Panax Pseudoginseng

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Panax Pseudoginseng?

Panax pseudoginseng adalah suatu jenis tumbuhan. Akarnya digunakan untuk membuat ubat.

Panax pseudoginseng digunakan untuk menghentikan atau memperlahankan pendarahan. Kadangkala ia diambil oleh orang yang mengalami hidung berdarah, muntah atau batuk darah, mahupun mendapati darah dalam air kencing atau najis mereka.

Panax pseudoginseng turut digunakan untuk:

  • Melegakan kesakitan.
  • Mengurang bengkak, kolesterol dan tekanan darah.

Sesetengah orang menyapukan Panax pseudoginseng secara terus pada kulit untuk menghentikan pendarahan.

Dalam gabungan dengan tujuh herba lain (PC-SPES), Panax pseudoginseng digunakan bagi merawat kanser prostat.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana Panax pseudoginseng berfungsi. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa Panax pseudoginseng boleh mengendurkan salur darah yang memperbaik saluran darah dan menurunkan tekanan darah.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Panax Pseudoginseng?

Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba anda, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan bayi anda. Hal ini kerana, semasa anda sedang menjangkakan atau menyusu bayi, anda hanya perlu mengambil ubat seperti yang dinasihatkan doktor.
  • Anda mengambil ubat lain. Hal ini termasuklah sebarang pengambilan ubatan yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana bahan dalam Panax pseudoginseng atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai penyakit, gangguan atau keadaan perubatan lain.
  • Anda mempunyai jenis alergi lain seperti terhadap makanan, pewarna, pengawet atau haiwan.

Pengawalan bagi suatu herba kurang ketat berbanding dengan pengawalan ubat. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil herba tambahan ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Panax Pseudoginseng selamat digunakan?

Tiada maklumat yang cukup bagi mengetahui sama ada Panax pseudoginseng selamat digunakan.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Mengandung dan menyusu badan: Jangan mengambil Panax pseudoginseng sekiranya anda mengandung atau menyusu. Ia tidak selamat. Salah satu bahan kimia dalam Panax ginseng telah menyebabkan kecacatan kelahiran pada haiwan penyelidikan.

Penyakit sensitif-hormon seperti kanser payudara, kanser rahim, kanser ovari, endometriosis, atau fibroid rahim: Panax pseudoginseng mungkin bertindak seperti estrogen. Sekiranya anda mempunyai sebarang penyakit yang mungkin menjadi lebih buruk apabila terdedah kepada estrogen, jangan gunakan Panax pseudoginseng.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Panax Pseudoginseng?

Panax pseudoginseng boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan seperti mulut kering, kulit memerah, gementar, masalah tidur, loya dan muntah.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Panax Pseudoginseng?

Panax Pseudoginseng mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Panax Pseudoginseng yang biasa digunakan?

Dos bagi Panax pseudoginseng mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Herba tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Panax Pseudoginseng?

Panax pseudoginseng boleh didapati dalam bentuk yang berikut:

  • Serbuk akar Panax pseudoginseng.
  • Ekstrak Panax pseudoginseng berkapsul.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish