Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ivy Amerika adalah sejenis tumbuhan. Kulit batangnya biasa digunakan dalam membuat ubatan herba. Ia biasanya digunakan dalam merawat masalah penghadaman, menyebabkan peluh, dan sebagai agen pengeringan (astringen) dan sebagai bahan tuam.
Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.
Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:
Peraturan bagi suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.
Buah beri dan daun bagi pokok ivy Amerika adalah beracun. Adalah dinasihatkan supaya anda hanya menggunakan bahan pokok ivy Amerika di bawah pantauan doktor anda.
Kehamilan dan penyusuan bayi:
Belum cukup maklumat diketahui tentang penggunaan bahan pokok ivy Amerika semasa mengandung dan menyusu. Ambillah jalan yang lebih selamat dan elakkan penggunaan.
Menyentuh dedaunan pokok ivy Amerika yang luruh boleh menyebabkan dermatitis.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.
Pokok Ivy Amerika mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.
Suplemen herba ini boleh tersedia dalam bentuk dos penggunaan berikut:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen