Xylitol

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan xylitol?

Xylitol adalah sejenis alkohol yang terdapat di dalam kebanyakan tumbuhan, termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia diekstrak dari kayu birch untuk dibuat ubat.

Xylitol digunakan secara meluas sebagai pengganti kepada gula dan dalam gula getah bebas gula, mint, serta gula-gula yang lain. Walau bagaimanapun, sorbitol merupakan pemanis yang paling biasa digunakan dalam gula – gula kerana ia lebih murah daripada xylitol dan lebih mudah untuk dijadikan produk komersial.

Sebagai ubat, xylitol digunakan untuk mengelakkan jangkitan telinga tengah (otitis media) terhadap kanak-kanak, dan sebagai pengganti gula untuk orang yang menghidap diabetes.

Xylitol ditambah dalam beberapa gula-gula getah dan produk penjagaan mulut lain untuk mencegah kerosakan gigi dan mulut kering.

Xylitol kadang kala dimasukkan dalam formula pemakanan tiub sebagai sumber tenaga.

Pemilik anjing perlu tahu bahawa xylitol merupakan bahan toksik terhadap anjing, walaupun jumlahnya lagi kecil dari gula-gula yang dimakan. Sekiranya anjing anda memakan produk yang mengandungi xylitol, adalah penting untuk membawa anjing itu ke doktor haiwan dengan segera.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Kajian tidak mencukupi tentang bagaimana xylitol ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, seperti yang diketahui bahawa xylitol rasanya manis tetapi, tidak seperti gula, ia tidak ditukar ke asid di dalam mulut yang menyebabkan kerosakan pada gigi. Ia mengurangkan tahap bakteria di dalam air liur yang menyebabkan kerosakan dan juga bertindak terhadap beberapa bakteria yang menyebabkan jangkitan telinga.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil xylitol?

Sebelum mengambil, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap xylitol atau ubat atau suplemen lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah ia selamat?

Xylitol adalah selamat jika diambil dalam jumlah yang terdapat dalam makanan. Ia selamat digunakan sebagai ubat untuk kebanyakan orang dewasa dalam jumlah sehingga kira-kira 50 gram sehari. Elakkan dos yang lebih tinggi.

Ia mungkin selamat untuk kanak-kanak sebagai ubat dalam jumlah sehingga 20 gram sehari.

Langkah berjaga – jaga serta amaran khusus

Hamil serta menyusukan anak: Tiada kajian yang lengkap tentang keselamatan pengambilan xylitol terhadap wanita hamil dan menyusukan anak. Sila ambil langkah selamat dan elakkan pengambilannya.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan xylitol?

Terdapat kebimbangan bahawa pengambilan dos yang sangat tinggi untuk jangka masa yang panjang (lebih daripada tiga tahun) boleh menyebabkan terbentuknya tumor.

Xylitol boleh menyebabkan cirit-birit dan gas usus.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan xylitol?

Suplemen herba ini mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos xylitol yang biasa diberikan?

Dos berikut telah dikaji secara saintifik:

Melalui oral :

Untuk mengurangkan risiko jangkitan telinga pada kanak-kanak prasekolah: jumlah dos harian 8.4 hingga 10 gram xylitol dalam bentuk gula getah, lozenges, atau sirap yang diberi dalam lima dos yang telah dibahagikan selepas makan.

Aplikasi terhadap kulit:

Untuk pencegahan rongga terhadap orang dewasa dan kanak-kanak, pelbagai dos telah digunakan. Biasanya, dos adalah  7 hingga 20 gram sehari dibahagikan kepada tiga hingga lima dos, biasanya diberikan sebagai gula-gula atau gula getah yang menyentuh gusi.

Dos pengambilan xylitol mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor anda untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk ketersediaan xylitol?

Xylitol boleh didapati dalam bentuk:

  • Serbuk
  • Gula getah
  • Ubat gigi, pencuci mulut

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut