Dos berdasarkan berat badan dan mesti ditentukan oleh doktor anda. Dos biasanya 2 miligram (mg) per kilogram (kg) berat badan sehari, diambil sebagai dos tunggal. Anda perlu mengambil dos pertama 1 atau 2 hari sebelum perjalanan ke kawasan di mana malaria boleh berlaku, dan terus mengambil ubat ini setiap hari sepanjang perjalanan dan selama 4 minggu selepas anda meninggalkan kawasan yang sakit.

Kanak-kanak yang beratnya kurang dari 45 kg-Dosis adalah berdasarkan berat badan dan mesti ditentukan oleh doktor anda. Dos biasanya adalah 2.2 miligram (mg) satu kilogram (kg) berat badan sehari, dua kali sehari selama 60 hari.

Doxymycin® tidak disyorkan untuk digunakan pada kanak-kanak berumur kurang daripada 8 tahun.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Doxymycin® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan yang berikut:

  • Kapsul 100 mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Doxymycin®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga pengambilan dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Tindakbalas

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel

Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 19/12/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan