backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Red Bush Tea

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan red bush tea?

Red bush tea diperbuat daripada dahan dan ranting pokok yang dipanggil Aspalathus linearis. Sejenis teh wangi, bebas kafein ini adalah minuman kebangsaan Afrika Selatan.

Red bush tea digunakan sebagai ubat untuk jangkitan HIV, untuk mencegah kanser, dan untuk mencegah penurunan kemahiran berfikir dengan usia.

Red bush tea boleh dipreskripsikan untuk kegunaan lain; tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana red bush tea berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau pakar herba untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian menunjukkan red bush tea mengandungi bahan kimia, yang mungkin membantu mengawal jangkitan HIV, dan mencegah perubahan berkaitan dengan usia di dalam otak.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil red bush tea?

Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau pakar herba, jika:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap sebarang bahan mengandungi red bush tea atau ubat lain atau herba lain. Terutamanya jika anda alah kepada Aspalathus linearis, sebahagian darinya atau jenis yang berkaitan dengan keluarga Fabaceae / Leguminosae. Jenis-jenis lain dari keluarga ini termasuk kacang, kacang soya, semanggi, dan kacang tanah
  • Anda mempunyai penyakit, gangguan, atau keadaan kesihatan yang lain
  • Anda mempunyai sebarang alahan lain, seperti terhadap makanan, pewarna, bahan awet, atau binatang
  • Kawalan terhadap herba adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan herba ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau pakar herba untuk maklumat lanjut.

    Adakah ia selamat?

    Kanak-kanak: Tidak terdapat dos yang terbukti selamat atau berkesan dalam red bush tea pada kanak-kanak.

    Kehamilan dan penyusuan bayi: Tidak cukup diketahui tentang penggunaan red bush tea semasa hamil dan menyusukan bayi. Kekal berada di zon selamat dan elakkan penggunaannya.

    Kesan-kesan sampingan

    Apakah kesan sampingan pengambilan red bush tea?

    Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.

    Tindak balas

    Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Red bush tea?

    Red bush tea mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan pakar herba atau doktor anda sebelum mengambilnya.

    Terdapat bukti campuran sama ada atau tidak red bush tea menjejaskan metabolisme P450. Secara teorinya, red bush tea boleh mengganggu cara badan memproses ubat tertentu menggunakan sistem enzim “cytochrome P450′ hati. Akibatnya, tahap ubat-ubatan ini boleh meningkat dalam darah, dan boleh menyebabkan peningkatan kesan atau tindak balas buruk yang berpotensi serius.

    Dos

    Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

    Apakah dos yang biasa digunakan untuk Red bush tea?

    Teh boleh dibuat dengan merendam 1 hingga 4 sudu teh (5 hingga 20 gram) red bush tea dalam 1 cawan (240 ml) air selama sepuluh minit.

    Tiga cawan teh ini sehari boleh diminum, dengan atau tanpa makanan.

    Dos untuk red bush tea mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor anda tentang dos yang sesuai.

    Apakah bentuk ketersediaan red bush tea?

    Ia boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

    • Teh

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan