Silikon

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 mins read

Kegunaan

Apakah kegunaan Silikon?

Silikon adalah sejenis bahan mineral. Suplemen silikon biasanya digunakan untuk:

  • Tulang rapuh (osteoporosis)
  • Penyakit jantung dan strok (penyakit kardiovaskular)
  • Penyakit Alzheimer
  • Regangan melampau atau terseliuh
  • Gangguan sistem pencernaan
  • Keguguran rambut
  • Meningkatkan kualiti rambut, kuku dan penyembuhan kulit

Silikon boleh juga ditetapkan untuk kegunaan lain, sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana silikon ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa silikon mungkin mempunyai peranan dalam pembentukan tulang dan kolagen.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Silikon?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada pokok silikon atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Silikon selamat digunakan?

Silikon didapati mungkin selamat apabila diambil dalam jumlah yang ada pada makanan. Tahap keselamatannya sebagai ubat adalah tidak diketahui.

Peringatan khas & amaran

Kehamilan dan menyusu: Silikon didapati mungkin selamat apabila digunakan dalam jumlah yang ada pada makanan. Tahap keselamatannya dalam jumlah ubat yang lebih besar adalah tidak diketahui. Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Silikon?

Walaupun jarang-jarang, batu karang ginjal boleh berlaku pada orang yang mengambil antasid yang mengandungi silikon dalam jangka waktu yang panjang.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Silikon?

Silikon mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Silikon yang biasa digunakan?

Dos yang disyorkan:

Melalui mulut:

Untuk osteoporosis: pengambilan makanan yang mengandungi 40 mg silikon nampaknya menyumbang kepada tulang yang lebih kuat berbanding pengambilan dos yang lebih rendah.

Dos untuk produk silikon ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Silikon?

Produk silikon ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Suplemen kapsul silikon
  • Suplemen cecair silikon

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Cegah Penularan COVID-19, Sarawak Buka Klinik Khas Rawat Penyakit Pernafasan

    Bagi mencegah jangkitan COVID-19 daripada terus menular, sebuah Klinik Penyakit Pernafasan (Respiratory Clinic) telah dibuka di Kuching, Sarawak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 25/03/2020 . 2 mins read

    Wabak Berbahaya Virus Corona Ini SUDAH Masuk Malaysia, Jaga-Jaga!

    Wabak dari Wuhan sudah menyerang hampir seluruh penduduk dunia. Persoalannya, wujudkah virus corona di Malaysia? Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 29/01/2020 . 4 mins read

    Patutkah Keluarga Anda Mengambil Vaksin Influenza?

    Artikel ini akan membicarakan berkenaan dengan keperluan anda sekeluarga untuk mengambil vaksin influenza. Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 21/01/2020 . 4 mins read

    Tamiflu: Ubat Terkawal Untuk Influenza Yang Dijual Secara Terbuka, Tak Semua Boleh Ambilnya!

    Runsing bila stok vaksin berkurang dan ada yang memilih untuk mengambil ubat antiviral seperti Tamiflu. Tetapi adakah pengambilan ubat terkawal itu bagus?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Pusat Kesihatan, Selesema/Flu 20/01/2020 . 5 mins read

    Artikel lain untuk anda

    hubungan seks mengecewakan

    Pssttt! Rahsia Seks Kencang Ada Di Kamar Tidur, Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/06/2020 . 3 mins read
    5-kesan-kesihatan-selepas-rawatan-kanser

    Bersedia Pejuang Kanser, Ini 5 Kesan Selepas Rawatan Kanser Yang Perlu Diketahui, Anda Kuat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 mins read
    kepentingan vaksin

    8 Soalan Lazim Kenapa Vaksin Influenza Perlu Diambil Ketika Wabak COVID-19 Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 24/04/2020 . 4 mins read
    jangkitan hantavirus

    Belum Habis COVID-19, Kini Muncul Pula Hantavirus! Ini 8 Cara Elak Jangkitan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 01/04/2020 . 3 mins read