Pokok Ivy Amerika

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Pokok Ivy Amerika?

Ivy Amerika adalah sejenis tumbuhan. Kulit batangnya biasa digunakan dalam membuat ubatan herba. Ia biasanya digunakan dalam merawat masalah penghadaman, menyebabkan peluh, dan sebagai agen pengeringan (astringen) dan sebagai bahan tuam.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Pokok Ivy Amerika?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada pokok ivy Amerika atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Pokok Ivy Amerika selamat digunakan?

Buah beri dan daun bagi pokok ivy Amerika adalah beracun. Adalah dinasihatkan supaya anda hanya menggunakan bahan pokok ivy Amerika di bawah pantauan doktor anda.

Kehamilan dan penyusuan bayi:

Belum cukup maklumat diketahui tentang penggunaan bahan pokok ivy Amerika semasa mengandung dan menyusu. Ambillah jalan yang lebih selamat dan elakkan penggunaan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Pokok Ivy Amerika?

Menyentuh dedaunan pokok ivy Amerika yang luruh boleh menyebabkan dermatitis.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Pokok Ivy Amerika?

Pokok Ivy Amerika mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Pokok Ivy Amerika yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Pokok Ivy Amerika?

Suplemen herba ini boleh tersedia dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Ekstrak cecair
  • Serbuk
  • Tinktur

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.