Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Minyak turpentin diperbuat dari resin pokok pain. Ia digunakan sebagai ubat.
Minyak turpentine disapukan pada kulit untuk:
Kadang-kadang terdapat individu yang menghidu (menyedut) wap minyak turpentine untuk mengurangkan kesesakan dada yang berlaku bersama beberapa penyakit paru-paru.
Tidak cukup kajian tentang bagaimana minyak turpentine berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa minyak turpentine, apabila dihidu, boleh membantu mengurangkan kesesakan dada. Apabila disapu pada kulit, minyak turpentine boleh menyebabkan kehangatan dan kemerahan yang dapat membantu melegakan kesakitan di bahagian bawah tisu.
Sebelum mengambil , sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:
Kawalan terhadap supplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan supplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.
Minyak turpentine mungkin selamat apabila orang dewasa menggunakannya pada kulit mereka atau menghidu dengan sewajarnya. Minyak turpentine tidak selamat apabila diambil secara oral atau digunakan pada kulit yang luas.
Kanak-kanak: Jangan biarkan kanak-kanak mengambil minyak turpentine secara oral. Ia tidak selamat. Kanak-kanak sangat sensitif terhadap bahan kimia dalam minyak turpentine, dan boleh membawa maut. Tidak ada maklumat yang cukup untuk mengetahui sama ada minyak turpentine boleh disedut dengan selamat oleh kanak-kanak atau pada kulit mereka. Elakkan penggunaan minyak turpentine pada kanak-kanak.
Hamil dan menyusu badan. Tidak selamat mengambil minyak turpentine secara oral. Ia boleh menyebabkan keguguran. Tidak cukup yang diketahui tentang keselamatan menyapukannya pada kulit atau menghirupnya jika anda hamil atau menyusu. Ambil langkah selamat dan elakkan penggunaan.
Masalah paru-paru, termasuk batuk asma atau batuk kokol: Jangan menghidu minyak turpentine jika anda mempunyai masalah paru-paru. Ia mungkin membuat keadaan anda lebih teruk.
Apabila digunakan pada kulit, ia boleh menyebabkan kerengsaan kulit. Apabila terhidu minyak turpentine boleh menyebabkan kekejangan saluran pernafasan, terutama pada orang yang menghidap asma dan batuk kokol.
Apabila minyak turpentine diambil secara oral, ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius termasuk sakit kepala, masalah tidur, batuk, pendarahan dalam paru-paru, muntah, kerosakan buah pinggang, kerosakan otak, koma, dan kematian.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.
Minyak Turpentin mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Dos untuk minyak turpentine mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.
Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen