Teh Kombucha

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Kegunaan

Apakah kegunaan teh kombucha?

Teh kombucha digunakan untuk merawat memori yang lemah, melegakan sindrom prahaid, kesakitan sendi (reumatisme), penuaan, kehilangan selera makan, AIDS, kanser, tekanan darah tinggi, sembelit, artiritis dan membantu untuk menyuburkan rambut semula. Ia juga diambil untuk meningkatkan sel darah putih (T-cell), merangsang sistem imun dan memperkasakan  metabolisme badan.

Sesetengah orang juga menyapu teh kombucha pada kulit untuk mengurangkan kesakitan.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa teh kombucha mengandungi alkohol, cuka, vitamin B, kafein, gula dan bahan-bahan lain namun, masih tiada bukti yang mencukupi tentang bagaimana teh ini boleh digunakan sebagai ubat. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil teh kombucha?

Sebelum mengambil teh kombucha, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.

  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan dalam teh kombucha atau ubat atau suplemen lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan

Kawalan terhadap suplemen herba adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah ia selamat digunakan?

Teh kombucha barangkali tidak selamat untuk diambil melalui mulut bagi kebanyakan orang dewasa.

Ia juga tidak selamat untuk individu yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit HIV / AIDS, yang lebih cenderung untuk mendapat jangkitan. Demikian juga apabila teh ini dimasak menggunakan periuk seramik plumbum kerana terdapat kes keracunan plumbum bersama dengan pengambilan teh kombucha.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Wanita hamil dan menyusukan bayi: Teh kombucha barangkali tidak selamat untuk diambil oleh wanita yang hamil dan menyusukan bayi. Ambil jalan selamat dan elakkan penggunaannya.

Diabetes: Teh kombucha boleh menjejaskan paras gula dalam darah bagi pesakit diabetes. Perhatikan sebarang tanda-tanda hipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah) dan lakukan pemeriksaan gula dalam darah secara teliti sekiranya anda menghidapi diabetes dan mengambil teh kombucha.

Diarea / Cirit-birit: Teh kombucha mengandungi kafein, yang boleh menyebabkan diarea / cirit-birit apabila diambil dalam jumlah yang banyak.

Sindrom usus rengsa (IBS): Teh kombucha mengandungi kafein, yang boleh menyebabkan diarea / cirit-birit dan memburukkan lagi simptom IBS apabila diambil dalam jumlah yang banyak.

Pembedahan: Disebabkan teh kombucha boleh menjejaskan paras gula dalam darah, dibimbangi pengambilannya boleh mengganggu kawalan gula semasa dan selepas pembedahan. Berhenti mengambilnya sekurang-kurangnya dua minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan teh kombucha?

Apabila diambil melalui mulut, ia boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti masalah perut, jangkitan yis, tindak balas alergi, penyakit kuning, loya, muntah, sakit kepala dan leher dan kematian

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.

Tindak balas ubat

Apakah tindak balas yang mungkin berlaku dengan teh kombucha?

Suplemen herba ini mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.

Produk yang mempunyai tindak balas dengan ubat ini ialah:

  • Disulfiram(Antabuse)

Teh kombucha mengandungi alkohol yang akan diurai oleh tubuh manusia untuk menyingkirkannya daripada sistem badan. Disulfiram pula boleh merencatkan proses penguraian alkohol tersebut. Sekiranya teh ini diambil bersama dengan disulfiram, gabungan keduanya akan mengakibatkan kesan sampingan  seperti sakit kepala, muntah,flushing, dan lain-lain tindak balas.

    

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos teh kombucha yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk ketersediaan teh kombucha yang boleh didapati?

Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Cecair suplemen probiotik (ekstrak kombucha organik dengan bakteria probiotik)

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut