Pokok Dedalu Amerika

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Pokok Dedalu Amerika?

Pokok dedalu Amerika adalah sejenis tumbuhan. Biasanya ia digunakan untuk:

  • Meningkatkan tekanan darah
  • Meningkatkan pengecutan otot pada uterus dan usus
  • Menyebabkan pengguguran janin

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa bahan kimia yang terkandung dalam pokok dedalu Amerika boleh memberi kesan kepada otot.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Pokok Dedalu Amerika?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada pokok ivy Amerika atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Pokok Dedalu Amerika selamat digunakan?

Bahan pokok dedalu Amerika mungkin tidak selamat jika diambil melalui mulut. Semua bahagian tumbuhan dedalu Amerika menurut sejarah sejak dari dahulu dianggap beracun. Bagaimanapun, beberapa laporan menunjukkan bahawa memakan sehingga 20 biji beri atau 5 helai daun mungkin tidak menyebabkan kesan buruk yang serius.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Pokok Dedalu Amerika?

Bahan pokok dedalu Amerika boleh menyebabkan kesan sampingan ini:

  • Loya
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Kadar jantung menurun
  • Halusinasi
  • Masalah jantung

Juga, salah satu bahan kimia dalam pokok dedalu Amerika seolah-olah sama dengan racun dalam racun ular tedung. Bahan kimia ini boleh menyebabkan serangan jantung, suatu keadaan di mana jantung tiba-tiba berhenti berdetak.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Pokok Dedalu Amerika?

Pokok Dedalu Amerika mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Pokok Dedalu Amerika yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai

Apakah bentuk penyediaan Pokok Dedalu Amerika?

Suplemen herba ini boleh tersedia dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Ekstrak cecair
  • Serbuk
  • Tinktur

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.