Decolgen forte liquid

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 4 minit bacaan

Kegunaan

Apa itu Decolgen forte liquid?

Cecair Decolgen Forte® digunakan melegakan hidung tersumbat, hidung berair, titisan postnasal, mata berair dan gatal, bersin, sakit kepala, sakit badan, dan demam berserta selesema, alahan hidung, resdung, selesema, dan masalah jangkitan rongga pernafasan. Ia juga membantu melegakan rongga pernafasan yang tersumbat.

Cecair Decolgen Forte® mungkin disyorkan untuk kegunaan lain; sila bertanya kepada doktor anda dan ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah kegunaan Decolgen forte liquid?

Ikuti arahan pada label.

Jangan mengambil ubatan dalam kuantiti yang lebih besar atau lebih kecil atau lebih lama dari yang disyorkan.

Cara penggunaan cecair Decolgen Forte®: Sukat dos meggunakan sudu khas. Jangan menggunakan sudu biasa kerana mungkin dos tidak tepat.

Sila bertanya kepada pakar kesihatan untuk cara pengambilan ubat yang betul.

Bagaimana saya menyimpan Decolgen forte liquid?

Cecair Decolgen Forte® paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama  yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Decolgen forte liquid?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada cecair Decolgen Forte® atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.

Adakah selamat untuk mengambil Decolgen forte liquid semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Cecair Decolgen Forte® boleh menyebabkan kesan sampingan berikut, seperti:

  • Mengantuk.
  • Pening kepala.
  • Kabur penglihatan.
  • Letih.
  • Lesu.
  • Kering mulut.
  • Tekanan darah yang meningkat.
  • Jantung berdebar.
  • Otot menggeletar.
  • Masalah penghadaman.
  • Kesukaran untuk kencing.
  • Telinga berdengung.
  • Sifat agresif

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Decolgen forte liquid?

Cecair Decolgen Forte® mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang mempunyai tindakbalas dengan ubat ini:

  • Sympathomimetik (seperti, epinephdrine).
  • Anesthesia umum (seperti, halothane).
  • Antidepressants (seperti, amitriptyline, sertraline).
  • Adrenergic Blockers(seperti, Doxazosin, Prazoxin).
  • Antisawan(seperti, phenobarbital).
  • Ubat cair darah (seperti, warfarin).
  • Metoclopramide dan domperidone.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Decolgen forte liquid?

Cecair Decolgen Forte® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Decolgen forte liquid?

Cecair Decolgen Forte® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan terkini anda, terutamanya:

  • Penyakit jantung.
  • Kencing manis.
  • Glukoma.
  • Masalah fungsi hati dan buah pinggang.
  • Masalah tiroid.
  • Prostat membesar.
  • Masalah pundi kencing.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos yang disyorkan ialah 2 sudu teh, 3-4 kali sehari.

Doktor anda mungkin dos yang berbeza.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dari umur 7-12 tahun: Dos yang disyorkan ialah 1 sudu teh, 3-4 kali sehari.

Dari umur 2-6 tahun: Dos yang disyorkan ialah 1 sudu teh, 3-4 kali sehari.

Bayi yang menyusu: Dos yang disyorkan ialah  ½-1 sudu teh, 3-4 kali sehari.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Cecair Decolgen Forte® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Cecair Decolgen Forte® 60 ml
  • Cecair Decolgen Forte® 120 ml

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos cecair Decolgen Forte®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Cegah Penularan COVID-19, Sarawak Buka Klinik Khas Rawat Penyakit Pernafasan

    Bagi mencegah jangkitan COVID-19 daripada terus menular, sebuah Klinik Penyakit Pernafasan (Respiratory Clinic) telah dibuka di Kuching, Sarawak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 25/03/2020 . 2 minit bacaan

    Tak Banyak Beza Antara Demam COVID-19 Dengan Demam Biasa, Sebab Itu Anda Perlu Lakukan Ini!

    Demam adalah simptom paling lazim dialami oleh mereka yang dijangkiti oleh virus novel korona. Apa bezanya dengan demam yang dialami ketika selesema biasa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 23/02/2020 . 4 minit bacaan

    Angkara Sembunyi Maklumat Perjalanan Di Saringan COVID-19, Lelaki Malaysia Terima Hukuman!

    Pelbagai usaha dilakukan mengekang coronavirus, tapi masih ada individu tidak bertanggungjawab sanggup sembunyi sejarah perjalanan semasa saringan COVID-19.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 31/01/2020 . 3 minit bacaan

    Wabak Berbahaya Virus Corona Ini SUDAH Masuk Malaysia, Jaga-Jaga!

    Wabak dari Wuhan sudah menyerang hampir seluruh penduduk dunia. Persoalannya, wujudkah virus corona di Malaysia? Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 29/01/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bagaimana hingus terhasil

    Apa Rahsia Di Sebalik 7 Warna Hingus? Kalau Hitam, Kena Jumpa Doktor Cepat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    ubat dan penyusuan

    Ibu Menyusu Badan JANGAN Terus Ambil Paracetamol Kalau Demam, Baca Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 minit bacaan
    kepentingan vaksin

    8 Soalan Lazim Kenapa Vaksin Influenza Perlu Diambil Ketika Wabak COVID-19 Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 24/04/2020 . 4 minit bacaan
    jangkitan hantavirus

    Belum Habis COVID-19, Kini Muncul Pula Hantavirus! Ini 8 Cara Elak Jangkitan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 01/04/2020 . 3 minit bacaan