Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Minyak Lorenzo (Lorenzo’s Oil) adalah gabungan dua bahan kimia yang dipanggil asid erusik (erucic) dan asid oleik (oleic). Minyak Lorenzo digunakan sebagai rawatan untuk dua penyakit keturunan berkaitan yang memberi kesan kepada sistem saraf. Penyakit yang sangat jarang berlaku ini dipanggil adrenoleukodystrophy (ALD), yang berlaku pada kanak-kanak; dan adrenomyeloneuropathy, yang berlaku pada orang dewasa.
Minyak Lorenzo dinamakan sempena seorang anak, Lorenzo Odone, yang mempunyai ALD. Ibu bapanya menemui campuran asid lemak yang didapati melambatkan perkembangan penyakit. Campuran itu dikenali sebagai “Minyak Lorenzo.’
Adrenoleukodystrophy dan adrenomyeloneuropathy adalah dua gangguan genetik yang jarang berlaku yang menyebabkan pembentukan berlebihan bahan kimia tertentu yang dipanggil asid lemak rantai sangat panjang (VLCFA). Minyak Lorenzo mungkin membantu menghalang sebahagian daripada pembentukan ini. Pembentukan asid lemak ini dianggap menyebabkan banyak masalah yang serius di seluruh otak dan badan.
Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:
Peraturan bagi suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.
Minyak Lorenzo didapati selamat apabila digunakan di bawah penjagaan profesional kesihatan.
Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa bahan minyak Lorenzo adalah selamat untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan.
Gangguan darah yang menyebabkan penurunan platelet yang diperlukan untuk pembekuan (thrombocytopenia) atau penurunan sel putih yang diperlukan untuk melawan jangkitan (neutropenia): Minyak Lorenzo mungkin akan membuat keadaan lebih parah.
Kesan sampingan minyak Lorenzo termasuklah lebam-lebam dan pendarahan.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.
Minyak Lorenzo mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Dos untuk produk minyak Lorenzo ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.
Produk minyak Lorenzo ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut: Cecair Oral Lorenzo’s Oil.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen