Polypodium Leucotomos

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 1 minit bacaan

Kegunaan

Apakah kegunaan Polypodium Leucotomos?

Polypodium leucotomos adalah sejenis paku-pakis dari Amerika Tengah. “Batang rayap” tumbuhan ini di bawah tanah (rizom) digunakan untuk ubat.

Polypodium leucotomos digunakan untuk mencegah beberapa masalah kulit tertentu termasuklah:

  • Selaran matahari
  • Ekzema (dermatitis atopi)
  • Psoriasis
  • Vitiligo
  • Kanser kulit

Ia juga digunakan untuk beberapa jenis kanser lain dan penyakit Alzheimer.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana Polypodium leucotomos ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa Polypodium leucotomos mungkin mempunyai kesan antioksidan. Antioksidan berupaya menghalang kerosakan yang disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari yang berlebihan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Polypodium Leucotomos?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada tumbuhan Polypodium leucotomos atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan

Peraturan bagi suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Polypodium Leucotomos selamat digunakan?

Polypodium leucotomos mungkin selamat apabila diambil melalui mulut atau digunakan pada kulit, buat jangka masa yang pendek. Sejenis ekstrak Polypodium leucotomos (Fernblock, Cantabria Farmaceutica) didapati telah digunakan dengan selamat selama 2 hari. Ekstrak lain (Anapsos, ASAC Pharma) pula didapati telah digunakan dengan selamat sehingga 5 bulan. Tahap keselamatan bagi penggunaan jangka masa yang panjang adalah tidak diketahui.

Peringatan khas & amaran

Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa bahan Polypodium leucotomos adalah selamat untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Polypodium Leucotomos?

Tidak banyak maklumat yang ada mengenai kemungkinan kesan sampingan bagi Polypodium leucotomos. Ia mungkin boleh menyebabkan sakit perut pada sesetengah orang.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindak balas yang boleh saya alami dengan Polypodium Leucotomos?

Polypodium Leucotomos mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Polypodium Leucotomos yang biasa digunakan?

Dos untuk produk Polypodium leucotomos ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Polypodium Leucotomos?

Produk Polypodium leucotomos ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Pil ekstrak Polypodium leucotomos
  • Serbuk Polypodium leucotomos
  • Tinktur Polypodium leucotomos

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    ‘Henoch-Schonlein Purpura’: Keradangan Saluran Darah Kecil

    Apa itu Henoch-Schönlein purpura? Henoch-Schonlein purpura (HSP), adalah penyakit yang melibatkan keradangan saluran darah kecil. Ia biasanya berlaku pada kanak-kanak. Keradangan menyebabkan saluran darah dalam ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 27/02/2019 . 3 minit bacaan

    Gastroparesis: Gangguan Pencernaan Akibat Komplikasi Diabetis Mellitus

    Komplikasi diabetes mellitus boleh menyebabkan gastroparesis. Gastroparesis adalah gangguan progresif yang menyebabkan makanan kekal lebih lama daripada biasa di perut. Keadaan ini disebabkan oleh kerosakan saraf ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 10/01/2019 . 2 minit bacaan

    Apakah Itu Radang?

    Dalam beberapa keadaan, radang berlaku walaupun tanpa kehadiran apa-apa jangkitan mahupun kecederaan. Lanjutkan Hello Doktor sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 17/08/2018 . 2 minit bacaan

    Silikon

    KegunaanApakah kegunaan Silikon? Silikon adalah sejenis bahan mineral. Suplemen silikon biasanya digunakan untuk: Tulang rapuh (osteoporosis) Penyakit jantung dan strok (penyakit kardiovaskular) Penyakit Alzheimer Regangan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Ubat/Herba A-Z, Ubat A-Z, Herba A-Z 28/05/2018 . 1 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    virus-faringitis

    Virus Faringitis

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 10/12/2019 . 1 minit bacaan

    Pelik Tapi Benar, Inilah Penyakit Takayasu, Penyakit Individu Tanpa Nadi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 13/03/2019 . 2 minit bacaan
    waxing

    10 Perkara yang Perlu Dilakukan Selepas Waxing dan Bercukur Untuk Elakkan Ruam dan Radang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 11/03/2019 . 3 minit bacaan
    sakit sendi

    Atasi Sakit Sendi Anda Dengan Herba dan Rempah Berikut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 07/03/2019 . 3 minit bacaan